Thursday, 5 January 2012

Satira politik semasa....

Maka berteka-tekilah sekalian yang ada,
Memikir dan mencadang siapa paling layak menggantikan memanda,
Sedang memanda pula seperti intai antara ada dan tiada.

Ini aku rasa yang paling kena!
Nanti! Oh bukan! Itu taraf biasa-biasa saja...
Sesama kawan dan rakan, tentu bukan kepalang jaguhnya,
Namun untuk digeruni lawan, barangkali belum cukup jantannya.

Ha! Barangkali ini yang lebih tua, bijaksana dan diterima?
Auranya ada, kudrat pula barangkali dibatas usia…

Mungkin juga yang ini - muda, pintar dan ada rupa?
Umur dan rupa sekalipun ada, cakap dan buatnya belum tentu berbisa…

Habis tu, mahukah diambil si sepet mata?
Eh kau! Suasana sekarang masih belum kena,
Mahukah tuan hamba menambah beban yang di jemala?

Habis tu tinggal siapa ?
Yang ada di kiri sangat berjasa, 
Namun kudratnya pula jadi tanda tanya,
Yang ada di kanan menjanji tenaga, 
Tapi belum ber-aura setaraf memanda.

Beginilah. Biarlah tuan hamba pening kepala,
Hamba pula ingin tidur lena,
Tidaklah mahu diheret untuk meneka sama,
Walaupun di kepala terdetik juga.

Hendak diringkaskan kisah hamba,
Mana-mana pilihan pun terserahlah kepada tuan hamba,
Asalkan jangan dilihat rakyat calon tuan hamba juga "dua kali lima"!

DrSepet
5 Jan 2012@oxford - lihat maksud 'satira' (SINI)

No comments: