Sunday 16 September 2012

Jambatan Kanopi Lembah Danum (foto menarik)

Disumberkan oleh: Blogserius


Lembah Danum

Lembah Danum sejak dua hari ini menjadi bualan orang ramai kerana ianya dilawat oleh Putera William dan Kate Middleton. Sebelum ini ada kami paparkan kawasan percutian unik yang terletak di Sabah ini. Malangnya entri kami kena delete dengan hackers. Well lucky for you guys gambar dari entri dulu masih kami simpan dan seriously Lembah Danum ialah sebuah tempat percutian yang menakjubkan. 

Terdapat jambatan kanopi yang membenarkan pelawat berjalan sejauh 300 meter pada ketinggian di antara 15-25 meter dari lantai hutan. Jika anda melawat Lembah Danum yang seluas 43,800 Hektar ini anda boleh merasakan sendiri kehidupan jauh dari peradaban manusia. Lembah Danum menjadi habitat kepada 340 spesis burung, 124 spesis mamalia, 72 spesis reptilia dan 56 spesis amfibia. Bandar terdekat dengan Lembah Danum ialah Lahad Datu yang terletak 82 kilometer jauhnya.

Lembah Danum memang menarik. Kami dah teruja dengan jambatan gantungnya. Mungkin next time kami pergi holiday kami akan ke sini. Tak sabar!




Gambar dari Borneo Lodge

No comments: