Saturday, 13 June 2009

Barang dari internet - II

Bersempena 030609, kami bersama-sama menghadiahkan masing-masing seutas jam tangan. Setelah agak lama mencari dan melihat-lihat di internet, terjumpalah saya seutas jam tangan jenama French Connection (FC).

Melihat kepada foto yang dibekalkan, ia agak menarik perhatian saya, kerana saya ingin mencari jam tangan yang "odd shape" atau bukan berbentuk bulat, memandangkan saya ada seutas jam berbentuk bulat hadiah perkahwinan.

Mujur jugalah potongan harga yang diberikan agak menarik dan di dalam lingkungan kemampuan poket saya.

Setelah menunggu selama 5 hari tempahan jam tidak juga kunjung tiba. Mujurlah tadi pagi saya tergerak hati untuk membuka pintu depan rumah melihat kalau ada posmen tertinggal surat di depan pintu.

Terperanjat saya, kotak jam tersebut si posmen telah letak di sebelah pintu saja (mujur tiada orang yang panjang tangan), mungkin masa dia datang kami tiada di rumah.

FC 'Time'

Jam ini taklah mahal sangat, tapi gaya bungkus memang beriya benar

Macam boleh buat hadiah/hantaran kahwin

Saya suka bentuk jam ini, tidak bulat dan tidak bersegi

Casing-nya tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis, ok-ok saja

Tali kulitnyanya lebar dan agak pendek

Muka jam ni sebenarnya lebih besar berbanding foto di internet, tetapi disebabkan lengan saya pun agak besar, taklah nampak janggal sangat.

Membeli-belah di internet telah menjadi satu budaya di masa kini. Selain memudahkan pengguna (di hantar terus ke muka pintu), ia juga sesuai bagi pelanggan yang tinggal jauh dari pusat membeli-belah, atau mereka yang serabut untuk berebut membeli semasa musim jualan murah.

Membeli-belah secara konvensional diyakini ramai kerana pelanggan dapat melihat, memegang dan mencuba dahulu sesuatu produk itu sebelum membuat keputusan sama ada ingin beli atau tidak.

Manakala, bagi kaki shopping online pula hanya bergantung kepada foto yang dibekalkan, maklumat produk dan komen daripada pembeli sebelumnya terhadap produk yang sama.

Namun, ada yang memang "berusaha lebih kuat" dengan pergi buat window shopping terlebih dahulu, mencuba, dan jika berpuas hati, baru pulang ke rumah untuk buat tempahan di internet (yang mana ada masanya pembelian secara online menawarkan diskaun menarik atau sale lebih awal berbanding kedai biasa).

Bagi saya, sudah cukuplah shopping jam untuk tahun ini, tunggulah tahun depan pula untuk tinjau-tinjau barang di internet.

Nota: Orang rumah saya pun dapat jam tangan juga. Tapi, jam dia elok dia sendirilah yang cerita, kan? Kalau saya yang cerita, mesti saya puji best-best punya sebab jam tu, saya juga yang pilih! Hoho....

No comments: