Dibarakan oleh: blogserius
Burger walrus?
Hari ini kami paparkan gambar rare pemburuan Walrus yang dilakukan oleh orang asli Chukchi yang tinggal di Semenanjung Chukchi di Russia. Walaupun pemburuan walrus telahpun diharamkan di Russia sejak tahun 1956, puak Chukchi diberikan kebenaran khas oleh kerajaan kerana ianya sebahagian dari budaya turun temurun kaum mereka. Setiap tahun mereka dibenarkan memburu antara 4,000 hingga 7,000 walrus untuk kegunaan mereka. Kulit walrus dijadikan bahan untuk membina rumah, lemak dijadikan bahan api, usus walrus dijadikan jaket kalis air, ekornya pula dijadikan jeruk manakala taringnya pula menjadi bahan ukir. Tiada bahagian walrus disia-siakan oleh mereka.
Laporan asal EnglishRussia
No comments:
Post a Comment