Friday, 25 June 2010

Terjawab sudah: Cerdik agama masuk UMNO

Kini terjawab sudah persoalan yang selama ini membelenggu pelbagai pihak berkaitan kemasukan kumpulan 'ulama' (muda) ke dalam UMNO.

Bacaan lanjut, boleh anda lihat di sini, sini dan sini. Banyak lagi boleh anda jumpa, cuma cari sahaja di Google.

Telahan saya kali ini mengena (lihat posting saya bertajuk 'Asri masuk UMNO Jumaat/Esok?'), memandangkan nama paling disebut ramai, bekas mufti kerajaan Perlis, Dr Mohd Asri (MAZA), TIDAK menyertai 'Kumpulan Pertama' yang menyerahkan borang keahlian UMNO malam tadi.

Menurut laporan akhbar (lihat salah satu sumber di atas), D.S Shahidan Kassim berkata MAZA mungkin akan menyertai juga UMNO di masa hadapan, iaitu setelah tiba masa yang 'sesuai'.

Apapun, tanpa penyertaan MAZA, kita masih dapat mengenalpasti ulama muda 'aliran mana' yang masuk UMNO malam tadi, berpandukan beberapa nama yang disebut di laporan akhbar yang berkenaan.

Method gerakkan dakwah

Sekalipun di awal khabar ini muncul, pelbagai pihak masing-masing menunjukkan respon yang bercampur-campur, dengan ramai yang memandang sinis, banyak menentang dan hanya segelintir bersikap positif.

Begitupun, persamaan yang ada pada kesemua bentuk respon ini adalah: khabar dan cakap-cakap mereka ini telah benar-benar terjadi (iaitu ada kumpulan ulama muda sah menyertai UMNO).

Syukur kerana sekurang-kurangnya para bloggers tidak menyerbarkan berita palsu. Cuma, mungkin ada beberapa fakta yang ditulis sesetengah bloggers dilihat kurang tepat (seperti siapa ulama yang terlibat, jumlah yang terlibat, etc.).

Selesai bab masuk UMNO. Masuk sudah masuk, kini semua mata sedang memerhatikan pula apakah langkah seterusnya oleh kumpulan 40 ulama muda ini.

Saya sendiri secara jujurnya, mengalihkan perhatian saya kepada kemungkinan wujudnya dua situasi iaitu:

---------------
(1) kemasukan mereka adalah untuk 'mentarbiah' hati ahli-ahli UMNO tegar agar lembut dengan nilai-nilai Islam, atau

(2) memegang UMNO sebagai 'kunci' yang bakal membuka semua pintu yang selama ini banyak menyekat usaha dakwah golongan ulama muda ini a.k.a kini boleh berdakwah secara 'arus perdana'.
---------------

Situasi (1), pastinya segera dipandang sinis dan dilihat secara skeptikal pelbagai pihak, terutama oleh golongan pengkritik yang sayangnya bukanlah ahli UMNO, tetapi bercakap seperti telah berpuluh tahun bergiat di dalam UMNO.

Malah ada yang berhujah, sebelum pengumuman kemasukan ulama muda ini dibuat lagipun, telah ramai yang menggunakan faktor wang (imbuhan) sebagai faktor yang mendorong tindakan mereka ini.

Bahkan ada juga pihak yang melihat usaha mentarbiah minda dan hati orang UMNO dengan nilai-nilai Islam adalah suatu yang sukar, malah tidak kurang menyifatkan ia sebagai membuang masa.

Justeru, timbullah gesaan agar dilihat kewajaran kumpulan 'ulama' ini menjadikan parti siasah lain (PAS terutamanya) sebagai wadah perjuangan dan dakwah mereka. Semua ini anda boleh cari dan baca dengan banyaknya di ruangan forum dari lawan sesawang seperti Tranungkite, etc.

Saya tidak mampu membaca apakah pendapat anda, tetapi saya secara peribadi beranggapan situasi (2) adalah lebih signifikan untuk dijadikan sebab mengapa golongan ulama muda ini menyertai UMNO.

Mungkin juga saya bakal silap di dalam mengutarakan pendapat mengenai apa yang saya tulis, tetapi saya akan huraikan justifikasinya (mengapa saya kata sedemikian). Baca seterusnya.

Kunci dari UMNO = hukum guna Facebook

Rasanya semua orang sudah maklum bahawa laman sosial Facebook adalah produk Yahudi (baca lanjut mengenai Facebook). Nama pengasasnya saja sudah kita tahu dia entik apa, Mark Zuckerberg (klik biodata).

Seperti biasalah masyarakat kita apabila timbul sesuatu perkara/isu yang ada kaitan dengan Yahudi/Jewish, kita dengan segera akan menjadi sedikit kritikal.

Samalah juga bagaimana kritikalnya kita terhadap perkara/isu makanan halal. Pastinya anda pernah menerima email daripada para 'penyiasat' yang menyiasat mana syarikat yang ada logo 'halal sah' dan mana syarikat dengan logo 'halal yang tak sah' atau tidak halal.

Yang kelakarnya, pada masa yang sama juga ramai wanita kita yang mendedahkan aurat (yang juga jatuh haram hukumnya), namun tidak pula kita begitu kritikal.

Berbalik kepada Facebook. Setelah nyata ianya produk Yahudi (yang mana setiap buah tangan Yahudi ini pasti akan ada 'bahana' tertentu terutama kepada masyarakat Islam yang menggunakannya), makanya ada di kalangan kita berusaha mencari apakah 'hukum menggunakan Facebook' (rujuk: sini).

Kesimpulannya, apa jua teknologi, jika disalahguna akan menimbulkan mudarat dan boleh menjadi haram. Justeru, apa yang sebaiknya dilakukan (jika kita sudah mendaftar sebagai ahli Facebook yang aktif), adalah dengan menjadikan Facebook sebagai platform ke arah meluaskan rangkaian kerja-kerja dakwah kepada masyarakat Islam dan bukan Islam.

Inilah yang dikatakan akhirnya kita tukarkan senjata orang Yahudi menjadi 'senjata makan tuan' iaitu untuk orang Islam menyebarkan dakwah dan maklumat berkaitan Islam kepada rakan sosialnya.

Di dalam contoh yang lebih ringkas: DADAH - jika betul diguna akan menjadi ubat bagi merawat penyakit dan seterusnya menyelamatkan nyawa, namun jika salah guna jadilah 'mat pit' yang hidup pun tiada makna dan setelah mati pun tiada yang cakna.

Seperti yang kita sedia maklum bahawa method berdakwah adalah pelbagai. Ada yang bergerak secara 'Sendirian Berhad', ada melalui NGO, ada melalui parti siasah lawan (PR), dan ada yang menyertai arus perdana.

Pokoknya, pilihlah mana jalan yang tersedia untuk menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat.

Namun, kerja-kerja dakwah juga tidak pernah sunyi daripada menghadapi halangan dan sekatan.

Paling saya ingat adalah bagaimana beberapa ulama muda sebelum ini telah ditangkap dan didakwa oleh pihak berkuasa kerana telah menyampaikan kuliah agama 'tanpa tauliah'.

Isu 'tiada tauliah', tambahan pula mereka tidak pro terutama parti pemerintah, dilihat semakin 'menyempitkan' kerja-kerja dakwah mereka.

Tambahan pula, pergerakan di luar daripada 'arus perdana' menyebabkan mereka semakin bermasalah dengan pihak berkuasa, terutama Jabatan dan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri.

Makanya (saya berpendapat), dengan mereka menyertai UMNO, secara langsung telah membuka ruang lebih besar kerana mereka kini 'rasmi' (legal) untuk bergerak memasuki arus perdana.

Saya telah juga menulis mengenai hal ini pada entry bertajuk 'Jika Benar: Dr Asri dan Parti Politik Baru'.

Dengan UMNO, mereka (ulama muda) kini telah memegang 'kunci' untuk membolehkan mereka menghadapi halangan daripada para pegawai Jabatan Agama Islam Negeri, malah tokoh daripada dalam UMNO sendiri.

Malah adalah tidak memeranjatkan jika mereka bakal diberi lebih ruang untuk muncul menyampaikan kuliah, berforum di stesen-stesen TV dan radio nasional di masa hadapan.

Di atas justifikasi di ataslah, mengapa saya berpandangan masuk UMNO menjadi pilihan golongan ulama muda ini, berbanding menyertai PAS dan lain-lainnya.

Bukan saya ingin kata bahawa di dalam konteks ini PAS tidak sesuai, tetapi PAS juga ialah salah satu 'metod' untuk dilaksanakan kerja-kerja dakwah.

Cuma mungkin, ruang dan peluang yang lebih untuk menembusi 'arus perdana' - dalam konteks ini berdakwah di media yang ditonton pelbagai lapisan masyarakat (TV dan Radio, PR banyak menggunakan media alternatif yang agak terhad untuk tontonan seluruh masyarakat), telah menjadikan UMNO 'metod' pilihan mereka.

Akhirnya

Dalam suasana dunia hari ini, gerakan ke arah menyebarkan Islam dan dakwah menjadi semakin mencabar dengan pelbagai halangan dan kepayahan perlu dilalui.

Justeru, kita perlu pandai membaca peluang dan pilihan yang terpampang di depan mata. Benar, 'matlamat tidak menghalalkan cara', namun selagi cara yang digunakan itu tidak haram dan tidak menjadi kesalahan dari segi agama, mengapa ingin menolaknya.

Jikalau dalam contoh yang saya gunakan iaitu Facebook yang begitu 'terang lagi bersuluh'adalah produk Yahudi pun kita masih boleh manfaatkan ia sebagai "cara" untuk mencapai "matlamat" dakwah, apakah menjadi suatu kesalahan untuk kumpulan ini menggunakan UMNO yang sebangsa sebagai platform mereka bergerak?

Adalah bagus sebenarnya perkara ini muncul dan dibincang ramai. Bukannya apa, sekurang-kurangnya kini golongan ulama dalam PAS akan merasa lebih 'bermotivasi' bagi menyampaikan syiar Islam buat ahli PAS dan rakan di dalam Pakatan, dan mereka yang baru masuk UMNO pula dapat berperanan untuk melembutkan semangat nasionalisme UMNO melalui pemahaman kepada nilai-nilai Islam yang syumul.

Sekali lagi, maaf jika apa yang ditulis ini tidak anda setujui. Tidak mengapa kerana adalah wajar anda (para pembaca) mempraktikkan hak dan kebebasan anda untuk menerima/tidak menerima sesuatu pendapat.

Wassalam.

No comments: