Monday 4 February 2013

Mari Lihat Kehidupan Para Pejuang Mujaheddin di Chechya (foto)

Disumberkan oleh/copy n paste from: Blogserius


Al Komrad

Perang pembebasan Chechnya telah berlangsung dari tahun 1991 sehingga 2009. Sepanjang tempoh ini, askar mujaheddin Chechnya melancarkan peperangan gerilla menentang askar bekas kesatuan Soviet. Dianggarkan  di antara 25 000 hingga 50 000 warga Chechnya terkorban dalam dua perang yang meletus sepanjang 18 tahun konflik ini berlangsung. 

Peperangan secara besar-besaran hanya berhenti pada tahun 2003 setelah Akhmad Kadyrov, salah seorang ketua pembebasan Chechnya bersetuju untuk bekerjasama dengan Vladimir PutinAkhmad Kadyrov serta-merta dilabel sebagai pengkhianat perjuangan Chechnya kerana bersetuju menjadi barua Putin. Pada tahun 2004 beliau mati dibunuh apabila sebuah periuk api diletupkan di bawah astaka VIP yang diduduki beliau di dalam sebuah stadium. 

Akhmad Kadyrov kemudian digantikan oleh anak beliau Ramzan Kadyrov yang turut mendapat naungan Vladimir Putin. Di bawah pemerintahan Ramzan, Chechnya menjadi aman damai tetapi beliau memerintah secara kuku besi dan menggunakan polis rahsia untuk menakutkan rakyat Chechnya. Perang di antara pejuang mujaheddin Chechnya dengan Russia sudah berakhir tetapi kini peperangan saudara di antara tentera  Razman Kadyrov dan mujaheddin di bawah pimpinan Doku Khamatovich Umarov (Dokka Abu Usman) bermula.

Peperangan saudara ini masih berlangsung dan tentera mujaheddin Dokka Abu Usman kini semakin lemah. Kesukaran mendapatkan senjata dan kehilangan sokongan kewangan dari Osama Bin Laden menyebabkan mereka kini hanya mampu bertahan di kawasan hutan bergunung ganang pada bahagian utara Chechnya. 

Adakah mereka akan berjaya menumbangkan kerajaan boneka yang kejam Ramzan Kadyrov? Hanya Allah sahaja yang mampu menjawab soalan ini. Oleh sebab itulah setiap hari jumaat apabila Khatib meminta anda mengaminkan doa......sila aminkan dengan ikhlas. Mereka memerlukan bantuan. 



Gambar dari EnglishRussia

No comments: