Rasanya bukan saya seorang saja yang 'memerintahkan' skuad Piala Thomas negara agar mendakap piala berkenaan bagi edisi tahun ini.
Seluruh peminat badminton tanah air pastinya merindui saat-saat manis negara memenangi piala yang sama, kali terakhir pada edisi 1992.
Dan kini, peluang untuk skuad negara kembali mempamerkan kemampuan (dan taring), dan menebus maruah di arena antarabangsa telah muncul.
Keputusan undian peringkat kumpulan (awal) seharusnya menjadi motivasi (selain medan memanaskan badan) buat skuad negara untuk terus cemerlang di peringkat suku, separuh dan hinggalah memenangi final nanti.
Keputusan undian peringkat kumpulan (awal) seharusnya menjadi motivasi (selain medan memanaskan badan) buat skuad negara untuk terus cemerlang di peringkat suku, separuh dan hinggalah memenangi final nanti.
Apa tidaknya, lawan peringkat awal yang ditentang skuad negara adalah Jepun dan Nigeria (apa? - ini yang terlintas di minda saya pada awalnya).
Namun, jangan kita pandang rendah pada skuad 'misteri' seperti Nigeria ini kerana dengan kebanjiran mat-mat hitam ini di Malaysia, mungkin sahaja sedikit-sebanyak 'rahsia' Malaysia dapat mereka cungkil dan kaji.
Manakala Jepun pula, pemain seperti Shoji Sato (27 tahun), dan pasangan bergu Shintaro Ikeda - Shuichi Sakamoto, mampu membuatkan pemain negara 'sedikit berpeluh'.
Apapun, cabaran sebenar adalah selepas mengharungi kumpulan awal, dengan potensi bertemu China di peringkat separuh akhir nanti, yang sekaligus mengulangi detik 1992.
Adakah para pemain negara dapat mengulangi kejayaan sebagaimana 1992? Atau akan ada yang 'terkucil' di pertengahan set perlawanan.
Kita tunggu sajalah. Apapun, saya masih bersikap realistik di dalam meramalkan peluang skuad Malaysia di kejohanan kali ini (dianjurkan di tempat sendiri pula tu).
Sekian.
No comments:
Post a Comment