Friday, 14 September 2012

Kehidupan Pelombong Emas Haram di Indonesia (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius

Kasi pagi dimakan sore....


Selamat datang ke Poboya, Sulawesi Tengah. Di sini terdapat sebuah lombong emas yang dijalankan secara haram oleh penduduk setempat. Di sinilah penduduk setempat mencari rezeki untuk menanggung perbelanjaan keluarga. Kerana Poboya ialah sebuah lombong emas haram, teknik yang digunakan bagi melombong sangat low tech. Ianya juga merbahaya kerana pelombong mengorek lobang sesuka hati. Ini mengingatkan aku kepada Rusila Terengganu pada awal 90-an dahulu. Ramai penduduk tempatan melombong secara haram sehingga berlaku banyak kematian apabila terowong yang digali runtuh. Aku lupa apa terjadi pada Rusila selepas itu. Ditutup dan dijual kepada pengusaha professional-kah? Aku malas pergi arkib negara maka aku assume inilah yang berlaku di Rusila.

Tahukah anda di Indonesia seramai 1.1 juta warganya bekerja di industri perlombongan? Manual labour for the win. Bila melihat gambar di bawah kita akan sedar mengapa orang Indonesia di Malaysia sanggup ambik kerja "low class" yang tidak mahu diisi oleh rakyat Malaysia. Berbanding kerja lombong, kerja low class di Malaysia lebih LUMAYAN dan selamat.

Gambar oleh REUTERS/Yusuf Ahmad






No comments: