Tuesday, 1 June 2010

'Rombakan' Kabinet: KJ kempunan, Palanivel kenyang..

Barangkali anda telah meneliti daripada pelbagai sumber, tentang barisan kabinet selepas dikatakan 'dirombak' dan dikeluarkan untuk tatapan umum petang tadi (sumber) dan sumber berfoto di sini (klik).

Komen ringkas:

1) Mungkin ada yang masih terkeliru dengan maksud 'rombak' dengan 'tambahbaik'. Ada beza atau tidak di antara "orang tu rombak rumah dia, untuk bina rumah baru", dengan "orang tu tambahbaik/baiki rumah dia dengan tampal mana-mana bahagian yang kurang elok".

2) Barisan menteri tiada perubahan yang ketara, hanya Ong Tee Keat digugurkan (itupun sebab tidak lagi menjawat Presiden MCA). - apa akan jadi dengan pendedahan Tee Keat mengenai PKFZ ye?....

3) 'Kejutan' yang diwar-warkan pelbagai pihak sebelum ini hanya menjadi 'buah mulut' dan 'omongan kosong', di samping memalukan orang yang menyebarkan khabar berkenaan sahaja. Beberapa nama menteri dan timbalan menteri yang diwar-warkan akan digugurkan masih kekal.

4) Beberapa nama yang dikatakan berpotensi untuk 'naik' juga tidak muncul-muncul. KJ, ketua pemuda UMNO Malaysia masih belum diberi kepercayaan dan peluang menganggotai kabinet DS Najib, begitu juga senator 'baru' Ezam Md Nor, juga turut tercicir namanya.

5) Jika KJ 'kempunan' untuk naik, Palanivel pula dilihat semakin 'kenyang' kerana masih belum sejuk dengan kerusi senator, kini dianugerahkan pula jawatan Timbalan Menteri di Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi. Disebalik kemelut dalaman BN, MIC pandai manfaatkan keadaan!

5) Anak ganti ayah. Jika Vell Paari terpaksa menghidupkan karier politik beliau dalam MIC dengan jalan yang agak berliku memandangkan ayahnya Samy Vellu (Presiden MIC) sedang melalui fasa mencabar dalam karier politiknya, nasib anak Dr Chua Soi Lek (Presiden MCA) pula melalui nasib yang berbeza. Chua Tee Yong akan meneruskan legasi bapanya di peringkat lebih tinggi dengan dilantik sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

6) Naib Presiden Kanan PPP, Denis D Cruz turut mendapat tempat dalam barisan kabinet ini sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Penyertaan wakil (naib presiden) daripada PPP turut dilihat perlu memandangkan kedudukan presiden PPP masih belum dapat diputuskan antara Kayeas dan Murugiah.

7) Menteri-menteri 'senior' masih kukuh di kedudukan masing-masing. Ramai mungkin tertanya-tanya; apakah mereka telah mencapai KPI (indeks penunjuk prestasi utama) yang digariskan semasa awal DS Najib dilantik menjadi PM, hingga tiada yang di bawah pencapaian? Jikalau demikian, lambat lagilah Malaysia akan bangkrap kerana tiada sebab langsung untuk rakyat bimbang daripada terus dipimpin pemimpin yang menunjukkan KPI yang baik sebegini. Atau, apakah dijalankan kajian berkaitan KPI ini sebagai prasyarat untuk menyambung perkhidmatan seseorang menteri, mahupun timbalan menteri? Emmm...

Kepada yang berminat untuk membaca ulasan yang lebih mendalam, daripada penulis yang jauh lebih berpengalaman dan mahir dari saya, klik (dari hal kabinet baru)

Sekian.

No comments: