Dipetik dari: blogserius
Peliharalah keamanan di tempat kita
Khyber Pass terletak di Pakistan dan ianya digunakan sejak ribuan tahun sebagai jalan perhubungan di antara Pakistan dan Afghanistan. Khyber Pass juga terkenal dengan industri pembuatan senjata haramnya. Kilang-kilang senjata kecil di sini mampu menghasilkan senjata api tiruan yang menyerupai AK47, Tokarev TT33, Raifal Lee Anfield, Colt 1911 dan Borwning Hi Power sebenar. Industri pembuatan senjata di sini memainkan peranan besar di dalam membantu tentera Mujahideen ketika mereka berperang dengan tentera Soviet. Senjata yang buatan Khyber Pass telah diseludup ke Afghanistan untuk kegunaan Mujahideen. Malangnya senjata yang dibuat di sini tidak mempunyai kualiti yang sama dengan senjata yang asal kerana bahan buatannya berkualiti rendah. Pembuatan senjata sebegini sebenarnya haram mengikut undang-undang Pakistan. Namun begitu pihak berkuasa tidak berani mengambil tindakan undang-undang kerana kawasan ini dikuasai warlords dan tribe leader yang ganas. Maka jadilah Khyber Pass sebuah bandar koboi sebenar! Sedikit fakta: di Pakistan setiap rakyat mempunyai hak memiliki senjata sama seperti di Amerika. Intersting.
laporan asal Izismile dan Ease
No comments:
Post a Comment