Tuesday 2 March 2010

Posting ke-501

Lagi sebulan (April 2010), maka genaplah 2 tahun umur blog ini (saya mula menulis pada April 2008).

Dan posting berkaitan PKR telah menggenapkan posting yang ke-500.

Harapnya sepanjang saya berkecimpung menulis blog, adalah serba-sedikit manfaat diperoleh para pembaca yang melayari dan membacanya.

Saya tidak ada rasa untuk berhenti dari menulis dan mengutarakan pandangan berkenaan apa jua isu yang saya rasa ada ruang untuk turut menyumbang dalam masa yang terdekat ini.

Harapnya semakin masa berlalu, saya juga akan dapat mempertingkatkan lagi kualiti penulisan, penghujahan dan daya mengulas sesuatu isu yang ingin diketengahkan.

Kepada anda yang membaca blog ini, terima kasih dan teruskan bersama coretan Dr Sepet di masa yang mendatang.

No comments: