Wednesday, 5 September 2012

Jam Tangan - Devon Thread Edisi Steampunk (foto)

Dipetik daripada: Blogserius

Epic Watch Is Epic...


Devon Thread ialah sebuah jam analog yang berlainan dari jam analog yang lain kerana ianya menggunakan sistem tali untuk menunjukkan waktu. Ini memberikan Devon Thread rupa yang agresif dan kompleks. Devon Thread pernah kami paparkan awal tahun yang lalu dan ianya dijual pada harga cadangan USD 17,500 seunit. Pihak Devon hari ini memperlihatkan Devon Thread edisi Steampunk yang membuatkan jam tangan ini kelihatan lebih industrial dan bad ass. Untuk Devon Thread Edisi Steampunk terhad ini, anda cuma perlu membayar USD 25,000 untuk memilikinya.




Laporan asal BornRich

Ferrari 599XX - kereta khas di litar (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


Khas untuk litar

Ferrari 599XX ialah kereta lumba Ferrari 599 GTB Fiorano versi litar. Kereta ini hanya boleh digunakan di atas litar dan menjadi pentas ujian teknologi terkini Ferrari untuk mengadaptasi teknologi F1 ke atas kereta keluaran mereka. Hanya 30 buah 599XX bakal dibina dan anda hanya boleh membelinya jika mendapat jemputan khas dari Ferrari. Kos kereta yang mula dikeluarkan pada tahun 2010 ini ialah USD150,000 dengan yuran program khas Ferrari sebanyak USD 1.5 juta. Dengan meyertai program khas ini, pemilik 599XX akan dijemput menghadiri beberpa perlumbaan khas yang membabitkan hanya kereta 599XX yang lain. Ini sehampir yang boleh kepada pemilik Ferrari biasa untuk mendapat pengalaman seperti seorang pelumba professional.

Ferrrari 599XX ini diperkasakan dengan enjin V-12 720 kuasa kuda dengan kelajuan maksimum melebihi 300 kilometer sejam. Ia juga dilengkapi dengan roll cage, sistem brek gentian karbon dan sistem Actiflow yang mengubah kekuatan Down Force secara automatik. Nice car tapi ingat anda tak boleh menggunakan kereta ini di jalan raya biasa. Kena sign kontrak dengan Ferrari! Apa tunggu lagi...?






Laporan asal Car and Driver

Rahsia orang terkaya di Babylon - urus wang anda

George Clason menulis sebuah buku yang menarik bertajuk "The Richest Man in Babylon" - mengisahkan seorang lelaki terkaya di Babylon yang diminta oleh rajanya untuk berkongsi rahsia bagaimana dia boleh menjadi kaya, dengan harapan supaya lebih ramai lagi rakyat di Babylon dapat belajar daripadanya dan menjadi kaya.

Sang raja yakin, apabila semua rakyatnya kaya, maka negara Babylon juga pasti akan menjadi negara yang terkaya di dunia. Hasrat sang pemerintah ini sungguh murni memandangkan struktur masyarakat semasa wujud jurang perbezaan yang ketara di antara yang miskin dengan yang kaya.

Maka si kaya itupun berkongsilah pengalaman beliau membina kekayaan dengan beberapa individu di Babylon. Antara pesanan beliau ialah supaya seseorang itu menyimpan sedikit dari apa yang diterimanya - "save a bit from what you earned".

Kata-kata beliau ini memeranjatkan mereka yang mendengarnya memandangkan kita semua maklum bahawa pendapatan yang kita terima merupakan hak kita. Justeru, apa yang payah sangat untuk menyimpan apa yang sudah maklum menjadi hak milik kita sendiri itu?

Hakikat kita

Pada hakikatnya, setelah menerima pendapatan atau gaji setiap bulan, pertamanya, kita akan sibuk membayar orang lain terlebih dahulu - dalam bentuk pelunasan bil-bil, hutang dan sebagainya. Sedangkan diri sendiri tidak termasuk ke dalam senarai individu yang "perlu dibayar".

Mengapa kita masih berfikiran seperti itu? Justeru, pemikiran sebegini mulai hari ini perlu kita ubah kepada "dapat gaji sahaja, kena bayar diri sendiri dahulu".

Tetapi, bagaimanakah caranya nak membayar diri sendiri? Berapa banyak yang harus dibayar?

Disarankan supaya anda membayar diri anda sendiri melalui pelaburan dalam saham amanah secara bulanan melalui sistem auto debit dan tetapkan jumlahnya sekurang-kurangnya 10% daripada gaji anda. Bagaimana?

Sebenarnya, inilah jalannya bagi anda untuk memulakan pelaburan secara konsisten dan istiqamah. Apabila wang gaji yang diperoleh diasingkan awal-awal lagi, sebelum sebarang perbelanjaan dibuat, besar kemungkinan (pemotongan untuk diri sendiri) ini tidak begitu dirasai. Apa yang tinggal di dalam akaun bank kita masih mencukupi untuk keperluan bulanan keluarga.

Saya suka memilih amanah saham secara auto debit kerana ianya mendisiplinkan kita dan tepat pada waktunya, jumlah ini akan dikeluarkan oleh pihak bank. Jika hendak percaya diri sendiri, ditakuti wang yang hendak "dilaburkan" itu akan "lebur" terlebih dahulu sebelum tiba ke matlamatnya...

Tabung Haji (google images)

Saya suka mencadangkan simpanan di dalam Tabung Haji, tetapi pastikan anda tidak memohon kad ATM untuk membuat pengeluaran! Dengan ini, anda tidak akan sewenangnya mengeluarkan tabungan itu pada bila-bila masa.

Wajar

Sebenarnya, membayar diri anda terlebih dahulu adalah amat wajar sebab diri andalah yang telah bekerja bertungkus-lumus! Maka, adillah untuk memberi imbuhan buat diri sendiri dahulu.

Ada di kalangan kita yang beranggapan bahawa biasanya kita telah membeli "sesuatu yang istimewa" sebagai "hadiah kepada diri sendiri" (seperti jam tangan berjenama, iPAD, rawatan di Spa, buku, etc), namun perlu diingat yang "hadiah" tersebut bukanlah suatu pelaburan untuk masa depan kita. Justeru, kaedah terbaik membayar diri sendiri adalah dengan membuat pelaburan.

Cuba bayangkan jika anda hanya menabung RM150/bulan (bayar diri sendiri) sedari awal bekerja sehingga 23 tahun kemudian, dengan pulangan 8% setahun, nilainya akan mencecah RM118,245! Berbaloi bukan?

Tetapi, mereka yang licik boleh sahaja memberi alasan bahawa tempoh 23 tahun "membayar diri sendiri" itu suatu tempoh yang panjang dan apa jua kemungkinan boleh terjadi termasuk mengeluarkan simpanan yang dibuat. Benar dan kemungkinannya juga besar. Tetapi sekiranya kita sudah merancang dan mendisiplinkan diri untuk menabung, setidak-tidaknya kita sudah memiliki satu jumlah tabungan yang baik bagi menampung keperluan di kala kecemasan.

Kad kredit

Bagi meningkatkan disiplin menabung, adalah perlu difahami bahawa penggunaan kad kredit bukanlah sebagai sumber kewangan anda. Ingat! Kad kredit hanyalah alternatif kepada cara pembayaran sahaja.

Nilai 10% bayaran buat diri sendiri

sebelum anda bersungut mengenai "kehilangan" 10% gaji untuk dibayar kepada diri sendiri (melalui auto debit) dalam bentuk simpanan saham amanah, kita lihat dahulu manfaat yang bakal anda nikmati di kemudian hari:

Gaji bulanan
Sistem auto debit bulanan
10 tahun tabungan @8% setahun
RM1,500
RM150
RM27,442
RM2,000
RM200
RM36,590
RM3,000
RM300
RM54,885
RM20,000
RM2,000
RM365,900

Sumber: Rohani Mohd Shahir (2012): 89


Selagi kita tidak bertindak melakukannya, tidaklah akan berlaku apa yang dirancang. Sebaik-baiknya, dapatkan seseorang sama ada pasangan anda (isteri) ataupun rakan karib, untuk menjadi juruaudit (tukang ketuk) anda.

Peranan mereka adalah supaya anda mengikuti rancangan anda. Ini kerana merancang seorang diri kadang kala ada buruknya. Jika malas, maka tergelincir dan gagallah ia. Jika pasangan anda adalah seorang yang menyokong amalan menabung, beliau boleh mengjadi juruaudit anda.

Cuma nanti jangan pula apabila tabungan sudah banyak dia pula yang memohon kita keluarkan!

------------------------
Sumber (dengan olahan di kebanyakan tempat): Rohani Mohd Shahir (2012). Bijak Mengurus Wang. Galeri Ilmu Sdn Bhd.

Tuesday, 4 September 2012

Mujahideen Ketika Perang Soviet-Afghans (18 Gambar)

Dipetik daripada: Blogserius


Warriors!

Askar Mujahideen ialah antara askar paling bad ass dan tak kenal takut di dalam sejarah dunia. Mereka lebih suka memilih syahid daripada menyerah kalah. Keazaman mereka tidak dapat ditandingi askar professional Soviet mahupun Amerika yang cuba mengalahkan mereka tetapi sehingga ke hari ini masih gagal. Apakah yang menyebabkan mereka menjadi antara askar paling bad ass dalam peradaban dunia? Pertama sekali mereka sudah berperang selama bergenerasi. Mereka menentang Alexander The Great, Empayar British dan Soviet di milennium yang lalu. Mereka sudah biasa dengan muka bumi dan udara nipis di pergunungan. Mereka mempunyai kemahiran yang tinggi untuk sebuah tentera yang tidak mempunyai senjata yang canggih. Dikalangan askar Russia, mereka dikenali sebagai The Ghost kerana mereka boleh masuk ke dalam kem musuh dan mengelar leher sentri yang sedang tidur tanda disedari rakan askar yang lain. Terdapat cerita keganasan mereka juga.

Sebagai contoh, antara cara mereka membalas dendam terhadap serangan Soviet ialah membelah kulit dari perut hingga ke leher. Kulit ini dikupil ke atas dan diikat di atas kepala. Ini balasan kepada tindakan menyerang kampung dan merogol saudara wanita yang dilakukan askar-askar Soviet. Askar USA yang hi-tech pada awalnya menganggap Taliban ialah askar yang dengan mudah boleh ditapau. Mereka silap besar dan special ops USA kini menyedari golongan askar berpakaian compang camping ini lebih fit dan tactically adapt dari yang mereka sangkakan. Tiada operasi ketenteraan mereka dilakukan tanpa bantuan dari udara dalam bentuk Apache, Drone ataupun pesawat pengebom. Just in case situasi menjadi fakap mereka ada peluang untuk membalas serangan tentera mujahideen ini. 






Hang kata hang terrer! - mai teka awek-awek ni.. (18SX)

Ha!, Hari tu hang kata hang terrer. Sekilas ikan di air telah ku tahu jantan betinanya. 

Hari ini, pakcik nak uji keterrer-an hang. Cuba tengok foto kat bawah. Kemudian cuba hang teka mana satu perempuan asli dan mana satu yang "gitu-gitu" (a.k.a Bapok!).

Cubalah. All the best!


Kalu hang tak terrer, jawapan dia pakcik bagi kat bawaaaahhhh tu ---------->

.....


....


....


....



....



....



Jawapan: Kesemuanya adalah LELAKI

Sekitar Expo Senjata di Amerika (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


Gun Fair

Bulan September di Malaysia ialah bulan PC Fair. Penggila barangan PC akan berpusu-pusu untuk membeli hardware baru untuk komputer mereka pada harga yang tak lah murah mana. Di Amerika kini sedang musim Gun Fair pula. Kerana kekerapan kes tembak-menembak, warga USA berpusu-pusu membeli senjata peribadi bagi mempertahankan diri sendiri. Hak memiliki senjata termaktub di dalam perlembagaan Amerika Syarikat dan ianya diaggap hak mutlak yang tidak boleh dipinda oleh kebanyakkan warga USA. Ianya sesuci hak istimewa bumiputera di Malaysia. Mana-mana ahli politik yang menyentuh isu ini pasti kena bambu dan dituduh un-American.

Kami tak pernah pergi ke Gun Fair tetapi jika ada peluang memang kami nak pergi. Dapat tengok senjata-senjata yang menarik.




Laporan asal 365 Jilin

Monday, 3 September 2012

Demonstrasi "Pensel" oleh para penuntut IPT di Chile (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


Pensel!!

April lalu kami paparkan demo pelajar meminta reformasi dilakukan ke atas sistem pendidikan di Chile. Nampaknya setelah hampir 5 bulan telah berlalu, tiada langsung perubahan dilakukan oleh pihak pemerintah Chile. Maka 28 Ogos yang lalu sekali lagi para pelajar melakukan demo meminta kerajaan meningkatkan kualiti tenaga pelajar, menurunkan yuran kolej, memaksa bank menurunkan peratusan bunga pinjaman untuk pelajar dan menaik tarafkan kualiti pendidikan di IPTA Chile. Sebagai tanda protes mereka membawa replika pensel gergasi dengan tulisan NO LUCRE yang bermaksud TIADA KEUNTUNGAN sebagai tanda protes kolej-kolej dan bank di Chile yang hanya mementingkan keuntungan mereka bila berurusan dengan pelajar. Seperti demo April lalu, pihak pemerintah yang disokong pihak pemodal meleraikan demo pelajar dengan menggunakan semburan air dan gas pemedih mata. Demo bertukar ganas dan pihak pelajar serta polis anti rusuhan bergochoh macam Monday Night Raw.

Kita beruntung di Malaysia kos pengajian IPTA murah dan adil. Pihak bank dan PTPTN menawarkan bunga yang rendah serta bertepatan dengan kualiti pendidikan yang diterima. Malaysia negara untung, terima kasih kepada kepimpinan penuh terampil Dato Seri Najib Razak. Sebab itulah tiada golongan pelajar berdemo dan mensia-siakan masa bertumbuk dengan pihak FRU yang berhati kudus. Jalanraya bersih tanpa sampah dan tin gas pemedih masa. Pelajar mewah bertelefon pintar dan ipad. Duit lebih digunakan lepak dengan awek dan clubbing. Untunglah. Tidak macam di Chile.

(Switch on sarkasis LOL)...






Laporan asal MySanAntonio

Sunday, 2 September 2012

PRU & Kenya

Cakap-cakap yang hangat mengenai perlaksanaan (lebih kepada penangguhan) perundangan Hudud, dan teka-teki tarikh sebenar pilihanraya umum (PRU) telah mengembalikan ingatan (selektif) saya terhadap perbualan saya bersama seorang rakan, Arthur Muamba, seorang pensyarah dan penyelidik PhD dari Nairobi University, Kenya.

Kenya dan pengasingan kaum

Seingat saya, waktu itu dia baru kembali ke Oxford setelah meluangkan masa selama 3 bulan menjalankan kajian lapangan di sekitar bandar Nairobi. Beberapa foto telah beliau kongsikan, yang menunjukkan pola pengasingan bandar (urban segregation) yang ketara di Nairobi.

Kenya flag (google images)

Ringkasnya, pembentukan dan pertumbuhan kawasan bandar di sana dibahagikan mengikut zon-zon tertentu iaitu:

1) Kawasan moden dan maju - dihuni golongan berpendapatan tinggi berkulit putih (British). Di zon ini fasiliti yang dibangunkan adalah lengkap terutama kemudahan awam dan perniagaan.

2) Kawasan sederhana - terbentuk di sepanjang laluan kereta api dari Nairobi dan Tasik Victoria. Majoriti penghuni merupakan migran daripada India yang dibawa ke Kenya bagi tujuan pembinaan landasan kereta api tersebut. Apabila selesai, migran-migran ini kekal bersama British dan akhirnya tinggal secara tetap di zon berkenaan. Zon ini menjana peluang pekerjaan dan perniagaan kerana ianya strategik di laluan penting perniagaan dan perhubungan/pengangkutan.

3) Kawasan miskin/mundur - anda tentu dapat mengagak golongan yang menghuni zon ini - penduduk rakyat tempatan yang berkulit hitam. Majoriti mereka adalah miskin, terpaksa menghuni setinggan bandar (urban slum)  yang tidak dirancang dengan teratur, kelemahan sistem jalan raya, pembetungan, kemudahan asas, ruang ekonomi yang terhad dan kadar jenayah yang tinggi.

Saya tidak pula bertanyakan dari zon mana Arthur dan keluarganya menetap, tetapi dengan penampilan beliau saya kira kehidupan dia dan keluarganya di sana masih OK.

Majoriti pemimpin politik di Nairobi juga menetap di zon moden bersama-sama "tuan" mereka. Justeru, kesenangan hidup mereka banyak diatur oleh perancangan di balik tabir pihak British, demi menjaga kepentingan ekonomi orang kulit putih yang kaya.

Duta

Kebetulan hari itu kami bersembang mengenai politik dan pentadbiran. Saya juga turut berkongsi pengalaman Malaysia di dalam menguruskan politik dan pentadbiran. Begitupun, bagi menyahut seruan kerajaan yang meminta supaya setiap warganya yang tinggal di luar negara bertindak sebagai "duta bergerak" dan hanya bercerita yang baik mengenai Malaysia, maka tidaklah bercerita lanjut dan "membuka pekung di dada" di dalam perkara-perkara yang sensitif (pada kita sensitif tetapi ianya biasa pada kacamata orang di sana).

