Sunday, 19 June 2011

Mawaddah & Strawberi

Semua orang di dalam keluarga kami tentunya maklum bahawasanya Mawaddah memang "hantu strawberi".

Kebetulan semalam kami sekeluarga telah diserang sindrom kebosanan kerana terperap di rumah tanpa adanya aktiviti luar untuk melapangkan fikiran.

Orang rumah mencadangkan agar kami ke Rectory Farm di Barton, hanya 5 miles dari rumah kami kerana kini telah masuk musim memetik strawberi.

Tanpa berlengah, kami berpakat dengan Mat Yi dan famili ke sana pada jam 12 tengahari, memandangkan cuaca agak cerah hari ini (Sabtu). Cuaca yang kemudiannya bertukar hujan lebat sewaktu dalam perjalanan pulang.

Ramailah orang di sana, dengan kanak-kanaknya semua berwajah "gembira". Termasuklah cucu Haji Wahid yang seorang ni.

Gembira sampai berbaring kat atas jerami di ladang strawberi tu...ish, ish.ish...



 Dia dah mula dah....






Setelah agak lama tinggal di sini, inilah kali pertama kami "tahu" mengenai tempat ini. Terima kasih Kak Nun di atas info.

Wassalam.

No comments: