Wednesday, 15 April 2009

Malu Aku

Malu bukan sebab kantoi buat jahat ke ape, cuma malu melihat situasi keruh yang menyelubungi hubungan sesama ADUN di negeri kelahiranku, Terengganu.

Bermula dengan tindakan penolakan sebahagian ADUN ketika di awal pembentukan kerajaan negeri yang menang besar semasa PRU12 yang lalu, sehingga kini penolakan tersebut masih belum reda.

Jikalau krisis itu melibatkan barisan kerajaan dengan barisan pembangkang, tidaklah begitu memalu dan memualkan. Tapi ianya lebih buruk dan bahaya kerana ianya perselisihan dalaman ADUN parti pemerintah.

Tiada hujan, tiada ribut. Tapi keadaan tiba-tiba jadi kabut. Nak kata berjiran dengan Perak atau Kedah yang terbabit dengan pilihanraya kecil baru-baru ini pun bukan.

Pokoknya, isu yang diketengahkan masih samar dan tiada yang lebih maklum mengenainya kecuali ADUN yang terbabit itu sendiri.

Isunya, akan ada pembentangan usul tidak percaya di kalangan ADUN pemerintah sendiri terhadap MB sekarang sewaktu sidang DUN yang sedang berlangsung.

Tapi, keluar pula dalam berita yang ADUN yang disyaki bakal bertindak itu menafikan akan wujudnya pakatan untuk membawa usul tidak percaya tersebut.

Mana yang betul ni? Malu aku.

Makanya 3 ADUN (Permaisuri, Paka dan Ajil) yang menerima sms berbaur ugutan yang didakwa dihantar oleh seorang pegawai kanan negeri, telah bertindak membuat laporan kepada pihak polis.

Seperti dijangka, polis terus memulakan siasatan terhadap dakwaan ini. Malah pegawai kanan yang didakwa menghantar sms tersebut juga turut bertindak membuat laporan polis dan menuntut agar siasatan yang sama dijalankan.

Lepas tu 10 ADUN bertindak untuk tidak menghadiri sidang DUN dan hal ini telah dilaporkan di dalam akhbar utusan online.

Rujuk:
10 ADUN tak hadir dewan

Baru nak bergerak untuk menyampaikan misi beliau kepada rakyat, krisis ini telah mendapat perhatian segera PM yang mengarahkan kesemua ADUN tersebut 'jangan ponteng' sebab takut diugut.

Rujuk:
PM arah 10 ADUN hadiri DUN

Apabila dah kena 'sound' dengan PM barulah kesemua 'murid' ini kembali ke kelas (sidang DUN).

Rujuk:
10 ADUN hadiri sidang dewan

Bila soalan diajukan kepada MB, dengan rilek dia kata: "Ooo...saye dok tahu tentang bende ning. Nok komeng pong dok leh sebak tengoh dalang siasatang pihok Polih".

Hadooo......

No comments: