Monday, 27 February 2012

UPDATED: Majlis bersama Princess Zarith Idris of Johor @ Somerville College, Oxford (foto)

Petang Sabtu, 25 Feb 2012, Pakcik (a.k.a saya) telah hadir ke satu majlis (talk & dinner) bersama Raja Zarith Sofiah, Permaisuri Johor, bertempat di Somerville College, Oxford.

Talk bermula jam 2.30 petang disampaikan oleh Raja Zarith Idris membawa tajuk "We Are Like You: What Muslim in Malaysia have in common with other communities around the world".

Saya tidak membawa perakam video, hanya sebuah kamera kecil untuk merakamkan foto kenang-kenangan. Begitupun saya nampak beberapa orang (semestinya MELAYU) yang ke hulu dan ke hilir merakamkan foto dan video (guna kamera canggih habis) di majlis petang tersebut. 

Melihatkan tajuk ucapan itu pun rasa mudah sahaja untuk anda jangka intipatinya. Tuanku cuba membentangkan elemen-elemen persamaan di antara Muslim dan Bukan Muslim di dalam usaha memberikan gambaran lebih 'lembut' mengenai Islam/muslim kepada komuniti di barat.

Jujurnya, walaupun selama ini saya boleh menerima perbezaan ideologi dan hidup secara toleransi dengan rakan yang berbeza anutan agama, tidak kira Kristian, Atheist, Hindu, Budha dan sebagainya, acara petang itu tetap menampilkan pengalaman baru kepada saya.

Ini kerana sebagai seorang Muslim, tentulah wujud perbezaan di antara kita dengan bukan Muslim terutama Kristian, terutama dalam persoalan  asas (fundamental) mengenai Jesus (a.s). 

Sungguhpun kita boleh menceritakan persamaan kita dengan agama lain, secara peribadi saya melihat kita juga wajar meraikan "perbezaan ini" sebagai satu peluang untuk kita lebih mengenali satu sama lain.

Apapun, saya bangga kerana Baginda adalah Canselor UTM, yang pintar, dan tampil dengan ucaptama bertajuk sedemikian. Layaklah Baginda digelar "the intelligent princess". 

 Tiada motif mengapa foto ini diambil. Begitupun Pakcik berpeluang bertanyakan soalan kepada Tuanku

 Ucapan pembukaan oleh Pengerusi Somerville College. (sebelum itu ada perjumpaan bersama Alumni)

Selesai memberikan ucapan dan Dato NC UTM tampil ke pentas mengiringi Tuanku memberikan cenderamata kepada penganjur.

Sebelum majlis petang itu bermula, saya turut berpeluang berbual dan berkenalan dengan Frances Brindley dan suami, yang "surprise...surprise!" kedua mereka merupakan bekas guru di Sekolah Tun Fatimah (STF) Johor Bahru. Frances dan suaminya berkhidmat di STF sepanjang tahun 1974-1976 dan berpeluang mengajar Princess Mariam.

Perkongsian pengalaman mereka di STF turut meriah memandangkan orang rumah saya juga salah seorang SRIKANDI STF.

 Merakamkan foto bersama Frances dan suami (tinggi pujian mereka kepada STF...hoho)

Pakcik, Zul dan Frances...teruskan perjuangan Bro, insyaAllah selesai tidak lama lagi tu!

Malamnya saya dan beberapa rakan dijemput hadir ke majlis makan malam tertutup bersama lebih kurang 20 tetamu khas termasuk delegasi dari UTM, Somerville dan OXCIS. Awalnya kekok juga untuk duduk bersembang dan makan secara 'orang bangsawan' dan di dewan makan yang penuh dengan tradisi 'Oxford'. 


Pengalaman baru yang bernilai buat diri. Foto makan malam saya tidak 'snap' kerana melihat Dato NC amat rancak merakam foto menggunakan kamera canggih beliau...


UPDATED:


Berikut foto-foto lebih 'molek' mengenai majlis di Somerville College yang diambil oleh pihak NC UTM.


1) Website: UTM


No comments: