Saturday, 12 November 2011

Sempoi tapi mantap - "what a day" & terkenang daku waktu di MRSM

What a day to be alive
What a day to realise I am not dead
What a day to save a dime
What a day to die trying

Klip video yang "sempoi dan bersahaja" Greg ini sedikit-sebanyak membangkitkan ingatan aku sewaktu menuntut di MRSM Muar...emm...13 tahun lepas. Lama sudah aku tinggalkan pintu pagar MRSM ye!

Waktu itu, ada kawan-kawan yang pandai main alat muzik, outing sahaja akan ke Wetex Parade, bandar Maharani, Muar untuk 'berjamming', atau diistilahkan sebagai lepas tension. Apa yang tension pun aku tak faham, tempat belajar dan asrama selesa, makan kat sekolah mantap gile.

Suatu yang bagus mengenai guru di sekolah aku waktu itu adalah bakat serta kreativiti pelajar (yang bukan berbentuk akademik) tidak dihalang hingga boleh buat persembahan seperti bermain alat muzik ini di atas pentas di dewan besar sekolah.

MRSM Muar....teringat pada tangki air blok siswa (puisi-puisi yang diukir pada tangki air sejak zaman berzaman) dan kolam renang yang kami satu kelas "dok panjat" malam dekat nak SPM.

Diulang, satu kelas (semua bebudak laki)!

Sekalipun kami satu kelas terkantoi dengan Ustaz Khaidir dan membuat pengakuan serta permohonan maaf di surau malam selepas kejadian itu, perbuatan nakal kami secara 'berjemaah' nampaknya berbaloi...haha. Memahat memori indah buat aku sepanjang berada di sana.

Kunjungan terakhir aku ke MRSM Muar (waktu itu dah jadi lecturer) aku diberitahu yang pihak sekolah hampir siapkan 'half-pipe' untuk pelajar yang kaki roller-skaters dan skate-boarders. Mantaplah Openg (Pengetua)!

Go! Muar Dragon!


Gembira dan bangga dengan kawan-kawan aku yang kesemuanya dah menjadi insan, bapa-bapa dan ibu-ibu yang berjaya. Alhamdulillah.


Terima kasih cikgu-cikgu, Allah sahajalah membalas bakti kalian mendidik anak bangsamu.


(Ajaib sungguh kehidupan ini......... dari Hulu Terengganu ke Muar ke Oxford)

No comments: