Sunday, 19 February 2012

Bacaan bulan ini - 2 subjek kontroversi yang menarik.

Kira-kira 10 minit selepas membeli buku 'the truth...', saya ke kedai kebab dan sewaktu menunggu pesanan disiapkan, saya disapa seorang pemuda British yang juga sedang menunggu pesanan pizza beliau.

Lalu diminta kepada saya untuk melihat buku terbabit. "Ini satu buku yang sungguh menarik, banyak mana sudah awak baca?" Tanya kepada saya. "Baru beli tadi", jawab saya ringkas.

"Adakah awak seorang Kristian?" dia tengok saya atas-bawah. "Oh, tidak, saya Muslim".

"Awak sedang buat kajian-kah?"..."Not really, tapi saya didedahkan kisah mengenai Jesus melalui perspektif saya sebagai orang Islam, melalui my Holy Qur'an. Jadi, ada baiknya saya melihat juga apa perspektif pengkaji Kristian sendiri terhadap Jesus..", balas saya.

Dia mengangguk faham.


Buku kedua adalah mengenai Israel, dan konflik melibatkan penduduk Arab Palestin, juga menarik untuk dibaca. 

Sepintas lalu, saya lihat pandangan penulis (Lorenzo) adalah lebih kurang sama dengan artikel Tun Mahathir di blog beliau tidak lama dahulu, yang menyifatkan konflik Israel-ArabPalestin adalah lebih terarah kepada faktor perebutan wilayah (land and territory), bukanlah kerana agama. Namun, 'berkebetulan' tuntutan wilayah telah melibatkan kedua tempat suci bagi agama Islam dan Yahudi. Itu pandangan mereka.

Saya suka sarankan para pembaca juga rajin-rajinlah menambah pengetahuan am dengan membaca bahan-bahan yang berkaitan. Jauh berjalan luas pemandangan, rajin membaca bertambah pengetahuan, InsyaAllah.

No comments: