Monday, 3 September 2012

Demonstrasi "Pensel" oleh para penuntut IPT di Chile (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


Pensel!!

April lalu kami paparkan demo pelajar meminta reformasi dilakukan ke atas sistem pendidikan di Chile. Nampaknya setelah hampir 5 bulan telah berlalu, tiada langsung perubahan dilakukan oleh pihak pemerintah Chile. Maka 28 Ogos yang lalu sekali lagi para pelajar melakukan demo meminta kerajaan meningkatkan kualiti tenaga pelajar, menurunkan yuran kolej, memaksa bank menurunkan peratusan bunga pinjaman untuk pelajar dan menaik tarafkan kualiti pendidikan di IPTA Chile. Sebagai tanda protes mereka membawa replika pensel gergasi dengan tulisan NO LUCRE yang bermaksud TIADA KEUNTUNGAN sebagai tanda protes kolej-kolej dan bank di Chile yang hanya mementingkan keuntungan mereka bila berurusan dengan pelajar. Seperti demo April lalu, pihak pemerintah yang disokong pihak pemodal meleraikan demo pelajar dengan menggunakan semburan air dan gas pemedih mata. Demo bertukar ganas dan pihak pelajar serta polis anti rusuhan bergochoh macam Monday Night Raw.

Kita beruntung di Malaysia kos pengajian IPTA murah dan adil. Pihak bank dan PTPTN menawarkan bunga yang rendah serta bertepatan dengan kualiti pendidikan yang diterima. Malaysia negara untung, terima kasih kepada kepimpinan penuh terampil Dato Seri Najib Razak. Sebab itulah tiada golongan pelajar berdemo dan mensia-siakan masa bertumbuk dengan pihak FRU yang berhati kudus. Jalanraya bersih tanpa sampah dan tin gas pemedih masa. Pelajar mewah bertelefon pintar dan ipad. Duit lebih digunakan lepak dengan awek dan clubbing. Untunglah. Tidak macam di Chile.

(Switch on sarkasis LOL)...






Laporan asal MySanAntonio

No comments: