Semakin besar saiz universiti, semakin bertambah
jumlah fakulti, semakin kecil pula bilangan pelajar baru yang diambil belajar.
Saya masih ingat lagi kalau dahulu, waktu itu sampai berebut untuk mendapatkan
tempat tinggal di kolej kerana bilangan pelajar terlalu ramai (persaingan
sengit), sedangkan tempat kediaman yang ada sangatlah terhad. Hari ini? Kolej
kediaman pelajar bukan sahaja banyak, malah besar kapasitinya. Namun, lihatlah
pula jumlah pelajar yang diambil.
Sumber: FB sahabat
Justeru, nasihat saya bagi ibubapa yang
berkeinginan untuk menghantar anak-anak menuntut di UTM, minta di perbanyakkan
doa moga mereka akan terpilih. Kalau sekarang angkanya sudah 2,800, bayangkan untuk
tempoh 5-10 tahun akan datang.
Dahulu-kala saya selalu didengarkan oleh istilah
"best of the best", kemudiannya "cream of the cake",
kemudiannya lagi "cream of the cream" - bagi menggambarkan pemilihan
hanya mereka-mereka yang terbaik.
Selepas ini, saya pun dah tak tau apa lagi istilah
yang layak dipakai bagi menggambarkan “kesengitan” sesebuah persaingan untuk
merebut sesebuah tempat di menara gading itu.
Dahulu, saya difahamkan bagi sesebuah kursus,
ramai jumlah pelajarnya. Sebagai pendidik, walaupun zaman dan cabaran sering
berubah, di sanubari saya secara peribadinya, Program Diploma di IPTA
(termasuk yang ditawarkan oleh UTM) banyak membantu:
(1) anak- anak Melayu serta Bumiputra Sabah dan Sarawak
yang mana keputusan SPM mereka tidaklah “cream of the cream”. Justeru (keputusan tersebut) tidak
melayakkan mereka ke matrikulasi (dan ke Ijazah Pertama). Jadi mereka sambung
ke kursus Diploma selama 3 tahun. Kemudian setelah tamat, Diploma itulah sebenarnya
yang menjadi 'tiket' buat mereka untuk akhirnya menyambung ke kursus Ijazah dan
akhirnya berpeluang menggengam segulung Ijazah. Tentu, jalannya jauh sedikit
berbanding rakan yang terus ke matrik dan kemudian terus ke Ijazah. Tetapi
akhirnya kedua-dua kelompok ini berjaya sampai ke matlamat yang sama.
(2) ramai kaum lelaki lazimnya berminat dengan
aspek kemahiran yang ditawarkan kursus di peringkat Diploma. Dengan kemasukan
pelajar lelaki ini juga secara tidak langsung membantu menyeimbangkan komposisi
gender penuntut di IPTA. Isunya bukan mengenai kesamarataan gender mahupun
feminisme, tetapi untuk proses pembuatan keputusan, perlu juga menghadirkan pegawai dari kalangan
lelaki. Jika majoriti yang
berkelulusan tinggi (dan terlibat di dalam proses pembuatan keputusan dan dasar/polisi) adalah kaum wanita, disebabkan kaum lelaki lebih ramai berada di bidang teknikal dengan kelulusan yang rendah (justeru tidak layak terbabit), maka dikhuatiri jurang
ketaksamaan akan melebar dan menimbulkan konflik susulan di dalam proses
pembuatan keputusan dan dasar yang berkaitan di masa hadapan akan berkembang dan berlarutan.
Allah lebih mengetahui.
No comments:
Post a Comment