Tuesday 18 January 2011

Wa tabik lu, James Lewis!

Apa kes tabik-menabik nih? 

Sebenarnya seminggu dua ini, jikalau berkelapangan, saya akan mengikuti rancangan di BB2 bertajuk "Antiques Road Trip" (klik BBCiPlayer untuk menonton).


Rancangan menarik yang memaparkan persaingan di antara 2 pakar barangan antik, yang akan menjelajah segenap pelusuk UK mencari dan membeli barang antik, yang kemudiannya akan mereka bawa ke rumah lelongan (auction house) di mana setiap barangan yang mereka nilaikan 'paling membawa untung' akan dilelong dan keuntungan kedua peserta akan dibandingkan (pilih pakar mana yang menang dan yang kalah).

10 pakar memikul cabaran dengan setiap minggu dua pakar secara berpasangan akan mengembara menaiki kereta antik. Setiap mereka akan menggunakan wang permulaan GBP200 dan sebarang untung/rugi akan dibawa sebagai 'modal' hari seterusnya, hinggalah hari penentuan Jumaat setiap minggu.

Isnin minggu seterusnya 2 lagi pasangan akan menyambung perjalanan, dengan metod yang sama.

Setiap pakar yang telah selesai mengharungi pusingan akan dikira hasil mereka dan disusun menurut ranking, hinggalah keputusan pasangan saingan terakhir diketahui.

James

Sungguhpun rancangan ini menarik, tidak setiap hari dapat saya ikuti memandangkan begitu banyak tugasan di school, di samping perlu mengambil Mawaddah pulang dari nursery-nya setiap petang.

Cuma, petang ini saya berkesempatan (itupun 5 minit terakhir) menonton setelah terlepas beberapa siri.

Sekarang masuk musim ke-2, James Lewis memang tidak pernah menghampakan. Musim 1 yang lalu beliau antara pakar yang paling cemerlang jika menurut ranking, akhirnya tewas tipis kepada David Harper di pusingan Grand Final, di rumah lelongan mewah di London.

Musim 1 juga menyaksikan persaingan paling menarik 2 pakar antik (James dan David) yang akan berbuat apa sahaja untuk mencatatkan untung tertinggi (akan didermakan pada badan kebajikan di akhir pertandingan).

Musim ke-2 ini James bergandingan dengan Kate Bliss. Baru memasuki hari ke-2, Kate sudah terasa bahangnya terpaksa bersaing dengan JL. 

Manakan tidak, daripada wang modal GBP200, Kate boleh dikira OK dengan wangnya bertambah kepada GBP332.15.


JL? haha..hanya selepas 2 hari (masih ada 3 hari lagi untuk ke hari Jumaat), wang GBP200 beliau telah meningkat kepada GBP603.57 pada hari pertama!

Dan hari ini pula terus meningkat kepada GBP 927.61! Wa tabik lu JL.


Moral Kate nampaknya terus merudum, biarpun baru masuk hari ke-2 persaingan! Haha...kasihan.

Esok nampaknya akan tambah menarik, melainkan Kate sedia mengangkat bendera putih!


JL sedang beri petua "just find one object that can transform the whole thing" - dengar tu Kate!

(nota: semua foto adalah terbitan semula dari SINI)

No comments: