Dipetik daripada: Blogserius
Demi ilmu
Apakah pengorbanan yang anda lakukan untuk ke sekolah setiap hari? Naik 3 bas untuk ke sekolah?Panjat jambatan roboh seperti yang berlaku di Indonesia? Hari ini mari kita melawat Bandar Macheng di Provinsi Hubei, China untuk melihat pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapa bagi memastikan anak mereka selesa di sekolah.
Tahun ini bandar tersebut menerima 5,000 orang pelajar baru untuk sesi pengajian 2012-2013. Namun pihak kerajaan hanya mampu membekalkan 2,000 kerusi serta meja baru ke sekolah sekitar Bandar Macheng. Oleh sebab itu pelajar yang kurang bernasib baik terpaksa membawa kerusi dan meja mereka sendiri ke sekolah. Menurut laporan asal ChinaSmack, tradisi membawa meja dan kerusi sendiri ini bukanlah perkara baru dan sudah bermula sejak sekian lama.
Apabila berita ini tersebar ke laman sesawang China, ia mengakibatkan kemarahan di kalangan netizen. Mereka merasakan adalah tidak patut bagi China, sebuah negara yang menjadi kuasa dunia masih tidak mampu memberikan anak watannya peralatan sekolah yang sempurna. Netizen China juga merasakan apa yang berlaku tidak boleh dimaafkan kerana China membelanjakan berbillion dollar beberapa tahun yang lalu dalam bentuk bantuan kewangan kepada Amerika Syarikat dan Eurozone.
Kita bernasib baik di Malaysia kejadian sebegini masih belum berlaku. Teruk macam manapun sekolah di Malaysia, perabot masih disediakan oleh kerajaan. Syabas. Jadi marilah kita bersyukur dengan apa yang ada dan janganlah ponteng sekolah adik-adik sekalian.
Laporan asal ChinaSmack
No comments:
Post a Comment