Buat mereka-mereka yang berada di kampung, yang ingin mengetahui apakah nasib anak-anak cili yang dieksport ke Klang tempoh hari, di sini anakanda ingin memaklumkan bahawa Alhamdulillah dan syukur, kerana sepohon demi sepohon anak cili yang dibekalkan telah berbunga dan berbuah.
Jika kesemuanya menjadi, maka akan ada 10 pohon cili yang sudah besar dan beberapa puluh lagi yang baru menjadi anak benih.
Anak pokok durian "Musang King" juga semakin besar dan hijau berkilat.
Dapat diperhatikan terdapat perbezaan dari segi pertumbuhan pohon-pohon cili yang menggunakan medium tanaman yang berbeza.
Pokok cili yang ditanam di atas tanah paling cepat berbuah. Manakala 2 pokok cili yang ditanam di dalam sabut kisar pula paling cepat membesar tetapi belum berbunga (batch ni lewat sedikit).
Manakala pohon cili yang ditanam di dalam tanah bakar dan tanah hitam kelihatan sedikit "bantut", tetapi berbunga paling lebat dan telah mula mengeluarkan hasil, sekalipun sedikit lewat berbanding yang ditanam di atas tanah.
Boleh jadi elemen baja / vitamin pokok yang dibekalkan juga memainkan peranan yang penting. Kesemua pohon ini hanya disiram sekali sehari, lazimnya di awal pagi sebelum ke tempat kerja.
Pohon cili yang ditanam di atas tanah dan dikerumuni anak-anak cili lain yang sedang membesar.
Cili di dalam kotak tanaman juga mula berbuah dan berbuah. Faktor pencahayaan juga memainkan peranan kerana mungkin lokasi kotak tanaman sekarang agak redup dan sedikit terlindung dari pancaran matahari.
No comments:
Post a Comment