Saya kira Arthur juga agak selektif di dalam membicarakan hal-hal berkait dengan negaranya. Namun terdapat dua perkara yang bermanfaat yang telah saya pelajari petang itu iaitu:

1) Keperluan meminda perlembagaan jika ingin memastikan sesuatu dasar dan perundangan itu dilaksana dan memenuhi harapan.

2) Mengembalikan peranan golongan profesional di dalam urustadbir dan meletakkan peranan ahli politik di tempat yang sepatutnya.

Pinda Perlembagaan

Arthur ada bertanya mengenai sistem politik negara dan kaedah kita mengendalikan proses pilihanraya. Seingat saya, ada menyebut mengenai kepelbagaian kaum yang tinggal di Malaysia (Melayu, Cina dan India), sistem 2 gabungan yang mula mendapat tempat (BN dan PR), keputusan PRU ke-12, badan penyelia pilihanraya (SPR), tetapi tiada kaedah yang jelas untuk menetapkan tarikh pilihanraya kerana ianya terletak di tangan Perdana Menteri, menjadikan kedua-dua gabungan perlu berpolitik sepanjang masa hingga menjadikan rakyat terlalu fokus kepada politik, sedangkan rakyat masih ketinggalan dalam hal ekonomi dan pendidikan, contohnya.

Arthur berkongsi pengalaman Kenya yang mengalami transformasi besar sistem politik dan pentadbiran sebaik negaranya mengadakan pindaan terhadap perlembagaan negara. Memang beliau sendiri tidak nafikan bahawa sebelum "aman" - perang saudara, korupsi dan kacau-bilau sudah menjadi kelaziman. Begitupun, apabila kerajaan baru dilantik, suatu proses penggubalan terhadap perkara-perkara tertentu dalam perlembagaan telah dibuat bagi mengawalselia kuasa dan mengembalikan kestabilan dan hak rakyat yang menentukan kerajaan secara sistem demokrasi.

Menurut Arthur lagi, antara perkara yang dipinda dan telah memberikan kesan positif kepada negara dan rakyat adalah penentuan tarikh pilihanraya secara terperinci di dalam perlembagaan negara. Contoh:

"Parlimen hendaklah dibubarkan setelah cukup 5 tahun tempoh pemerintahan, pada bulan Ogos, minggu ke-3, hari Jumaat".

Sehingga ke perincian seperti itu. Justeru, kedua-dua pihak tidak lagi hidup dalam suasana yang berteka-teki akan bila hendak diadakan pilihanraya dan bila parti mereka perlu menggerakkan proses lobi, kempen dan pendaftaran keahlian.

Ringkasnya, sebaik sahaja selesai sesebuah PRU itu, rakyat dan semuanya telah tahu bilakah pula tarikh PRU yang akan datang. Dalam suasana seperti ini, pihak parti yang memerintah lebih aman untuk menjalankan tugasan dan tanggungjawab mereka dan pihak pembangkang hanya akan menyerang dan mengkritik kerajaan apabila penggal kerajaan bakal berakhir. Rakyat juga tidaklah sibuk berpolitik 24 jam sepanjang tahun dan boleh fokus dengan kegiatan masing-masing. 

Malaysia barangkali boleh mempelajari sesuatu daripada pengalaman Kenya ini. 

Menurut Arthur, semenjak penggubalan (perlembagaan) tersebut, kesannya lebih dirasai di mana keadaan politik menjadi lebih stabil, perancangan kerajaan lebih jelas kerana boleh buat kerja sehingga cukup 5 tahun, rakyat boleh tumpukan kepada aspek lain dan pembangkang dapat mengkaji dan memantau sesuatu isu secara jangka panjang.

Peranan Ahli Politik & Profesional

Perubahan kedua yang dibuat adalah melibatkan pengasingan dan "penempatan semula" peranan golongan profesional di dalam kementerian-kementerian di dalam kerajaan.

Sebagai contoh, Menteri Kerjaraya adalah seorang jurutera, Menteri Kewangan adalah pakar ekonomi dan Menteri Pertanian adalah profesional berkelulusan Sains Pertanian.

Matlamat yang diharapkan adalah meletakkan mereka yang arif di bidang yang betul dan mengurangkan campur tangan politik (sekalipun tidak sepenuhnya berjaya).

Manakala peranan ahli-ahli politik telah dikembalikan kepada motto mereka yang ingin "berkhidmat kepada rakyat" iaitu dengan membawa mereka menduduki kerusi-kerusi gabenor wilayah-wilayah.

Pendek kata melalui perubahan sistem pentadbiran ini, segala isu di peringkat tempatan dan wilayah diuruskan oleh ahli-ahli politik yang dipilih rakyat. Mereka kemudian membawa aduan dan rintihan rakyat (sebab mereka adalah "wakil rakyat") untuk dibincang dan diurus secara profesional oleh menteri-menteri yang berkelayakan di peringkat negara. 

Ini berlainan dengan amalan sesetengah negara (kita?) di mana wujud "conflict of interest" kerana Menteri adalah ahli politik yang terlibat langsung dengan tender dan projek kementerian yang lumayan, yang dibida dan diberikan kepada syarikat-syarikat milik parti yang beliau sendiri wakili.

Ibarat kata pepatah "keluar saku kanan, masuk saku kiri".

Sekurang-kurangnya, itulah hasrat sebenar penggubalan tersebut dibuat.

Arthur mengakui bahawa isu korupsi adalah suatu ancaman yang sentiasa wujud dan sukar dibasmi. Saya menyokong mendapat beliau kerana ianya wujud di mana-mana hatta di negara yang ditadbir oleh orang Islam sekalipun.

Di Malaysia, keadaannya masih jauh berbeza. Kita mungkin berhujah bahawa rupa-reka kedua negara ini berbeza justeru pemahaman kita dan cara menangani isu yang berlaku juga mungkin berbeza.

Saya tidak menaruh harapan yang tinggi kerana bukankah lebih seronok apabila hidup ini penuh dengan "teka-teki"?

Saturday, 1 September 2012

Kondo Mewah di Singapura - siap dengan garaj kereta (foto)

Dipetik daripada: Blogserius

I want 3!


Anda seorang jutawan tetapi tidak mempunyai rumah seakan MTV Cribs kerana kekurangan ruang tanah di negara anda? Tak boleh nak letak kereta kepunyaan anda di laman untuk dipamerkan? Jangan gundah, di Singapura terdapat kondominium mewah Hamilton Scotts yang membenarkan penghuninya meletakkan kereta mewah mereka di ruang tamu. 

Kereta mewah milik penghuni boleh dipamerkan di ruang tamu mereka untuk digunakan bagi menunjuk-nunjuk akan kekayaan yang mereka miliki. Dua biji kereta boleh diletakkan di ruang tamu sekaligus. Kereta dimasukkan ke dalam garaj pada tingkat bawah sebelum dinaikkan ke ruang tamu setiap kondo dengan menggunakan lif. Harga sebuah kondo Hamilton Scotts bermula dari SGD 7 juta dan meningkat sehingga SGD 25 juta untuk penthouse empat bilik.




Laporan asal Inthrlld

Mau makan ka, mau duit?

Hari ini saya mempelajari sesuatu yang berharga - sebagai pengguna adalah perlu untuk kita mempunyai alternatif terhadap sesuatu perkhidmatan.

Hari ini saya ke kedai gunting yang lazimnya saya kunjungi hampir setiap bulan (selama sudah 4 bulan) bagi mendapatkan perkhidmatan menggunting rambut. 

Sebelum ini, saya sifatkan perkhidmatan yang ditawarkan adalah memuaskan di samping bayaran yang dikenakan hanyalah RM8 selain terletak berdekatan dengan tempat tinggal. 

Seingat saya, di kawasan itu, hanya itulah sahaja kedai gunting yang ada.

Sekadar hiasan (google images)

Hari ini, saya berkunjung lagi ke sana. Kedainya kosong tiada pelanggan dan tukang guntingnya sedang sibuk mencukur misainya sendiri. Anehnya, setelah saya masuk (dalam kedai berjerebu dengan asap kemenyan), si tukang gunting terus cakap, "u tunggu aa saya mau makan dulu". Lantas disuruhnya saya duduk di ruangan menunggu. Sedangkan dia masih leka di cermin mentilik-tilik mukanya yang baru dicukurnya sendiri.

Tidak tahan dengan bau kemenyan yang entah apakah fungsinya (sebagai penyegar udara atau sebab nak halau hantu), tidaklah saya ketahui. 

Kemudian dia masuk ke "pejabat" dan keluar bersama bungkusan makanan dan air. Terdetik di hati saya "kalau ko nak makan dulu, buat apa aku dok tunggu dan peningkan kepala menghidu asap kemenyan ni". Lantas saya berjalan ke muka pintu.

"Eh, u mana mau pigi? Kasi duduk dulula", gesanya. 

Saya dengan spotan menjawab, "Takpa lah, u mau makan, tak mau duit kan, saya cari tempat lain".

Disebabkan saya sudah "sound" dia, maka saya kenalah "blah" cepat-cepat. Zaman sekarang ni kan orang mudah bergaduh di sini-sana walaupun disebabkan perkara kecil (aku pun mulut dah terlepas cakap..). 

Ketika saya menghidupkan enjin kereta, kelihatan si tukang gunting itu melambai-lambaikan tangannya, dari pintu kedainya, meminta saya masuk ke dalam. Saya cuma angkat tangan sahaja dan berlalu pergi.

"Takpa lah, u mau makan, tak mau duit kan" - ungkapan tersebut terus terngiang-ngiang di kepala saya.

Bunyinya agak kasar tetapi ianya, pada saya, suatu komen yang adil (fair) bagi seorang pengguna di dalam situasi seperti saya alami tadi.

Manakan tidak, anda berniaga dengan menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan. Mungkin faktor "hanya kedai gunting anda sebuah sahaja di situ" menjadikan anda berasa selesa memonopoli khidmat menggunting rambut, sehinggakan pelanggan yang perlu menuruti kehendak anda, dan bukan sebaliknya.

(off-topic: Lazimnya, isu melibatkan alternatif buat pengguna sering dikaitkan dengan perkhidmatan awam. Di kebanyakan tempat, pengguna terpaksa juga menggunakan khidmat pengangkutan awam yang ada (contohnya bas henti-henti), sekalipun khidmat yang disediakan amatlah tidak cekap, kerana ketiadaan alternatif yang boleh mereka pilih. Justeru, usaha menyokong khidmat pengangkutan awam akan gagal dan masyarakat kembali menggunakan kenderaan sendiri, seterusnya memperkayakan lagi para pengendali lebuhraya-lebuhraya bertol yang ada di mana-mana sahaja di negara ini.)

Saya pun memandu-lah ke bahagian lain di taman perumahan itu. Agak jauh juga, sehinggalah saya sampai di bahagian rumah kedai yang banyak kosong.

Terdapat sebuah lagi kedai gunting yang baru dibuka. Kedai gunting 1Malaysia barangkali (memandangkan para pekerjanya memakai t-shirt dengan lambang 1Malaysia dan wajah PM Janji Ditepati). 

"Tak boleh sembang pasal politik lah nampaknya kat kedai ni", pesan saya kepada diri sendiri.

Khidmat yang ditawarkan adalah sama dengan harga yang sama. Syukur, disebabkan adanya pekerja 1Malaysia ini saya akhirnya memiliki alternatif bagi menggunting rambut.

Saya bukanlah peniaga, tetapi setiap hari dalam hidup ini, saya adalah seorang pengguna. Bagi pengguna, amatlah perlu untuk mencari dan memiliki alternatif supaya dapat membuat pilihan, walaupun antara pilihan yang ada itu tidaklah jauh perbezaan mahupun muthu mutunya.

Bagi para peniaga pula, khususnya yang terlibat dengan sektor perkhidmatan, kenalah berkorban sedikit demi memenuhi keperluan pelanggan. Lihatlah bagaimana ramah dan mesra sikap kaum Cina di dalam berniaga. Tidak salah korbankan sebentar waktu makan untuk pelanggan anda!

(Pernah mekanik Cina datang sampai ke rumah untuk menukar bateri kereta saya kerana takut saya salah beli bateri. Dia datang naik keretanya sendiri dan tidak mengenakan caj tambahan. Dia beri nasihat tentang penjagaan bateri dan enjin. Dia juga tidak panggil saya "Bro". Selepas hari itu, saya sering ke kedainya).

Khidmat yang seperti si Cina itu, akan menghadirkan cerita yang baik, yang akan diceritakan dari mulut ke mulut, ditulis di blog dan FB dan akhirnya membantu perniagaan anda memperoleh pelanggan-pelanggan yang baru pula!

Wassalam.