Disumberkan oleh: Blogserius
Rageeee.. Innocence of Commie?
Rusuhan besar-besaran anti Jepun telah berlangsung lebih dari seminggu di seluruh China gara-gara pembelian Kepulauan Senkaku oleh kerajaan Jepun pada 11 September yang lalu. Kepulauan yang terdiri dari 5 pulau kecil dan 3 tonjolan batu ini dipercayai kaya dengan gas dan petroleum. China membantah tindakan Jepun ini kerana mereka merasakan kepulauan Senkaku (Kepulauan Diaoyu dalam bahasa Cina) adalah milik mereka.
Kepulauan Senkaku diambil alih oleh Jepun pada tahun 1895. Sebelum itu ia merupakan kepulauan di bawah Dinasti Ming. Pulau-pulau ini pada awalnya menjadi kilang pemprosesan ikan. Namun selepas industri ini gagal, pulau ini terbiar sehingga 1940-an. Selepas perang dunia ke-2, ia menjadi milik Amerika Syarikat dan hanya dikembalikan kepada Jepun pada tahun 1972. Survey yang dilakukan oleh jabatan geologi Amerika pada waktu itulah yang menjumpai deposit petroleum dan gas di kepulauan ini. Senkaku kemudian dijual kepada keluarga Kurihara oleh leluhur (waris) bekas pemilik kilang pemprosesan ikan yang telahpun bankrap.
Kerajaan Jepun kemudian menyewa kepulauan ini pada harga Yen 25 Juta setahun untuk tujuan ketenteraan. Penjualan pulau ini oleh keluarga Kurihara kepada kerajaan Jepun pada harga Yen 2.05 Billion benar-benar membuatkan rakyat China berang kerana dianggap mencabar kedaulatan wilayah kepunyaan mereka.
Akibat dari tindakan Jepun ini, konsulat Jepun di China menjadi mangsa serangan demo patriot China. Di Beijing dan Shanghai, premis perniagaan milik syarikat Jepun diserang oleh penunjuk perasaan. Beberapa ruang pameran Honda dan juga pusat membeli belah AEON rosak dibakar. Paling sadis seorang warga China lumpuh setelah dibelasah oleh pendemo yang berang melihat beliau memandu sebuah Honda.
Paling LOL kedai milik SAMSUNG juga dibakar kerana them Chinese can't differentiate between Japanese and Koreans. LOL#. Sementara itu jualan kenderaan Jepun di China jatuh sebanyak 90% semenjak 11 September. Nampaknya patriot-patriot China mempunyai kemarahan yang sangat serius.
Laporan asal TheBrigade
No comments:
Post a Comment