Thursday 6 September 2012

"Pasar" mencari jodoh di Shanghai, China (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


What the what?

Di Malaysia ada pasar basah dan pasar malam. Pasar malam sudah dianggap sebagai sesuatu yang unik di Malaysia. Di Shanghai, China ada sejenis pasar yang tiada di Malaysia. 

Ianya dikenali sebagai Pasar Mencari Jodoh. Di dalam pasar ini, ibu bapa menempatkan iklan untuk anak mereka dengan harapan iklan yang berisi biodata si anak akan menarik ibubapa lain yang juga mencari jodoh untuk anak mereka. Di Shanghai, golongan muda terlalu sibuk dengan karier masing-masing sehingga tiada masa untuk mencari teman hidup. Pasar yang berlngsung setiap hujung minggu ini adalah inisiatif ibu bapa untuk membantu anak-anak mereka mencari pasangan hidup yang sesuai. 

Tahap pengajian, gaji, ukuran badan dan jenis calon yang dicari diletakkan di atas iklan kecil yang digantungkan di People's Square. Apa pendapat ada sekiranya pasar sebegini diwujudkan di Malaysia? Dapatkah ianya membantu golongan-golongan "yang memerlukan"?




Laporan asal CNNGO

No comments: