Sunday, 21 March 2010

Berkebun: kerja tanah bermula

Alhamdulillah, cuaca petang ini agak baik dan cerah. Sekalipun beragin, namun sempat jugalah bepeluh setitik-dua bermain badminton dengan orang rumah.

Kemudian, datang rasa rajin nak berkebun. Patutnya dah lama kami mulakan kerja-kerja bersih kebun ini, tetapi malas + cuaca kurang memberangsangkan = terbantut niat.

Pukul 3 pm tadi, saya selongkar balik stor bawak keluar semua peralatan berkebun. (Perhatian: di UK ni cangkul memang tidak dijual, mungkin kerana faktor 'health and safety').

Tengok betapa rajinnya orang rumah saya...

Anak strawberry tahun lepas yang dapat diselamatkan

'Mandur' apabila dah boleh berjalan, sibuklah dia memantau kerja kami... tahun lepas dia masih kat dalam 'carseat' - ingat lagi?

Buangan kebun akan dikitar semula (garden waste-bag)

Hai! Sibuk kan saye ni?

Walaupun saya paling tak buat kerja, tapi sayalah yang paling comot!

Bagi dia 'explore' - pegang cacing, main tanah, makan batu, etc.

Emm..boleh makan ke tak ni...emmm

Budak comot - tapi dia happy betul dapat main tanah dan cacing

Antara alatan yang digunakan

Hasil selepas hampir 1 jam bergelumang tanah dan rumpai

Hari yang berikutnya saya akan buat batas, cari kayu dan beli anak benih

Bagi memastikan aspek pemantauan berjalan lancar, mandur Mawaddah kini dibekalkan dengan kereta.

Honnn..honnn....

Ops! berapa speed limit kat sini ye?

Start enjin dulu...

Ayuh, bertolak!

Alamak, kenape tak gerak ni?

Tengok minyak penuh, baru isi...

Kena tunggu ayah datang tolak la jawabnya

Jika ada sebarang perkembangan terbaru, akan diberitahu.

Sekian.

No comments: