Saya merupakan salah seorang belia yang mengkagumi sikap kerja kuat Tun Mahathir di dalam mencorak dan membangunkan negara hinggalah Malaysia menjadi sepertimana yang dapat kita lihat dan kecapi hari ini.
Begitupun, saya tetap terbuka di dalam membaca dan memahami rencana dua bahagian oleh Ooi Heng (MerdekaReview) ini (saya hanya pembaca 'kadang-kala' MerdekaReview).
Bagi anda yang matang dan berhajat mengetahui lebih lanjut, saya ingatkan supaya bacalah dengan minda yang rasional lagi terbuka. Kemudian, buatlah penilaian dan kesimpulan masing-masing.
Petikan yang menarik perhatian saya:
Apabila dibandingkan zaman Mahathir dengan zaman Pak Lah, Mahathir lebih merupakan faktor kenapa Kerajaan UMNO-BN masih lemah sehingga hari ini. Tuntutan rakyat semenjak zaman reformasi sehingga hari ini bukanlah tuntutan politik per se, tetapi tuntutan pembaharuan secara menyeluruh khususnya yang berkait rapat dengan permasalahan ekonomi politik. Budaya negatif yang diterapkan sepanjang zaman pentadbiran Mahathir - politik naungan, kronisme, rent-seeking, pembaziran, rasuah dan banyak lagi - kini masih mengalir masuk dan keluar sistem pentadbiran Najib dengan mudah.
Hal ini bermaksud, kalaulah hendak dipertikaikan pemimpin mana yang patut bertanggungjawa kepada krisis kelangsungan hayat kekuasaan yang dihadapi Kerajaan UMNO-BN hari ini, pasti Mahathir berada dalam tempat pertama senarai tersebut. Tetapi, apa yang lebih penting untuk pemahaman kita hari ini ialah, zaman Najib telah memperlihatkan kelangsungan zaman Mahathir dengan sedikit perbezaan.
Perbezaan tersebut wujud daripada percubaan Pak Lah untuk respons kepada tuntutan zaman semasa. Namun, apa yang menjadi percubaan zaman Pak Lah kini dijadikan retorik zaman Najib yang tidak ikhlas. Sebabnya mudah. Najib mengongsi sifat kepemimpinan yang agak sama dengan Mahathir. Demi memanjangkan kuasa, pemimpin seumpama sanggup melakukan segala macam transformasi. Tetapi apabila berjaya memanjangkan kuasa nanti, sifat Diktator Mahathir akan kembali menyelubungi bumi Malaysia.
Kerana itu, percayalah, tanpa pertukaran rejim, dengan pengalaman kita yang dibatasi, kita bakal menyaksikan kemunculan semula keangkuhan sebuah parti politik yang hanya akan insaf apabila ia berada pada paksi oposisi. Lebih baik biar Najib memegang jawatan Ketua Pembangkang dan memperkaya sejarah tanah air dengan pertukaran rejim. Apabila Najib menjadi Ketua Pembangkang nanti, dapatlah Mahathir melakukan refleksi diri berhubung soal siapa yang melemahkan UMNO. Rakyat pasti minat dengan rumusan beliau nanti.
Baca artikel penuh (2 bahagian) dengan KLIK pada link yang dinyatakan:
1) BN masih lemah kerana Mahathir (Bahagian 1)
2) BN masih lemah kerana Mahathir (Bahagian 2)
No comments:
Post a Comment