Friday 8 February 2013

T-28: Kereta Kebal Gergasi 4-Runut (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


Overlord Tank Sebenar

Kereta kebal Overlord ialah kereta kebal kegemaran kami dari permainan komputer Command and Conquer Generals. Ianya kereta kebal gergasi China dengan 4 runut. Kami tak tahu bahawa semasa Perang Dunia Kedua dahulu terdapat kereta kebal gergasi seakan-akan Overlord.

Kereta kebal ini ialah T-28 yang dihasilkan oleh Amerika Syarikat. Ia direka bagi menentang pemusnah kereta kebal Jagdpanther yang dimiliki oleh tentera Nazi. Kereta kebal M-4 Sherman yang digunakan pada waktu ini tidak mempunyai ketebalan perisai yang mencukupi bagi menghalang meriam 88mm Jagdpanther yang mempunyai kuasa pemusnah yang menakutkan.

T-28 dibina pada tahun 1945. Dua buah prototaip dihasilkan dan setiap satunya seberat 86.2 tan. Oleh sebab itu konfigurasi 2 runut yang biasanya digunakan pada kereta kebal tidak cukup untuk menyebarkan berat T-28 ke permukaan tanah. Oleh itu 4 runut digunakan bagi memastikan kereta kebal ini tidak akan tenggelam. T-28 diperkasakan dengan meriam 105 mm dan  enjin V-6 500 kuasa kuda yang mampu menggerakkannya pada kelajuan 19 kilometer sejam. Ketebalan armor pada bahagian depan ialah 300 mm130 mm pada bahagian bawah dan 64 mm pada bahagian tepi. Kerana armor yang tebal meriam T-28 tidak diletakkan di dalam rudal berputar. Untuk membidik keseluruhan kereta kebal harus digerakkan ke arah musuh. 

Antara keunikan lain T-28 ialah dua runut luarannya boleh ditanggalkan dan dilipat. Ini membolehkan T-28 melalui jalan yang sempit. Runut luar ini kemudian boleh ditarik di belakang kereta kebal.

Projek T-28 dihentikan pada tahun 1947 kerana didapati tidak praktikal untuk digunakan di medan perang. Pada tahun sebelumnya salah sebuah prototaip yang dihasilkan terbakar dan musnah. Satu-satunya kereta kebal T-28 yang masih wujud kini boleh dilihat di Muzium Armor dan Kereta Kebal Patton di Kentucky.



Laporan asal PenzerSerra
Gambar 8Hussar Photobucket

No comments: