Tengah hari tadi (Ahad) kami berkonvoi 3 buah kereta untuk ke Sabak Bernam, Selangor bagi memenuhi undangan perkahwinan sepasang bekas pelajar isteri saya.
Ramailah orang yang mendirikan perkahwinan di waktu cuti sekolah ini. Kiri dan kanan jalan dapat diperhatikan anggota RELA sibuk mengawal lalulintas.
Perjalanan dari Meru ke Sebak Bernam sungguhpun nampak dekat di atas google map, masih, mengambil masa yang lama untuk ditempuh.
Kami bagaimanapun tiba di rumah pengantin sekitar jam 1 tengah hari. Setelah hampir 2 jam (makan dan meraikan pasangan pengantin), kami kemudiannya bertolak pulang.
Memandangkan jarak perjalanan telah melebihi 2 barit, kami mencari masjid terhampir untuk singgah bersolat. Maka terpandanglah akan kami Masjid Simpang Lima, Sungai Besar untuk disinggahi.
Di belakang kawasan masjid ini pula kami perhatikan terbentang luas kawasan sawah padi yang semestinya ikonik bagi kawasan Sabak Bernam dan Tanjung Karang.
Selain sawah padi yang mulai menguning, kami turut dapati masih banyak rumah kampung / tradisional Melayu yang terpelihara dengan baik.
Lantas saya minta orang rumah merakamkan beberapa keping foto menggunakan telefon bimbit beliau buat tatapan para pembaca.
Saya bersetuju dengan pendapat isteri bahawa kami berdua suka memerhati various simple things setiap kali keluar berjalan terutamanya pergerakan dan bentuk awan (wonder of the sky), selain pemandangan yang hijau dan indah seperti bukit dan sawah padi.
Dalam perjalanan pulang juga kami sempat singgah memborong ikan segar di Pasar Pasir Penambang. Seperti biasa, Mawaddah dipertemukan lagi dengan kucing yang sama yang dia usap dan bermain sewaktu kunjungan pertama ke Pasir Penambang sebelum ini.
"Hello Cat! We meet again" Said Mawaddah!
Selamat Pengantin Baharu, moga dipanjangkan jodoh dan diberkati hidup.
No comments:
Post a Comment