Tuesday, 11 September 2012

AMX-56 Leclerc : Kereta Kebal Utama Perancis (20 Gambar)

Artikel 'copy n paste' daripada: Blogserius


Le Tank

Setiap negara yang menggelarkan diri mereka kuasa dunia akan mempunyai sebuah kereta kebal utama (Main Battle Tank, MBT) yang berfungsi sebagai prestige weapon angkatan darat mereka. Amerika Syarikat mempunyai M1A2 Abrams, UK mempunyai FV4034 Challenger 2 manakala Russia mempunyai T-90

Setiap kereta kebal ini menggunakan teknologi terkini bagi memastikan ianya mampu berfungsi dengan baik di medan perang. Bagi Perancis, AMX-56 Leclerc ialah kereta kebal yang menjadi kebanggaan negara Croissant ini. Berbeza dari kebanyakkan MBT pakatan NATO yang lain, AMX-56 Leclerc hanya mempunyai 3 orang krew berbanding 4. Ini adalah kerana ia menggunakan sistem meriam automatik serupa seperti yang digunakan T-90 dan PT-91M Pendekar. Ia juga jauh lebih ringan berbanding MBT NATO yang lain kerana beratnya tidak melebihi 55 tan. M1A2 Abrams dan Challenger 2 kedua-duanya mempunyai berat melebihi 60 tan.

AMX-56 Leclerc mula digunakan pada tahun 1992 bagi menggantikan AMX 30 yang sudah berumur. Seperti MBT M1A2 Abrams kepunyaan Amerika Syarikat, Leclerc dinamakan sempena seorang jeneral yang berjasa kepada negaranya. Seperti Abrams juga, Leclerc dilengkapi dengan selaras meriam sebesar 120 mm Smoothbore. Ia diperkasakan dengan enjin diesel 1500 kuasa kuda yang mampu memecutkan kereta kebal ini ke kelajuan maksimum 72 kilometer sejam.

Sehingga kini AMX-56 Leclerc masih belum pernah diuji sepenuhnya di dalam medan peperangan. Oleh itu keberkensanan sistem perisainya menangkis senjata anti kereta kebal moden masih belum diketahui berbanding Abrams dan Challenger 2. Setakat ini hanya Tentera Darat Perancis dan Emiriah Arab Bersatu menggunakan kereta kebal ini. Harga sebuah AMX-56 Leclerc ialah 17 Juta Euros (RM 67 Juta) sebuah. Ini adalah amat mahal kerana M1A2 hanya beharga USD 8.58 Juta (RM 26.7 juta) manakala Challenger 2 berharga GBP 4.21 Juta (RM 20.9 Juta) sebuah. Kenapa mahal sangat? Nobody knows. Mungkin kereta kebal Perancis macam barangan fesyen berjenama dari Paris mempunyai harga yang lebih premium! Ha ha!





Laporan asal Wikipedia
Gambar oleh TheBrigade

No comments: