Thursday 23 August 2012

Ada wang, ada amoi - di China (foto)

Dipetik dari: Blogserius


Untunglah Kaya...

Di China terdapat ramai taikun kaya yang terlalu sibuk bisnes hingga tak sempat nak dating dan akibatnya terpaksa membeli bini. Terkini 11 orang hartawan berstatus billionaire menawarkan ganjaran Yuan 50,000 kepadaa agensi cari jodoh sekiranya berjaya menemukan isteri yang sesuai buat mereka. Tidak mengejutkan, tawaran ini menyebabkan lebih 2,000 wanita berpusu-pusu untuk mencuba nasib menjadi calon isteri kepada billionaires ini. Wanita yang menawarkan diri mereka datang bukan sahaja dari China malahan ada yang sanggup datang dari Singapura dan Australia. Daripada 2,000 yang memohon hanya 320 orang diminta menghadiri sesi temu bual bagi mengecilkan selection pool kepada hanya 28 orang. Mereka ditemurah di Guangzhou bagi memastikan:

1) Mereka tidak pernah menjalani pembedahan plastik. Seorang doktor akan memeriksa tubuh mereka bagi memastikan mereka ori.

2) Sesi temu-ramah berkenaan tahap pendidikan dan pemahaman seni. Billionaire mahukan waifu yang ada status dan bukan bimbo semata-mata.

3) Ujian psikologi.. bagi memastikan calon bini tidak mental.

4) Pemeriksaan bintang Astrologi - Kerana billionaire superstitious dan mahukan waifu yang sesuai dengan bintang zodiak mereka.

5) Saringan akhir di mana calon waifu dipasangkan dengan salah seorang dari 11 billionaire.

Oh! dan paling best billionaire ini semua mahukan bakal bini yang masih dara. Oh noes.....

Inilah dunia moden. Lelaki yang terlalu bekerja keras sampai bini dibeli macam membeli gajet di kedai Seng Hup. Tak sangka ada juga wanita yang sanggup menawarkan diri mereka untuk dibeli sebegini. Well inilah kelebihan lelaki berduit. Bak kata forum Low Yat"Ada Wang Ada Amoi"




Laporan asal ChinaSmack

No comments: