Tuesday, 9 June 2009

Last minute shopping!

Petang semalam - Selasa - kami semua (kecuali Ibu Mawaddah yang terpaksa berdepan Supervisors), bertolak ke Oxford city Centre.

Biasalah, apabila hari-hari terakhir ini sewajarnya digunakan untuk melaksanakan last minute shopping (termasuklah saya juga).

Tiba di city centre, kami terus berjalan menuju ke The Varsity Shop membeli beberapa t-shirt Oxford University sebagai cenderahati keluarga di tanah air (dapat 10% diskaun sebab guna kad pelajar saya).

Ramai betul orang (tak kerja ke orang kat Oxford ni?)

Selepas itu, rombongan "Cik Kiah" bergerak ke kedai kasut Clarks kerana Ayah ingin membeli kasut yang dipantau beliau beberapa hari yang sudah. Akhirnya, hajat beliau tertunai dan hanya senyuman digambar di wajah setelah kasut idamannya berada di genggaman (dan poket menjadi ringan).

Lepas dapat kasut, kami pusing-pusing lagi, kali ini membeli minyak wangi dan kemudiannya ke M&S - beli apa kat sana saya pun dah tak ingat.

Duduk dululah, dah penat berjalan ni.

Memandangkan waktu tu pun dah tengah hari, perut juga perlu diisi. Jadinya saya mencadangkan agar ahli rombongan merasa Panini panas di Sofi (bawah Carfax Tower).

Mawaddah ok macam biasa bila dibawa berjalan-jalan, cuma sunyi sikit tanpa ibu dia.

Setia menunggu pesanan yang belum tiba.

Oit Sarah! Cepat la sikit minum tu.

Sedap juga Panini ni

Muka budak yang sudah naik boring sebab kami berhenti agak lama di situ

Bila tiada apa nak dibeli, duduk kat luar kedai tengok orang lalu-lalang.

Macam-macam orang kat town.

Sebab di sini aspek keselamatan (safety) memang gila-gila ditekankan, maka Mawaddah tidak didokong atau dikeluarkan dari Carrier dia. Jadi, apabila ada saja kesempatan (duduk makan), nenek dia akan keluarkan Mawaddah dan dokong dia cukup-cukup.

Tidak mengapalah, sebab lepas Rabu kena tunggulah bulan Oct ke November nanti pula untuk bersua!

Selepas makan, kami ke Primark dan di situ rombongan disertai Ibu Mawaddah. Kami beli beberapa botol lagi pewangi untuk makcik-makcik, mok, ayoh, nenek di kampung.

Dalam pukul 5 petang, rombongan Cik Kiah beratur menunggu Bas no.15 pulang ke rumah.

No comments: