Sumber: Sini (Malaysiakini)
Kepercayaan orang Melayu terhadap Umno sebagai pelindung nasib mereka kini terhakis dan Melayu kini perlu berusaha untuk melindungi diri mereka sendiri, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.Maaf saya katakan, wujudnya begitu ramai NGO Melayu yang memberi tumpuan masalah Melayu kerana terhakisnya kepercayaan mereka kepada UMNO sebagai pelindung nasib mereka,katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)
Menurut Mahathir, prestasi Umno pada pilihan raya tahun 2008 adalah terlalu buruk dan Barisan Nasional (BN) hanya mampu menubuhkan kerajaan yang lemah, yang dilihat sebagai tidak berupaya mempertahankan kedudukan orang Melayu.
“Kita lihat seolah-olah kerajaan memberi layanan kepada mereka daripada apa yang ada pada kita. Saya tak kata kerajaan berat sebelah tetapi lemah kerana ada sipolan yang tak tau Umno dan BN hampir kalah.
Jangan biadap
“Masa saya jadi PM, ada juga tuntutan, tapi jangan la biadap ,” kata Mahathir.
Beliau berkata tuntutan dan desakan pada zaman itu tidaklah sebiadap seperti hari ini.
“Saya bukan rasis, saya keturunan orang Melayu.nak aman,hidup rukun dan damai.negara dapat dibangunkan. hampir 50 tahun tak ada masalah yang besar dihadapi kecuali tahun 1969 dan 1987. Tak ada tuntutan yang bukan bukan dari mana-mana pihak..
“Zaman Tunku (Abdul Rahman), Tun Razak, (Tun) Hussein dan zaman saya, tak ada tuntutan yang bukan-bukan. Apa yang saya perkatakan adalah benar belaka, negara kita unik, penduduk pelbagai kaum, negara lain, penduduk tempatan tak akan beri hak kepada pendatang,orang lain melainkan guna syarat-syarat yang ketat seperti guna bahasa tempatan, budaya tempatan,” kata Mahtahir.
Katanya, orang Melayu amat bermurah hati dan sanggup berkongsi negara ini hampir tanpa sebarang syarat yang ketat.
Umno lemah
Bagaimanpun akibat kerajaan BN yang ditunjangi oleh Umno adalah lemah, maka golongan berkenaan mula berani menuntut perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan ia ditambah burukkan lagi dengan bantuan parti pembangkang yang memuatr-belitkan perkara itu.
“10 peratus anak Melayu yang berada di universiti, anak Melayu yang melanjutkan pengajian ke luar negeri, pun tak ramai. Kita boleh buat banci,,siapa yang lebih ramai?
“Ramai penuntut Melayu dapat biasiswa.kita beri sebab tak ada duit atau duit tak cukup. Yuran setahun RM60 ribu, mana ibu bapa Melayu yang mampu. Zalimkah kita bagi biasiswa untuk tambah Melayu berpelajaran?” soal Mahathir lagi.
Selain itu, menurut Mahathir, bukan Melayu juga tidak seharusnya mempertikaikan kedudukan Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan.
“Keris ialah simbol bangsa kita. Kita hargai. nak guna simbol kita pun tak kan nak kena minta maaf? Hanya kerana satu kaum nak hidup bahagia, kaum satu lagi hidup sengsara?” soalnya.
Justeru, kerana keadaan sedemikian orang Melayu, kata Mahathir memerlukan NGO seperti Perkasa bagi memperjuangkan hak mereka.
Rintihan rakyat
Kata beliau lagi, tanpa menamakan pihak yang bertanggungjawab: “Kita taklah tuntut banyak banyak..dia dah pergi, biarlah dia pergi.”
Mahathir bagaimanapun mengingatkan kerajaan supaya perlu mendengar pandangan dan rintihan daripada semua rakyat tanpa mengira kaum. Ini kerana, katanya, sebagai sebuah negara yang demokratik, membentuk sebuah kerajaan bergantung kepada sokongan undi.
“Oleh itu, penting bagi kerajaan dengar rintihan rakyat, di samping cuba mengambil kira pandangan mereka (rakyat). Bukan daripada satu kaum tetapi daripada semua kaum.
“Orang Melayu perlu mengambil kira orang India serta Cina dan di Sabah atau Sarawak,” katanya.
Beliau berkata walaupun jumlah mereka tidak ramai dan tidak dapat menentukan siapa yang akan memerintah, namun orang Melayu perlu beringat bahawa kemenangan bukan bergantung kepada ratusan ribu undi tetapi kelebihan satu undi sahaja,
“Satu undi itulah yang akan menentukan menang atau kalah seseorang atau sesebuah parti. Hendak menang atau kalah bukan kerana ribuan undi, dua tiga undi pun boleh menentukan menang atau kalah.
"Kalau mereka ada rintihan dan perasaan tidak puas hati, harus dengar. Kalau tutup telinga atau desakan mereka tidak didengar, dalam pilihan raya, akan kalah," katanya.
Media Cina, India diberi amaran
Pada ucapannya itu, Mahathir turut meminta media bahasa Cina dan India supaya melapor dengan benar.
“Tolong buat laporan yang benar. jangan putar belit kenyataan saya. Saya harus prihatin kepada nasib orang Melayu. Saya yakin ahli perkasa bukan berniat tidak adil terhadap bukan Melayu tapi tuntut hak mereka. Tuntut hak adalah tindakan yang adil,” katanya.
Beliau juga mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya jangan melupakan rintihan dan tuntuan orang Melayu.
“Nak negara berada dalam keadaan aman, adil, saksama sesama kaum, nak keadilan dalam pengagihan kekayanaan dalam negara kita. Bukan kita nak rebut tapi jangan ambil yang sedikit yang kita ada untuk diberi kepada mereka yang dah ada,” katanya lagi.
Mahathir mengakhiri ucapannya dengan meminta Perkasa supaya berperanan secara bijak, dan bukan untuk mendabik dada.
Selesai ucapannya, Mahathir dianugerahkan 'Bintang Perkasa Pribumi Negara' yang pertama oleh presiden NGO itu.
Beliau dianugerahi selendang merah bertulis "Bintang Pribumi Perkasa" serta kalimah Allah dan Muhmmad. Songkok hitamnya juga turut diganti dengan tengkolok berwarna emas.
Ia diikuti dengan laungan “Hidup Tun” sebanyak tiga kali.
Nota kecil:
Terdapat suatu 'grey area' (kawasan kabur) di dalam membicarakan peranan dan fungsi NGO dan apa bezanya NGO dengan fungsi dan peranan yang dimainkan oleh sesebuah parti politik/pertubuhan siasah.
NGO seperti Perkasa ini tampak seperti 'berkawan rapat' dengan UMNO - mungkin kerana keduanya berkongsi agenda yang sama i.e. perjuangan bangsa Melayu.
Namun, meneliti komen oleh Ibrahim Ali tempoh hari yang menyatakan bahawa Perkasa boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi membela hak-hak orang Melayu menurut perlembagaan (katanya juga, tindakan Perkasa selama ini memperjuangkan hak Melayu juga menurut kehendak perlembagaan).
Adalah besar harapan saya untuk melihat pula selepas ini Perkasa duduk berbincang dengan parti politik pembangkang terutama PAS bagi mencari titik persefahaman dalam memperjuangkan hak orang Melayu, dan mungkin memperluaskan skop dengan mengambilkira serius perjuangan mempertahankan hak orang Islam (semua bangsa yang agamanya Islam) juga.
Ini kerana jika menurut Tun M, Umno sendiri diakuinya (masih) lemah, dan dengan kedudukan tanpa 2/3 majoriti, akan menjadikan Umno secara berterusan (dilihat) perlu berkompromi dengan MCA, MIC dan lain-lain komponen di dalam BN berkenaan hak dan tuntutan orang Melayu.
Kemunculan NGO sebagai pihak yang memantau tindakan kerajaan BN dan PR (check and balance - mungkin) dalam hal orang Melayu merupakan gerakan yang saya kira masih baru di dalam geopolitik dan budaya masyarakat negara ini.
NGO berkaitan pembangunan komuniti (neighbourhood watch), alam sekitar, seni dan budaya, cegah jenayah, rakan masjid dan banyak lagi memang telah lama bertapak dan menunjukkan sumbangan terhadap bidang yang diperjuangkan mereka.
Namun, kemunculan Perkasa ini lain sedikit kerana pokok perjuangannya lebih berkait dengan politik (secara spesifik - politik orang Melayu).
Tawaran oleh Perkasa ini tampak menarik jika mengambilkira kelemahan dan permasalahan Umno di dalam memperjuangkan hak orang Melayu ketika ini - disebalik slogan 'Juara Rakyat' -nya.
Namun, langkah Perkasa yang agak terkehadapan, pada saya, boleh menimbulkan tanda tanya yang jika tidak dapat difahami wujudnya perbezaan di antara Perkasa dengan Umno, mahupun PAS, masyarakat Melayu boleh terkeliru (lihat mamat pening di bawah ini).
Orang Melayu boleh sokong Perkasa, tetapi tidak mengundi Umno atau PAS.
Fungsi Perkasa
Perkasa pada saya boleh dicorakkan untuk menjadi platform ke arah pembentukan sistem 'Politik Bermuafakat' - ini selalu disebut saudara Nobisha, di antara parti-parti politik yang membawa elemen perjuangan orang Melayu dan Islam.
Biarpun diakui bahawa perjalanan ke arah permuafakatan (BUKAN penyatuan) orang Melayu - Islam yang ketika ini ibarat 'minyak dan air' bukanlah mudah, ianya bukanlah sesuatu yang mustahil. Sebagaimana Amerika dan Eropah memusuhi Islam, akhirnya agama yang paling pesat berkembang dan diterima komuniti di Amerika dan Eropah adalah Islam.
Mungkin permuafakatan di kalangan komuniti Melayu dan Islam tidak (sempat) berlaku pada zaman kewujudan Perkasa. Apapun, jika betul-betul Perkasa rasa komited ke arah itu (permuafakatan), lakukan segera dan usaha ini boleh saja diteruskan oleh NGO yang lain pula.
Orang kita
Kadang-kala sedih juga saya sewaktu membaca komen forumers di blog-blog politik. Mencaci sesama Melayu dan Islam, atas sebab perbezaan fahaman politik.
Yang itu kata pro-Melayu, dan ada yang pro-Islam, tetapi adab tidak tahu hujung pangkal. Jika tidak mencaci-maki pun, banyak yang buat serkap jarang (tuduhan tiada asas - cuma agak-agak ikut logik sahaja).
Lebih buruk lagi ada yang komen macam pandai semua benda sedangkan ia hanya beralaskan maklumat, bukti dan hujahan yang sedikit sahaja. Ini kita semua kenalah cermat.
Takut nanti kita pula yang sebarkan fitnah dan perkhabaran palsu.
Q time
Soalan saya: mampukah Perkasa pergi jauh? Ini kerana isu Melayu itu sendiri begitu kompleks. Dua orang Melayu boleh saja berbeza ideologi. Justeru, bagaimana untuk Perkasa mencapai agenda membawa Melayu agar bermuafakat?
Lain-lain soalan saya tangguhkan dulu, sementara meneliti perkembangan yang seterusnya.
No comments:
Post a Comment