Thursday, 16 June 2011

Dr. MAZA: Mengupas isu kartunis Utusan, rogol & zina

Oleh PM Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Saya tidak pasti, apakah kartunis Utusan itu hendak menghina Islam atau hendak menghina pihak tertentu. Jika dia bertujuan menghina Islam, dilakukan pula dalam keadaan yang sedar akal fikirannya, maka dia terkeluar daripada Islam. Namun, jika dia bertujuan mengkritik salah faham sesetengah pihak mengenai perbezaan hukum zina dan rogol, maka itu tidak merosakkan imannya, bahkan satu sumbangan membetulkan fahaman yang salah. Adapun jika dia bertujuan membohongi fakta yang dimaksudkan oleh seseorang, sehingga menimbulkan salah sangka, maka dia berdosa besar.

Persoalan yang timbul; apakah jika seseorang wanita membuat aduan kepada mahkamah syariah bahawa dia dirogol maka mahkamah syariat akan menyatakan: awak mesti mendatangkan empat orang saksi, jika tidak awak disebat 80 rotan? Adakah di dunia ini empat orang saksi yang soleh sanggup membiarkan seorang wanita dirogol di hadapan mereka?

Baca seterusnya di SINI....

--------------------
Nota:

Terima kasih Dr MAZA di atas penjelasan tersebut. Sekarang saya patutnya telah jelas untuk membezakan bilamana seseorang itu boleh dikira terlupus syahadahnya, tidak batal imannya atau telah rosak imannya. Begitu juga penjelasan berkenaan rogol dan zina.

Moga beroleh manfaat.

No comments: