Wednesday 13 February 2013

COREN: BASIKAL FIXIE GENTIAN KARBON BERNILAI RM 100 000 (foto)

Sumber dipetik: Blogserius


Hipster Kaya

Rasanya kegilaan basikal Fixie sudah berakhir. Beberapa bulan yang lalu ramai bebudak menaiki basikal Fixie tetapi kini mereka kembali menaiki EX5 kerana lebih chill dan boleh rempitz. Tetapi jika anda mahukan basikal Fixie edisi mewah anda boleh cuba COREN oleh UBC

UBC sebenarnya sebuah syarikat yang menghasilkan bahan ganti gentian karbon untuk F1 dan Porsche. Tetapi mereka kini menghasilkan basikal untuk menunjukkan apa yang mampu dihasilkan jika teknologi gentian karbon dan F1 digabungkan. Coren ialah sebuah basikal fixed gear yang ringan. Berapa ringan? Ianya hanya seberat 7 kilogram! 

Harga sebuah Coren ialah USD 32 000 ataupun hampir RM100 000 sebuah. Apa lagi belilah untuk menjadi hipster sebenar!



Laporan asal FastCo

No comments: