Thursday 16 August 2012

JOM kita tinjau penjara terapung di New York (foto)

Jika sebelum ini saya telah siarkan sebuah artikel mengenai penjara terbesar di Amerika (di San Quentin), kali ini kita tinjau pula perihal kompleks penjara terapung yang dibina di New York pula. 

Dipetik dari: Blogserius
Only in Amerikkka!

Sebelum ini saya telah siarkan sebuah artikel mengenai penjara terbesar di Amerika (di San Quentin). Kali ini kita tinjau pula perihal penjara terapung yang terletak di New York pula. Selama ini kami ingatkan penjara yang terapung hanyalah fiksyen di dalam komik. Rupa-rupanya sebuah penjara terapung sudahpun wujud di Amerika Syarikat semenjak 1992 lagi. Vernon C. Bain Correctional Center ialah sebuah penjara terapung yang terletak di Pulau Riker, New York. Ia mampu menempatkan seramai 800 orang banduan pada satu-satu masa. Ianya dibina dengan kos USD 166 Juta pada tahun 1992 bagi membantu menyelesaikan masalah penjara yang terlalu padat di New York. Vernon C. Bain Correctional Center mempunyai kesemua kemudahan asas termasuklah sebuah gelanggang bola keranjang. Inilah Amerika, negara yang paling ramai memenjarakan rakyatnya per kapita. Bila sudah tak muat bina pula atas laut!




Laporan asal Izismile

No comments: