Tuesday, 1 June 2010

Perhimpunan Anti-Israel: boikot apa?

Saya senada dengan masyarakat Islam di mana-mana pelusuk dunia hari ini melancarkan gesaan agar dunia Islam, dunia Arab dan komuniti berjiran dengan Yahudi Laknatullah ini agar segera menamatkan kezaliman terhadap warga kapal yang membawa bantuan ke Gaza khasnya dan keluar dari tanah orang Palestin keseluruhannya.

Alhamdulillah, di dalam iklim politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia hari ini yang masih banyak 'ketidaktentuan', isu Palestin ini sekurang-kurangnya telah merendahkan sedikit pagar perbezaan di dalam masyarakat.

Isu ini bukan lagi isu agama, isu kedaulatan negara dan tanah air yang lebih tinggi tahap untuk kita debatkan, tetapi ianya adalah isu nyawa - dan ianya mudah mendapat respon dan difahami semua orang kerana kita semua ada nyawa.

Adalah menjadi kewajiban untuk kita menjaga nyawa kurniaan Allah Taala ini dengan sebaik-baiknya.

Kita semua harus memainkan peranan, tiada istilah kita orang besar ataupun orang kecil.

Sekecil-kecil kemampuan kitapun, sekurang-kurangnya masukkanlah doa buat mereka yang masih ditahan oleh tentera Israel ini di dalam doa kita selepas solat. Agar Allah bantu selamat dan peliharakan nyawa dan keselamatan saudara-saudara kita ini.

Boikot?

Saya ada menatap satu video dari U-Tube protes anjuran Perkasa terhadap kekejaman Israel yang dibuat di hadapan kedutaan AS di Kuala Lumpur.

Jika berminat bolehlah saksikannya di sini (klik). Apapun, jangan ditiru aksi kurang siuman seorang manusia yang mengambil jalan mencederakan diri sendiri, kononnya 'kecewa' dengan kekejaman yahudi ini - bukankah ianya (cedera diri) bertentangan dengan tuntutan Islam dan Rasulullah sendiri tidak menyuruh kita merosakkan diri dan membahayakan nyawa.

Kasihan orang itu, sudahlah cedera, akhirnya ditangkap polis pula.

Yang menarik perhatian saya adalah di permulaan klip video di mana salah seorang ketua demo begitu bersemangat meminta masyarakat Islam di Malaysia agar tidak lagi membeli dan makan di premis milik (berhubungkait) dengan rejim zionis Yahudi ini, terutama Starbuck dan Coca-Cola (nak tengok boleh klik link video di atas).

Bukannya saya tidak bersetuju dengan saranan beliau, memang wajar untuk kita memulaukan barangan dan produk Yahudi yang mana sebahagian pendapatannya disalurkan untuk memperkayakan Yahudi dalam usahanya menindas masyarakat Palestin.

Cuma yang sedih dan amat mendukacitakan adalah setelah menatap foto ini (klik).

Tangan kanan pukul, tangan kiri gosok! Macam-macam...

No comments: