Sumber semua foto: forum di Tranungkite
Saturday, 30 June 2012
Friday, 29 June 2012
Himpunan kartun-kartun yang TROLL (pecah perut!)
Sumber semua foto/kartun: ruang forum Tranungkite
Nota: edisi 'pecah perut' akan saya sambung di bahagian 2. LOL!
Kartun Islamic versi Kawaii oleh Nayzak Al Hilali (foto)
Artikel ini di-"copy n paste" dari: blogserius
Nayzak Al Hilali atau nama pena beliau Nayzak ialah seorang artis Deviantart yang terkenal dengan lukisan berunsur keIslaman beliau yang Kawaii. Kalau mahu lagi artwork beliau sila ke laman Deviantart beliau disini. Enjoice! Terima kasaih @NetHead
Nayzak Al Hilali atau nama pena beliau Nayzak ialah seorang artis Deviantart yang terkenal dengan lukisan berunsur keIslaman beliau yang Kawaii. Kalau mahu lagi artwork beliau sila ke laman Deviantart beliau disini. Enjoice! Terima kasaih @NetHead
Laporan asal Nayzak Deviantart
Thursday, 28 June 2012
Wanita Korea Sebelum Dan Selepas Pembedahan Plastik (16 Gambar)
Artikel 'copy n paste': blogserius
Via Facebook
Damn!
Umum diketahui Korea Selatan ialah negara paling plastik di Asia. Pembedahan plastik is at an all time boom dan akibat itu semua awek Korea mempunyai rupa muka yang default. Semuanya fake. Kalau nak ori haruslah layan awek Korea Utara yang lebih original.
Thanks @Aymeemin for the tip
Via Facebook
Wednesday, 27 June 2012
Pesawat 747 Putera Saudi (7 Gambar)
Artikel 'copy n paste': blogserius
Mewah...
Putera Alwaleed ibn Talal Al Saud (57) ialah antara manusia paling kaya di dunia. Harta duniawi beliau dikatakan bernilai sekitar USD 18 billion dan ini menempatkan beliau pada tangga ke 63 manusia terkaya dunia. Beliau mempunyai banyak pesawat peribadi dan kini sedang menanti pesawat Airbus A380 peribadi beliau siap dibina oleh Airbus tahun ini. Sebelum itu sebuah pesawat Boeing 747 digunakan oleh beliau sejak 2003 untuk kegunaan peribadi. Pesawat ini cukup mewah dan berfungsi sebagai istana terbang beliau, isteri dan anak-anak. Sungguh bawse. Kamik berbangga orang Islam juga mampu living like a pimp bawse. Mari lihat kemewahan pesawat 747-400 milik beliau sebelum ia digantikan dengan pesawat yang lebih besar dan moden.
Laporan asal Forbes
Catatan kembara: "Saya buat sebab orang lain tak buat"
Alhamdulillah, kini saya kembali ke bumi UK, lebih tepat lagi ke kampung Oxford bagi menyelesaikan beberapa tuntutan yang berbaki. Saya pohon kemaafan buat sahabat-handai di sini kerana tidak memaklumkan dan memunculkan diri kerana masih terikat dengan pelbagai komitmen. InsyaAllah sedikit masa lagi, bilamana saya akan sedikit lapang, berhajat sangat nak bertemu muka dengan sahabat semua.
Kunjungan ke Oxford kali ini tidak menghadirkan kelainan yang besar, mungkin disebabkan permusafiran kali ini hanya saya seorang diri. Tidak banyak perubahan ditambah pula dengan "wet and windy summer" di sini.
Apabila berseorangnya, timbul keinsafan betapa banyak perkara perlu dibuat sendiri. Saya tabik kepada beberapa kawan di sini yang berkorban meninggalkan anak, isteri atau suami demi mengejar ilmu.
Kesunyian ini juga membuatkan saya lebih menghargai kerja-kerja yang lazimnya dibuat oleh isteri saya. Betapa saya kadang-kala "ambil mudah" akan pengorbanan seorang isteri, walaupun kerja-kerja itu kecil (kecil tapi leceh).
Selepas bosan terperap di Brookes saya ke bandar. Di city centre seperti biasa sesak dengan orang, tambahan lagi program Summer School telah bermula. Banyak kedai dan gudang perniagaan juga turut mengambil kesempatan dengan membuat Summer Sale.
Bagi rakyat Malaysia yang "kaki Portmeirion" (pinggan mangkuk, etc) tentulah tersenyum lebar dengan jualan harga runtuh sebanyak 75% itu (lihat offer di internet)! Kedai kasut Clarks dan Body Shop juga menawarkan sehingga 50% dan GAP pula sehingga 60% diskaun. Lain-lain kedai saya tak tahu!
Saya hanya sempat singgah ke Mark & Spencer dan Primark mencuci mata, sambil-sambil melepaskan gian pekena "Chai Latte" di Cafe Nero. Kepada sesiapa yang bercitarasa seperti saya, maka saya berani rekomen kepada sesiapa yang minat nak cuba rasanya.
Semalam juga hujan turun dengan agak lebat, 2 kali saya kebasahan. Makanya, persinggahan saya hanya sementara sahaja di pusat bandar. Rasanya perlu datang lagi kerana tidak sah kalau tidak berkunjung ke kedai-kedai buku dan cenderamata yang ada di bandar ilmu ini.
Pulang, saya bergegas ke Surau di Brookes. Solat jamak. Rahmat yang besar bagi musafir seperti saya kerana waktu solat Asarnya panjang (Maghrib masuk sekitar jam 9.30 malam dan Isyak 10 malam ke atas). Maka, saya hanya "himpun dahulu" dan solat seterusnya akan ditunaikan sekitar jam 9.30 malam.
Selepas solat saya duduk dan meneliti bahan-bahan bacaan (risalah da'wah) yang ada. Kebetulan saya di sapa oleh Dr Syeikh Ramzy, pengasas NGO Muslim (Oxford Islamic Information Centre, OIIC).
Beliau tanyakan pandangan saya berkaitan bahan-bahan bacaan dan da'wah yang diletakkan di rak di luar surau. Saya katakan padanya yang kebanyakan bahan itu saya ada ambil dan bawa pulang ke Malaysia.
Saya tampalkan di cermin pejabat saya di Kuala Lumpur. Ramailah orang yang melintasi pejabat saya akan berhenti membaca dan meneliti risalah-risalah yang ditampal. Saya katakan padanya ada manfaat dari kerja dan khidmat beliau terhadap usaha da'wah sehingga saya juga telah turut memanfaatkannya.
Dr Ramzy ternyata gembira, lalu diberikan lebih banyak bahan sebaran bagi tujuan Da'wah kepada saya. Saya minta dikurangkan kerana ianya boleh difotokopi sahaja nanti untuk diberi secara percuma kepada mereka yang berminat.
Saya tanya bagaimana boleh timbul minat bagi beliau aktif dengan tugasan da'wah sedangkan pelbagai kerja lain turut dilakukannya.
Jawab beliau bersahaja "saya buat sebab orang lain tak buat". Saya mula membuka meja di tengah Corn Market Street di pusat bandar sejak 25 tahun yang lepas dengan tujuan bagi mempromosikan Islam kepada orang ramai di Oxford.
Selepas beberapa ketika, barulah kumpulan gereja Kristian, Yahudi dan humanist dan atheist membuka meja di sepanjang jalan tersebut bagi menyebarkan fahaman masing-masing. Di sini bebas dan terbuka, tiada sekatan untuk berda'wah dan tiada pihak yang menganggu anda.
Saya bertanya lagi "ramaikah orang puteh (British) yang tertarik dengan da'wah anda?".
Jawab beliau "Saya nampak sambutan begitu menggalakkan. Saya tidak melihat kuantiti, tetapi kualiti dan minat untuk minat (nak tahu yang sebenar) berkaitan Islam itu yang penting, dan kami menerima raspon yang positif."
Tambah beliau lagi, "kadang-kala seminggu tu adalah dalam 2-3 orang yang akan duduk lama di meja saya dan berkongsi soal-jawab mengenai Islam. Indahnya, ramai yang jumpa saya selepas beberapa minggu dan menyuarakan hasrat memeluk Islam. Bagi saya itu merupakan kepuasan yang akan anda kecapi dalam kerja-kerja da'wah".
Berbagai topik sempat kami sembangkan dalam waktu yang singkat itu. Saya tidak rasa mampu mencapai tahap seperti Dr Ramzy. Siapalah saya dengan bermacam kelemahan dan kejahilan ini. Akan tetapi, ada perkara yang berharga yang telah saya kutip sepanjang perbualan singkat itu.
Saya merasakan jikalau Allah sudah ingin memberi (suruh kita bantu usaha da'wah), tiada kuasa yang dapat menghalangnya. Dan harapnya, biarlah cabaran tersebut masih di dalam had dan kemampuan diri insan yang serba kekurangan ini.
Dr Sepet
Headington, Oxford
Tuesday, 26 June 2012
Sunday, 24 June 2012
Jualan buku on-line (pelbagai buku kanak-kanak)
Contoh item/buku:
Untuk senarai penuh buku, sila layari blog madam-teacher (KLIK). Memandangkan saya berada di luar negara sehingga 4 Julai, semua pertanyaan dan pesanan boleh dibuat terus kepada Madam-teacher.
Pertanyaan dan pembelian buku hendaklah disertai dengan KOD item sebagaimana tertera. Terima kasih di atas sokongan anda.
Generasi membaca adalah generasi berilmu.
Friday, 22 June 2012
Pendapat: Punca mengapa harga kereta baru di Malaysia "takkan jadi murah"
Nota:
1) Apa yang saya kongsikan di bawah adalah pendapat yang saya rumuskan, hasil pembacaan pelbagai bahan, ditambah dengan sesi sumbang-saran bersama orang rumah sewaktu memandu ke tempat kerja.
2) Anda mungkin bersetuju mahupun tidak bersetuju dengan pendapat ini. Jika tidak setuju saya lebih suka kerana kita mendapat 2 pandangan, berbanding hanya satu yang saya kemukakan di bawah ini.
3) Terima kasih kepada yang sudi membaca dan moga beroleh manfaat!
Dilema (kesan dan akibat)
Saya mulakan entri ini dengan melampirkan rajah berikut. Saya sengaja bina rajah tersebut sedemikian rupa dengan harapan ianya dapat membantu memudahkan proses pemahaman para pembaca terhadap tajuk yang bakal dikupas. Lihat rajah.
Sumber animasi, pelbagai (google image)
Penerangan dan kronologi:
1) Sesetengah kita sering memasang angan-angan untuk memiliki kereta idaman kita suatu hari nanti, sekalipun kita sekarang sudah memiliki kereta. Dan peluang baru muncul apabila model kereta yang baru dilancarkan yang mana ianya menepati ciri-ciri "kereta idaman" kita itu.
2) Bagaimanapun, satu kajian telah dijalankan dan mendapati lebih 60% pembeli kereta baru lazimnya akan membuat pembelian setelah berjaya menjual kereta lama (yang telah mereka miliki) kepada peniaga kereta terpakai. Tujuannya tidak lain adalah untuk mendapatkan sumber kewangan bagi menampung "hutang baru" (setelah membeli kereta baru).
3) Kesan daripada tindakan no. 2 tadi, maka wujudlah senario lambakan kereta terpakai di pasaran. Maka wujudlah persaingan yang sengit di kalangan peniaga kereta terpakai bagi menjual semula kereta yang berlambak itu. Kesan daripada persaingan, harga jualan bagi kereta terpakai terpaksa diturunkan, dan para peniaga mengalami kerugian atau penurunan margin keuntungan (mereka menderita untuk kekalkan operasi bisnes).
4) Sebagai tindak balas terhadap lambakan tersebut, para peniaga telah tidak lagi berupaya menawarkan harga "second-hand" yang tinggi (maksimum) kepada mereka yang ingin menjual kereta lama demi mendapatkan kereta baru. Di sini telah berlaku susut nilai yang ketara. Bagi para peniaga, andainya mereka tidak berbuat demikian, tentunya mereka menanggung kerugian yang lebih besar kerana harga pasaran bagi kereta terpakai telah mengalami penurunan (kesan lambakan tadi).
5) Justeru, setelah mempertimbangkan baik-buruk, individu terbabit boleh memilih sama ada untuk meneruskan jualan kereta lamanya, dengan susut nilai kepada peniaga (akibatnya perlu tambah hutang lebih besar) atau, membatalkan niat dan juga keinginan untuk membeli kereta baru.
6) Sekiranya keadaan ini berterusan, pengeluar kereta baru pula mendapati sambutan dingin terhadap model kereta yang baru dikeluarkan syarikat. Justeru, pengeluar mungkin melihat kurangnya keperluan untuk mengeluarkan banyak model kerana pasaran yang lembab. Tidak mustahil akan turut membantutkan pelan inovasi sektor automotif negara bagi jangka masa panjang.
7) Mungkinkah pengeluar kereta baru akan menurunkan harga (bagi memancing minat bakal pembeli)? Sekiranya hal ini terjadi, kesannya akan lebih teruk lagi kerana harga bagi kereta "second-hand" juga akan susut lebih rendah. Dan akan lebih ramai pemilik kereta lama terpaksa membatalkan hasrat mereka "menukar kereta".
8) Namun bagi mereka yang berkemampuan, tentulah mampu memiliki kereta baru tanpa perlu menjual kereta lama. Begitupun, timbul perkara lain untuk difikirkan terutama kos bagi mengendalikan 2 kenderaan termasuk kos bahan api, penyelenggaraan, parking, cukai dan sebagainya. Mungkin juga kurang ekonomik untuk kegunaan jangka panjang.
8) Namun bagi mereka yang berkemampuan, tentulah mampu memiliki kereta baru tanpa perlu menjual kereta lama. Begitupun, timbul perkara lain untuk difikirkan terutama kos bagi mengendalikan 2 kenderaan termasuk kos bahan api, penyelenggaraan, parking, cukai dan sebagainya. Mungkin juga kurang ekonomik untuk kegunaan jangka panjang.
Apa pula pendapat anda?
Thursday, 21 June 2012
Foto: Cucuktanam - penerusan
Bagi mereka-mereka yang kenal kami, tentunya serba-sedikit memahami akan minat mendalam kami kepada aktiviti berkebun dan bercucuk-tanam.
Begitupun, kondisi bercucuk-tanam semasa di UK dan Malaysia agak jauh berbeza. Bukan sahaja dari segi jenis tanaman yang sesuai ditanam, malah cabarannya juga berlainan termasuklah untuk mengekalkan minat serta komitmen terhadap penjagaan tanaman yang disemai dan ditanam, ditambah pula kesibukan dan keletihan setelah seharian bekerja.
Apapun, dengan penerusan aktiviti bercucuk-tanam ini, terisilah sedikit waktu hujung minggu kami dengan kerja-kerja di luar rumah, seterusnya menyediakan sedikit senaman (pergerakan fizikal) buat panda kami.
Berbeza dengan pengalaman di UK, di tanah air terdapat lebih banyak spesis serangga perosak tanaman, seterusnya menambahkan lagi cabaran untuk menjaga dan 'membelai' tanaman-tanaman ini.
Sedikit foto untuk dikongsikan bersama para pembaca.
Kali ini kami menumpukan minat terhadap tanaman cili (terima kasih kepada mok yang bekalkan anak cili dari kampung).
Kami turut bereksperimen dengan menanam cili-cili terbabit di dalam medium yang berbeza:
1) Dari foto di atas, anak cili pada 2 kotak tanaman bersaiz paling besar ditanam menggunakan 'tanah bakar' yang kami perolehi dari belakang rumah Pak Nde.
2) Manakala anak-anak cili pada kotak tanaman bersaiz sederhana pula ditanam menggunakan 'tanah hitam' yang dibeli dari Tesco dan dicampur dengan tanah pasir yang dihanyutkan air di dalam longkang di depan rumah dan digaul bersama abu arang dari majlis BBQ minggu sebelumnya.
3) Baki anak cili disemai dan ditanam di dalam 2 beg plastik yang menggunakan 100% sabut kelapa yang dihancurkan (terima kasih kepada Cik Yo dan Cik Adda).
Kami sengaja melakukan eksperimen ini bagi melihat sama ada terdapat perbezaan dari segi tumbesaran anak-anak cili (dan mengenalpasti medium tanaman mana lebih subur).
Kami juga menyemai 2 anak durian 'Musang King' untuk ditanam di tanah Mawaddah di kampung kelak.
Selain cili, atuk dan nenek turut membeli beberapa jenis herbs termasuklah rosemary, basil, thyme dan oregano.
Tuesday, 19 June 2012
UPDATED: Peringatan buat penggemar hidangan kangkung di gerai / kedai makan / restoran
Sudah lama ingin saya kupas berkenaan perkara ini tetapi apakan daya kerana selalu pula terlupa. Apapun, di sini saya cuma ingin berkongsi sedikit info berdasarkan pengalaman sendiri, seterusnya mengingatkan kepada diri sendiri dan seluruh sahabat di luar sana supaya beringat-ingat jika anda ingin memilih lauk kegemaran anda di kedai-kedai makan, terutamanya lauk sayur kangkung.
Kangkung yang ditanam sebeginilah yang saya nak, tapi tentulah mahal kosnya kepada para peniaga (google image)
Apa yang saya tulis ini adalah berdasarkan pengamatan (menengok dengan mata kepala sendiri), di waktu pagi dan (terutama di waktu) petang bilamana terdapat insan-insan yang rajin hingga sanggup berendam di dalam parit besar dan longkang besar demi "mencerut" (potong) atau menuai kangkung.
Perlakuan ini dapat anda perhatikan jika melalui jalan ke Taman Aman Perdana, Klang (ke Pekan Meru). Saya juga yakin di tempat-tempat lain juga mungkin berlaku kes yang seperti ini.
Kawasan parit besar di sini sangatlah subur dan dilimpahi dengan tanaman kangkung yang besar daunnya dan sungguh kehijauan. Kangkung yang dituai ini kemudiannya akan diisi ke dalam guni-guni plastik besar, yang kemudiannya dibawa dengan motosikal atau basikal untuk dijual ke kedai-kedai makan.
Di sini, ingin saya tegaskan bahawasanya saya sama sekali tidak mempersoalkan kerajinan golongan ini di dalam mencari rezeki menjual kangkung, itu peluang mereka mendapatkan wang.
Cuma kegelisahan saya (my concern) adalah kangkung-kangkung yang dituai ini hidup dengan suburnya di dalam parit yang dikelilingi oleh zon perindustrian berat (heavy industries).
Pada waktu petang, saya perhatikan ada ketikanya air parit berwarna gelap (kelabu kehitaman) dan berbau kimia (mungkin dilepaskan oleh kilang-kilang kimia yang beroperasi sekitarnya).
Kangkung yang "subur" kerana dekat dengan sumber air (google image)
Kita semua tahu bahawa kangkung merupakan tumbuhan yang banyak menyerap air untuk hidup. Kangkung juga boleh menjadi penapis semulajadi (natural filter) yang berkesan bagi kawasan berair.
Barangkali juga, mereka-mereka yang mencari rezeki dengan menuai kangkung ini kurang peka sehingga tidak mengambilkira pengaruh air kilang yang berkimia terhadap kangkung, selagi kangkung yang mereka tuai adalah banyak dan "nampak sihat".
Kangkung masak belacan, sedap! (google image)
Saya bukannya apa, sekadar mengingatkan sesama kita. Perkara ini mungkin enteng pada pandangan sesetengah orang. Namun tugas menyebarkan perkara ini, demi kesedaran rasanya perlu jua dilakukan.
Walaupun sukar untuk kita tahu dari mana sumbernya lauk-pauk yang kita makan, sekurang-kurangnya dengan peringatan ini di kepala, wajarlah difikirkan terlebih dahulu sebelum kita memilih lauk berasaskan kangkung selepas ini.
UPDATED (foto): sempat dirakam sebentar tadi. Di sekitar kawasan ini ada kilang scrap metal, plastik, wood treatment (kayu dimasak di dalam larutan kimia bagi perlindungan terhadap anai-anai), perabot dan pelbagai lagi.
UPDATED (foto): sempat dirakam sebentar tadi. Di sekitar kawasan ini ada kilang scrap metal, plastik, wood treatment (kayu dimasak di dalam larutan kimia bagi perlindungan terhadap anai-anai), perabot dan pelbagai lagi.
Monday, 18 June 2012
Renungan: Hadith berkait amalan di bulan Rejab-Syaaban
Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam kitabnya yang masyhur al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab: “Solat yang dikenali dengan solat al-Raghaib iaitu dua belas rakaat ditunaikan antara Maghrib dan Isyak pada Jumaat pertama Bulan Rejab, juga Solat Malam Nisfu Syaaban sebanyak seratus rakaat; kedua-dua solat ini bidah lagi mungkar yang jelek. Jangan kamu terpengaruh disebabkan keduanya disebut dalam Kitab Qut al-Qulub dan Ihya ‘Ulum al-Din. Jangan juga terpengaruh dengan hadis yang disebut dalam dua kitab berkenaan kerana kesemuanya palsu. Jangan kamu terpengaruh dengan sesetengah imam yang keliru mengenai kedudukan hadis-hadis kedua solat berkenaan” (4/56. Beirut: Dar al-Fikr).
------------------------------
Antara hadis palsu yang direka mengenai bulan-bulan:
“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H) (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah).
Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab( lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5/173, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).
-------------------------------
Al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H) menyebut dalam al-Fawaid al-Majmu’ah fi al-Ahadith al-Maudu’ah:“Telah diriwayatkan mengenai solat malam Nisfu Syaaban dari pelbagai riwayat, kesemuanya batil lagi palsu” (ms 72. Mekah: Maktabah Mustafa Baz).
-------------------------------
Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H): “Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam”. (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).
-------------------------------
Usamah bin Zaid bertanya Nabi s.a.w mengapa baginda banyak berpuasa pada Bulan Syaaban, Nabi s.a.w menjawab:
“Syaaban antara Rejab dan Ramadan, manusia lalai mengenainya. Padanya (Bulan Syaaban) diangkat amalan hamba-hamba Allah. Aku suka tidak diangkat amalanku, melainkan aku dalam keadaan berpuasa” (Riwayat al-Nasai, dinilai hasan).
-------------------------------
Aisyah r.aha :“Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
-------------------------------
Sabda Nabi s.a.w: “Bandingan orang-orang mukmin dalam kasih-sayang, kesian dan simpati sama seperti satu jasad. Apabila satu anggota merasa sakit, maka seluruh angota lain turut berjaga malam dan demam” (Riwayat Muslim)
-------------------------------
Sumber kesemua petikan di atas: Facebook DrMAZA.com
Motosikal Cadillac Oleh Paul Jr Design (14 Gambar)
Artikel "copy n paste" dari: blogserius
Smart!
Aku dah lama tak layan American Chopper. Ini adalah kerana beberapa tahun lepas siri reliti ini bukan lagi mengetengahkan rekaan motosikal chopper yang cool tetapi lebih kepada perbalahan bapa dan anak. Pagi tadi sedang aku makan breakfast aku terlayan satu episod American Chopper. Sekarang Paul Jr sudah tidak lagi bekerja dengan OCC dan membuka syarikat chopper beliau sendiri. Dalam episod yang aku tonton beliau ditugaskan mereka motosikal berdasarkan rekaan Cadillac CTS-V. Awesome gila end product dia!
Laporan asal Paul Jr Design
Subscribe to:
Posts (Atom)