Dipetik dari: Blogserius
ZZZZZZZ..........
Di China, IKEA bukan sahaja tempat untuk shopping perabot cool ataupun makan meatballs. Di sana ianya menjadi pilihan penduduk tempatan untuk tidur dan menggunakan perabot di showroom seperti milik sendiri. Fenomena datang ke IKEA untuk tidur ini fenomena yang sering berlaku ketika musim panas dan boleh dilihat di IKEA Shanghai. Penduduk setempat datang ke IKEA untuk mendapatkan air cond percuma. Kebanyakkan warga marhaen mahu menjimatkan penggunaan elektrik atau tidak mampu memasang penghawa dingin di rumah sendiri. Justeru, IKEA menjadi pilihan terbaik yang membolehkan mereka tidur dengan selesa. Jangan ketawa kerana ini bukanlah sesuatu yang aneh.
Laporan asal EU Times dan Weird News Asia
No comments:
Post a Comment