Tuesday, 30 August 2011

Banyak mana harta kamu? (bergambar)

Tapisan minima terhadap few english words. Diceduk dari SINI

Banyak mana harta kamu?

Ini soalan aku. Berapa banyak harta yang benar-benar milik kamu di dunia ini? Kalau aku kumpulkan harta aku, memang sedikit because bloggers are poor m*****f*****s. Don't believe the lies you read online. Blogging is a piece of shit job that pay poorly and you get abuse from anon a**holes 24/7. So anyways di bawah ialah sebuah projek fotografi oleh Huang Qingjun dan Ma Hongjie. Mereka berdua mengembara ke serata China sejak 2005 dan mengambil gambar keluarga biasa beserta harta duniawi mereka. The sad part is orang duduk atas bot pun lagi banyak harta dari aku. What a sad a** day!





Laporan asal ChinaSmack

Aidilfitri 2011@Oxford


Alhamdulillah, diatas keizinan Allah, kita dipertemukan lagi dengan Aidilfitri tahun 2011 ini. Seperti tahun-tahun yang sudah, perayaan tahun ini masih kami sambut di perantauan. (InsyaAllah, sudah tidak lama lagi...)

Memandangkan bulan puasa dan hari raya tahun ini disambut semasa cuti musim panas (summer), bilangan ahli keluarga besar OxfordMalaysian tidak seramai sebagaimana lazimnya.

Begitupun, sambutan ringkas - takbir, bersolat hari raya dan jamuan telah berjalan secara serba sederhana, tetapi sempurna.



Hari ini, kembali ke pejabat, kembali kepada rutin dan tugas yang masih banyak berbaki. Moga Allah bantu kami dan permudahkan segala urusan kami dan kurniakan kejayaan buat kami di dunia dan akhirat.

Dan tidak lupa: Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-54 kepada seluruh warga Malaysia. Semoga tanah air kita akan terus aman dan rakyatnya mendapat perlindungan serta kasih dan sayang Allah Taala hendaknya.

Wassalam

kredit foto: FB kawan-kawan

Monday, 29 August 2011

Salam AidilFitri

Salam Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin tidak kira di mana jua anda berada. Semoga segala amalan baik kita sepanjang Ramadhan (solat, puasa, sedekah, etc.) tahun ini diterima dan diberi ganjaran pahala oleh Allah Taala hendaknya.


Pastikan keselamatan diri anda dan keluarga senantiasa terpelihara sepanjang musim perayaan ini.

Dr Sepet & keluarga
Headington, Oxford
29 Ogos 2011

Sunday, 28 August 2011

Komen orang - siapa pejuang, siapa petualang?

Isu siapa pejuang dan siapa petualang masih menjadi modal politik paling panas, paling laris dan dalam banyak situasi, "senjata" politik paling ampuh untuk menggoncang minda masyarakat sejak zaman berzaman lagi.

Cuma yang bezanya, siapa yang lebih bijak memainkan isu ini (tidak kiralah sama ada ianya ditimbulkan oleh pihak yang di sana, ataupun yang di sini). 

Siapa yang mulakan, hangatkan dan "hangitkan" isu ini tentunya mempunyai agenda mereka yang perlu dipenuhi.

Hal yang sama juga turut terpakai untuk pihak-pihak yang melaporkan isu ini, iaitu lazimnya dengan melihat aspek mana yang lebih menguntungkan agenda mereka masing-masing.

Posting yang saya buat ini juga tidak terkecuali - adalah berat sebelah. Ini kerana kalau orang tanya saya-pun, memang mindset saya akan kata "ideologi/fahaman ini" menolak konsep beragama dan ketuhanan.

Tetapi kalau ada di kalangan pembaca di luar sana dapat menampilkan hujah yang lebih baik, lebih meyakinkan saya supaya persepsi ini dapat diperbetulkan (dengan erti kata: "fahaman ini" sebenarnya tidak menolak agama, bahkan meletakkan tuhan itu sebagai Yang Maha Agung), saya persilakan. 

Berikan hujah dan bukti yang jelas, insyaAllah berguna untuk saya dan dikongsi bersama pembaca lainnya. Sekian.

----------------------------------
"Menjawab Mat Sabu"
Sumber: rujuk SINI

Salam

Kepada semua yang terlibat, harap kita semua dapat menilai isu ini berdasarkan fakta dan dipandu dengan akal sihat yang dianugerahkan oleh Allah SWT tanpa mengira latarbelakang politik kita masing-masing:
Pertama, tentang kesahihan laporan Utusan tersebut tak perlu dipertikaikan lagi, kerana selain video yg banyak tersebar, saya sendiri yg hadir ke ceramah tersebut masih ingat dengan jelas ucapan beliau, walaupun Mat Sabu kata "dia tak ingat".

Mari kita balik ke tahun 50-an zaman tok nenek kita dulu;

Antara fakta yang tak dapat disangkal ialah;

1. Kemenangan British keatas Jepun adalah AMAT BAIK untuk orang melayu kerana terbukti Jepun amat kejam, malah terlalu kejam jika dibandingkan dengan pemerintahan British sebelum itu.

2. Sebelum Britih masuk semula, Komunis atau Bintang Tiga melakukan banyak pembunuhan terutama kepada mereka2 yang dituduh sebagai 'talibarut' Jepun tanpa melalui perbicaraan di Mahkamah (komunis mana ada mahkamah).

3. Komunis minta hak untuk merdeka dan memerintah Malaya kerana kata mereka, merekalah yang telah berjaya mengalahkan Jepun di Malaya. Kalau British bagi masa tu, sudah tentu CHIN PENG akan jadi PM Malaya dan Malaya akan jadi negara komunis yang tidak percayakan TUHAN.

4. British tidak tunduk pada PKM jadi mereka (PKM) lancarkan perang gerila. Pada masa sama British juga ada bercadang untuk memberi kemerdekaan kepada Malaya tetapi masanya belum tentu.

5. Memang diakui asakkan oleh PKM melalui perang gerila menjadi antara faktor British mempercepatkan kemerdekaan Malaya, tetapi apabila Malaya merdeka, keengganan PKM untuk meletakkan senjata dan berjuang secara politik seperti yang ditawarkan semasa rundingan Baling menyebabkan Malaya jadi huru hara disebabkan tindakan PKM yang bertegas untuk menjadikan Malaya negara komunis.

Kesimpulan

1. Jika kita hidup pada masa itu (Tahun 1950) pilihan terbaik adalah untuk terus berasa di bawah British - lebih selamat, ada undang-undang, pekerjaan, agama boleh diamalkan tanpa halangan (kecuali bidang-bidang tertentu seperti undang-undang). 

2. Tidak dinafi, berjuang untuk Merdeka adalah wajib, tetapi tidak boleh bersama komunis, kerana komunis bukan berjuang untuk Merdeka (dimana selepas itu boleh dibuat pilihanraya), sebaliknya komunis berjuang untuk menjadikan negara kita sebagai negara komunis (tidak percayakan tuhan, tiada demokrasi).

3. Mereka-mereka (orang Islam) yang menyertai komunis adalah orang-orang yang telah terpesong dari ajaran Islam, ini adalah kerana ajaran utama komunis adalah tidak mempercayai tuhan, kedua komunis berketuakan Chin Peng seorang kafir, ketiga komunis banyak melakukan pembunuhan ke atas orang-orang Islam terutama Polis dan Tentera, baik sebelum mahupun selepas merdeka. 

Status agama mereka-mereka yang menjadi komunis juga boleh dipertikai kerana apabila menjadi anggota komunis maka secara tidak langsung mereka juga telah menerima ideologi komunis iaitu tidak percayakan tuhan.

4. Lagi satu fakta penting ialah tidak ada di kalangan Ulama yang menyertai komunis kerana mereka tahu kejahatan komunis, sebaliknya mereka memilih jalan aman iaitu bersama-sama Umno menuntut kemerdekaan, cuma pada tahun 1959 (selepas merdeka) mereka keluar dari Umno dan menubuhkan Pas.

5. Kalau kita katakan mereka-mereka yang mati mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong itu sebagai "pencacai" British, yang menyerang pula bagaimana? Sudah tentu mereka adalah "pencacai" komunis, pencacai Chin Peng. 

Yang di Bukit Kepong itu mereka saya yakin beragama Islam, bersolat dan bertugas melindungi penduduk kampung dari diperas ugut oleh komunis (sumber hidup komunis), yang menyerang tu, mulia sangat-kah mereka? 

 Sumber foto: sini

Adakah mana-mana ulama (ketika itu dan juga sekarang) yang mengeluarkan fatwa bahawa berjuang bersama komunis itu wajib atau halal untuk membebaskan Malaya dari British? Perlu ingat, musuh kepada musuh kita tidak semestinya adalah kawan kita. Kemungkinan (dalam kes ini sudah pasti) yang kita ingat kawan itu adalah (sebenarnya) musuh yang lebih bahaya daripada musuh yang pertama tadi. 

Di bawah British kita masih lagi boleh berpersatuan, melibatkan diri dalam politik, dan lain-lain (boleh merdeka dengan rundingan), kalau di bawah komunis?

6. Akhir sekali......baca seterusnya ....sini

Nota: 

1) Bahagian kesimpulan artikel asal ini telah saya edit kerana ianya ditulis dengan huruf besar yang menyakitkan mata, juga dengan pengubahsuaian dan pembetulan ejaan serta tatabahasa yang minima. Harap maklum.

2) Tidak 100% saya menerima pandangan penulis asal artikel ini terutama petikan yang beliau katakan "secara pasti". Ini kerana yang "pasti" perlu disertakan dengan bukti serta sumber rujukan yang tepat.

Moga beroleh manfaat!

Edisi Tepuk Dahi: Inilah sebabnya mahasiswa "susah nak sokong" kerajaan...

Apa yang dicoretkan ini bukanlah perkara baru melibatkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan.

Setelah membacanya, saya kira inilah antara sebilangan kecil artikel yang "begitu berlapik" di dalam mengulas jawapan-jawapan "tepuk dahi" yang diberi oleh Timbalan Menteri ini semasa sesi dialog bersama rakyat (Mahasiswa, dalam kes ini).

Di sini juga, suka saya memetik komen oleh seorang ahli akademik mengenai isu perpecahan Melayu:

“Saya setuju sangat dengan padangan Harussani tapi saya nak tambah lagi dua iaitu perpecahan Melayu juga berpunca dari sikap kerajaan yang tidak mahu buka telinga dan dengar pandangan yang berbeza daripada rakyat... kalau kerajaan tidak mahu orang Melayu berpecah, kerajaan perlu dengar dan terima pandangan yang berbeza sebab itu punca orang Melayu berpecah tapi masalahnya kerajaan takut nak dengar. 

“Berpecah orang Melayu ini juga sebab diskriminasi dan ketidakadilan kepada orang Melayu itu sendiri seperti mana yang berlaku di Kelantan sebab itu perpecahan ini berlaku,”

- Prof. Madya Dr Muhammad Agus Yussoff (sumber: Melayu Pecah: Kerajaan enggan dengar input rakyat juga punca, kata pakar).

Ingatan

Pesan saya kepada para pembaca, tidak kiralah anda ini pendokong mana-mana fahaman politik-pun, untuk kali ini, gunakanlah kebijaksanaan anda (semuanya berpelajaran) untuk menilai daya intelektualiti dan rasionaliti seseorang yang telah diamanahkan untuk mensejahterakan hidup rakyat, apabila beliau tampil dengan jawapan-jawapan yang seperti berikut - rujuk artikel di akhir posting.

(nota: Dr Sepet sudah 6 kali "tepuk dahi".........barangkali inilah antara sebabnya mahasiswa "susah nak sokong" kerajaan. Dah Ahmad Maslan sendiri-pun tak nampak silap sendiri, mulalah semuanya "dikalih" kepada orang lain...alahai.)

---------------------------

Seloka Raya: Jawapan Timbalan Menteri kita - Sumber: SINI

Baru-baru ini saya menghadiri sebuah majlis dialog dan berbuka puasa antara wakil-wakil mahasiswa daripada beberapa universiti dengan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Saya sudah biasa membuat liputan berita yang membabitkan beliau dan faham sangat apabila rakan-rakan media selalu “fobia” nak bertanya soalan pada dia. Selalunya jawapan dia memang jarang boleh pakai. 
 
Tetapi pada majlis dialog itu barulah saya nampak “his true colours”. Terserlah amat sangat bukan sahaja kecetekan PRnya, tetapi juga kejahilannya mengetepikan isu dan kesombongannya sebagai seorang wakil rakyat.

Pertanyaan wakil pelajar yang disampaikan dengan tertib dan berhemah dibalasnya dengan jawapan bangang dalam nada sinis dan tidak sesuai bagi seorang berstatus Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri. 
 
Cara Ahli Parlimen Pontian itu berinteraksi dalam dialog itu bukan sahaja memalukan dirinya, tetapi juga menjatuhkan air muka UMNO. Beberapa kali saya menepuk dahi kerana terkejut dengan cara dia menjawab soalan mahasiswa.
Selain gagal menjawab pertanyaan dengan bijak, Ahmad Maslan juga tidak pandai mengawal emosi. Apabila fikirannya tersangkut mencari jawapan, dia menggunakan pendekatan memperkecilkan mahasiswa dan mendabik dada mengenai kejayaan peribadinya.
 
Saya tak tahu bagaimana nak gambarkan dalam Bahasa Malaysia. Tapi yang jelas, Ahmad Maslan had made a fool of himself and UMNO sehinggakan beberapa pelajar mengadu kepada saya, “akak, malunya kami mendapat menteri seperti ini.”
Berikut adalah antara ringkasan beberapa soal jawab antara Ahmad Maslan dengan beberapa pemimpin Mahasiswa yang membuat saya dan suami berdekah-dekah ketawa dan ramai hadirin terpinga-pinga dan ada yang menepuk dahi!

Pemimpin Mahasiswa:
“Bagaimana sebenarnya sistem demokrasi di negara kita berfungsi? Mengapa setelah pelbagai dasar dan agenda dilakukan sejak merdeka hingga sekarang, kaum Melayu masih terkebelakang di segi ekonomi. Bagaimana pemimpin mahu menjelaskan proses demokrasi kepada mahasiswa, remaja dan pelajar sekolah? Mengapa pelajar universiti tak dibenarkan berkempen?”

Ahmad Maslan:
“Saya tak takut dengan sesiapa. Saya hanya takut dengan Allah. Saya langsung tak gementar kerana saya tahu perjuangan kami adalah perjuangan yang benar. Sebab itu di Dewan Rakyat saya minta naikkan soalan saya supaya dapat berdepan dengan Anwar Ibrahim.

“Tahun ini soalan saya naik ke nombor 2 saya dapat berdepan dengan Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat sebab saya tak takut berdepan dengan manusia. Saya hanya takut Allah.

“Mengapa kita tak kuasai ekonomi? Ketika dijajah Inggeris, kalau orang Melayu dan India awal-awal lagi ditempatkan di bandar, kita pasti tak ada pilihan lain, kecuali berniaga sebab kita tak boleh bercucuk tanam di atas jalanraya.

“Tetapi mereka diletak di kampung, nak jadi apa? Mereka jadi penoreh getah, macam mak ayah saya. Mereka jadi peneroka dan nelayan. Itu kesilapan pertama dalam proses demokrasi.

“Kemudian negara ditadbir urus oleh kerajaan mengikut sistem demokrasi berparlimen, demokrasi terpimpin. Semua orang demokratik di negara kita boleh menjadi calon dalam pilihanraya. Siapa saja boleh jadi calon berdasarkan akta-akta yang ada.”

Pemimpin Mahasiswa:
“Tahun lalu beberapa mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dikenakan tindakan di bawah AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) kerana didakwa berkempen pada pilihanraya kecil (PRK) Hulu Selangor.

“PRU 2008 berat sebelah sehingga membuatkan orang tidak mahu mengundi pihak tertentu kerana meluat. Mengapa pihak pembangkang susah dapat permit dibandingkan kerajaan. Apakah peranan mahasiswa dalam membantu memperbaiki demokrasi dalam negara kita.”

Ahmad Maslan:
“Malaysia adalah satu-satunya negara yang membenarkan berkempen 365 hari 7 kali seminggu 24 jam sehari. Asalkan ada permit, boleh buat ceramah. Pembangkang juga boleh kata apa sahaja dalam internet. Boleh keluarkan suratkhabar tiap-tiap hari. Kenapa kerajaan negeri Selangor tak keluarkan suratkhabar hari-hari dan bagi kepada rakyat Selangor? Kalau mereka nak buat, silakan.”

Mahasiswa:
“Mengikut AUKU pelajar tak boleh jadi calon atau berkempen.”

Ahmad Maslan:
“Akta itu ciptaan manusia. Kenapa kamu mesti takut dengan ciptaan manusia? Langgar ajalah. Jangan takut pada manusia. Terus langgar sajalah. “

Pemimpin Mahasiswa:
Pada PRU 2008 di Kepala Batas mahasiswa cuba menjadi calon menentang Tun Abdullah Badawi tetapi digagalkan oleh SPR.”

Ahmad Maslan:
“ Pada saya kalau rasa nak bertanding, langgar aja. Kemudian kalau dibuang dari universiti, pergilah belajar di universiti luar negara. “

Pemimpin Mahasiswa:
“Tujuan kami adakan dialog dengan pemimpin bukan untuk menakutkan sesiapa. Kami hanya mahu dua perkara. Pertama, suara kami didengari dan kedua, mahasiswa mahu peranan kami diiktiraf. Adakah kerajaan selepas ini bersedia membenarkan mahasiswa bertanding dalam pilihanraya. Adakah Datuk bersedia berdialog dengan Mazlan Aliman?.”

Ahmad Maslan:
“Saya dah berjanji untuk berdialog dengan Mazlan Aliman dan bila masanya, terpulang pada dia. Tetapi untuk berdebat, saya rasa dia tak layak.

“Kalau saudara nak terus adakan dialog dan dapat pandangan orang-orang tertentu, silakan. Yang saya khuatir ialah demonstrasi kerana bila berlaku demonstrasi boleh berlaku orang bakar bangunan dan ketawa selepas membakar bangunan itu. Bila berlaku demonstrasi jalananan dan melihat orang cedera, daripada nak tolong orang cedera, dirompaknya pula.

“Saya tidak khuatir dengan pandangan berbeza. Saya berdebat sejak sekolah menengah. Pada 1983 saya masuk final debat. Pendebat pertama dari Kolej Islam Kelang ialah Idris Ahmad. 27 tahun selepas itu beliau menjadi ketua penerangan PAS dan saya jadi ketua penerangan umno. Perdebatan tak jadi hal bagi saya.

Pemimpin Mahasiswa:
“Semasa PRK Hulu Selangor, ada mahasiswa kena tangkap di bawah AUKU. Mereka ditangkap dengan alasan pelajar universiti tak boleh masuk politik.”

Ahmad Maslan:
“Kalau anda semua nak masuk politik, silakan. Apa nak ditakutkan AUKU. Ia adalah akta-akta di atas kertas. Yang korang takut sangat, kenapa? Masuk ajalah dalam politik. Itu jawapan saya.

Pemimpin Mahasiswa:
“Kita tak takut, tetapi kita fikirkan mak ayah yang susah payah cari duit nak hantar kita belajar.”

Ahmad Maslan:
“Masuklah IPTS dan kemudian bekerja. Saya buat MBA tak ada siapa sponsor pun. Saya bekerja sambil belajar dan jadi pelajar terbaik UKM dan dapat 3.85 CGPA. Saya dapat anugerah emas pelajar. Masa itu pelbagai jawatan politik saya ada.”

Pemimpin Mahasiswa:
“Benar, kami tak takut AUKU, tetapi kami tertakluk kepada undang-undang. Jika langgar, masa depan habis.”

Ahmad Maslan:
“Saya dulu bekerja sambil belajar. Saya pernah sembelih biri-biri di New Zealand untuk cari duit lebih. Itu kat luar negara. Apa hal korang manja sangat.”

Pemimpin Mahasiswa:
“Datuk cakap mengenai kebebasan media, kenapa letak syarat? Kenapa pembangkang susah nak dapat permit buat ceramah. Datuk suruh langgar AUKU, tapi di peringkat kerajaan sendiri, apa kah penyelesaiannya? “

Ahmad Maslan:
“Tunjukkan kepada saya permohonan ceramah dari mana-mana parti pembangkang yang tak dapat kebenaran polis? Bagitau pada saya bila dan tempatnya.

“Saya boleh bagitahu Ketua Polis Negara, apahal tak bagi dia orang ceramah? Nak ceramah siang malam, pagi petang, silakan. Yang tak boleh demonstrasi jalanan. Sebab ia merosakkan ketenteraman awam.

“Ceramah pembangkang jauh lebih banyak dari ceramah kerajaan. Kalau parti pembangkang buat 100, parti kerajaan baru buat satu. Saya tahulah sebab saya Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Kalau pembangkang tak dapat permit buat ceramah, bagi tahu pada saya. Saya akan telefon Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein supaya bagi permit.

“Kita tak takut dengan ceramah. Kita takut orang yang memanupulasi kebenaran. Perkara yang tak betul diadakan-adakan. Fitnah bermaharajalela. Apalah kau orang takut dengan AUKU. Ia adalah kertas-kertas yang ada tulisan. Langgar ajalah kalau kamu anak jantan.”

Pemimpin Mahasiswa:
“Tadi Datuk sarankan kami langgar akta. Ini bukan cara kita. Akta perlu dihormati. Kita sepatutnya perjelaskan akta ini secara betul. Tadi Datuk pun persoal kenapa Kerajaan Negeri Selangor tak terbit akhbar hari-hari. Tahukah Datuk bahawa kita ada akta mesin cetak dan penerbitan? Dalam akta itu, setiap akhbar harian mesti mendapatkan permit daripada menteri.

“Dalam AUKU, seksyen 15 hanya menyebut mahasiswa tak boleh nyatakan pandangan atau simpati kepada mana-mana parti politik. Tetapi sekiranya orang bertanding atas tiket bebas, bolehkan mahasiswa menyokong mereka? Adakah ia bercanggah dengan AUKU?

“Jangan salah tafsir atau seleweng maklumat kepada mahasiswa. Saya yakin mahasiswa berfikiran terbuka dalam isu atau pandangan yang disebutkan oleh parti-parti yang berkempen dalam pilihanraya. Tetapi kenapa UMNO guna RTM untuk berkempen kerana ia hak rakyat Malaysia yang membayar cukai . Mengapa mereka tak buka media kepada semua orang, temasuk mahasiswa?”

Ahmad Maslan:
“Kalau saudara tak suka melihat apa yang ada di TV tutup ajalah TV itu. Tengok internet atau Harakahdaily atau Suara Keadilan. Silakan. Saya tak takut melihat internet sebab tak ada siapa yang boleh mengawal. Silakan. Kalau saudara nak layari blog, saya pun tak takut langsung.”

Pemimpin Mahasiswa: (menyindir, tapi sindiran itu nampaknya tak difahami Ahmad Maslan)
“Saya seronok mendengar penjelasan YB yang suruh kita main langgar aja.”

Ahmad Maslan:
“Ya, boleh langgar saja. Kalau kena saman, bayar sajalah.

Pemimpin Mahasiswa:
“Perdana menteri kata PRU ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa dan tak terikat kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen. Kenapa tak tunggu dulu penubuhan jawatankuasa itu?”

Ahmad Maslan:
“That is the priviledge of incumbency.”

Mahasiswa 1:
“Maaf, kami kurang faham.

Ahmad Maslan:
“Hai! Belajar Inggeris 13 tahun tak faham lagi?”

Pemimpin Mahasiswa:
“Di Singapura setiap parti politik diberikan ruang nyatakan manifesto di media, berbanding di Malaysia hanya sebelah pihak. “

Ahmad Maslan:
“Utusan Malaysia suratkhabar UMNO, tak kanlah nak masuk cerita pembangkang. 60% UMNO punya. Kalau saudara tak mahu beli Utusan Malaysia, tak ada hal. Orang lain boleh beli

Selesai majlis dialog itu saya sempat bersembang dengan beberapa mahasiswa. Ramai daripada mereka kecewa dengan cara Ahmad Maslan menjawab soalan. Malah mereka terkejut Perdana Menteri boleh melantik menteri yang pada pandangan mereka, kurang pandai.

Lantas saya memberitahunya, tidak semua pemimpin UMNO berfikiran cetek macam Ahmad Maslan. “Lain kali kami akan jemput Menteri yang pandai sikit,” kata mahasiswa itu.

Apa pendapat pembaca pula?
 

Friday, 26 August 2011

Perbandingan Jepun - Amerika (Grafik)

Sumber: SINI

Very Educational!




Laporan asal FunnyJunk

Utamakan Sunnah sewaktu pulang/bermusafir ke kampung halaman

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini menyeru umat Islam yang bermusafir pulang ke kampung halaman bagi menyambut perayaan Aidilfitri agar dapat mematuhi adab-adab semasa bermusafir.


Daripada apa yang saya pelajari sedikit-sebanyak, adalah menjadi keutamaan bagi seseorang Muslim itu mendahului amalan-amalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW (As-Sunnah) termasuklah semasa bermusafir.

Status sebagai seorang musafir adalah juga suatu khabar gembira kerana telah menjadi amalan Rasulullah untuk menggunakan sebaik mungkin keringanan (kelebihan atau sedekah) yang telah Allah Taala berikan apabila sewaktu bermusafir.

Perkara ini telah saya kupas sebelum ini dalam posting: Meng-Qasarkan solat dalam perjalanan

Saya petik sedikit posting berkenaan:

Meng-Qasarkan solat adalah sedekah  daripada Allah, sebagaimana firman-Nya di dalam Surah an-Nisa' ayat 101 yang bermaksud:

"Dan apabila kamu berpergian di muka bumi, maka tidaklah mengapa kamu meng-Qasar solatmu, jika kamu takut diserang orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu musuh yang nyata bagimu."

Dalam hal ini, terdapat satu riwayat dari Abu Ya'la bin Umayyah, di mana beliau menceritakan:

"Aku pernah bertanya kepada 'Umar bin Khathhab: (Allah berfirman) "maka tidaklah mengapa kamu meng-Qasar solatmu, jika kamu takut diserang orang-orang kafir." (Namun sekarang) masyarakat sekarang sudah berada dalam keadaan aman. 'Umar berkata: "Aku juga pernah merasa hairan sebagaimana engkau merasa hairan. Maka aku bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai perkara tersebut. Baginda bersabda: "Ia suatu sedekah yang telah disedekahkan oleh Allah kepada kamu. Oleh itu, terimalah sedekah Allah." (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Solat Orang-Orang Yang Musafir, no. 686).

Bukan hanya keringanan untuk bersolat Qasar (pendekkan solat), malah bersolat jamak (himpun solat, sekalipun tidak semestinya dalam keadaan bermusafir).

Selain itu, dibolehkan juga ke atas seseorang musafir itu  berbuka puasa semasa dalam perjalanan. Dan kemudian wajib diganti semula. Ini kerana Rasul SAW sendiri telah menerima sepenuhnya "sedekah" kurniaan Allah Taala ini. 

Jikalau Rasulullah sendiri-pun tidak menyoal panjang mengapa Allah mengurniakan pelbagai kelebihan semasa bermusafir (seperti dinyatakan di dalam Hadis Riwayat Muslim di atas), siapalah kita "yang bukan maksum" ini untuk mempersoalkannya.

Sedihnya, masih ada sebilangan kita yang tidak mengerti  tuntutan bagi menuruti dan mencintai Sunnah. 

Dengan kata lain, lebih mendahulukan logik atau alasan akal berbanding menuruti Sunnah Rasul SAW.

Sekalipun perjalanan pulang ke kampung mungkin memakan masa 4-5 jam, dan secara "logiknya" tidaklah sehingga boleh menyebabkan kelaparan dan mengantuk serta memudaratkan pemanduan, tetapi suka saya tegaskan sekali lagi:

"Ia suatu sedekah yang telah disedekahkan oleh Allah kepada kamu. Oleh itu, terimalah sedekah Allah."

Malah, dalam perihal bersolat Qasar ini, Amdullah bin 'Umar r.a berkata:

"Aku pernah menemani Rasulullah SAW dalam perjalanannya dan baginda tidak pernah mengerjakan solat lebih dari 2 rakaat (bagi setiap solat). Demikian juga dengan Abu Bakar, 'Umar dan 'Usman r.anhum. (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Solat Orang-Orang Yang Musafir, no. 689).

Menuruti Sunnah itu adalah lebih utama. Sebagai tanda kita ini umat yang cinta dan kasih kepada Muhammad SAW.

Selamat bermusafir, selamat dalam perjalanan!

Wednesday, 24 August 2011

Buat motor mini dari pemetik api terbuang (lighter)

Artikel 'cut n paste' dari blogserius

Kepada yang ringan tangan sahaja

Adakah anda perokok? Banyak lighter dah habis gas terbuang di rumah anda? Jika jawapan adalah ya dibawah ialah how to guide bagaimana merubah sebuah lighter kepada sebuah motosikal mini! Entry agak panjang maka sila ke link berita penuh untuk cara penuh membuatnya sendiri.







Laporan asal Geekologie

Perlu Tonton: Wacana - Ulama Politik: Untuk Dakwah atau Parti?

Saya suka menonton program berbentuk wacana sebegini, tambahan pula jika ahli panelnya mantap-mantap seperti ini. 

Harap anda boleh luangkan sedikit masa (sementara menunggu waktu berbuka) untuk menonton video-video yang saya upload ini. 










Moga beroleh ilmu dan manfaat. InsyaAllah, jika berkelapangan, akan saya kupas sedikit isu ini di posting akan datang. Sekian.

Tuesday, 23 August 2011

Kerugian MAS: kita perlukan "minda usahawan"



Sumber rajah: sini

Nota tambahan:

Malaysia Airlines (MAS)
2011 Q2 = (RM527 million) Sumber: sini

Kenaikan kos bagi bahan api dikatakan penyebab utama kerugian bersih syarikat penerbangan negara ini (Kos bahan api dikatakan meningkat 41% daripada RM1.102b kepada RM1.55b).

Begitupun, pencapaian kewangan pesaing utama serantau iaitu Singapore Airlines dan AirAsia masih lebih baik sekalipun kedua-duanya turut dihimpit dengan kos kenaikan bahan api. Singapore Airlines dilaporkan mencatat keuntungan bersih S$44.7 juta (RM108 juta) bagi tempoh masa yang sama.

Perkembangan ini juga meyakinkan perlbagai pihak bahawa MAS tidak akan berupaya keluar daripada kemelut kerugian bagi tahun 2011 ini.

Apa yang mampu dilakukan oleh MAS adalah memantapkan barisan kepimpinan MAS, pengurusan kapasiti secara lebih baik, mengkaji aspek penjenamaan dan perlaksanaan harga dinamik.

Rakyat yang "tidak terkejut" dengan pengumuman kerugian MAS ini pastinya menunggu-nunggu bentuk tindakan lanjut Boss AirAsia, Anthony Fernandes yang menguasai 20.5% kepentingan di dalam MAS untuk membawa syarikat penerbangan yang "sakit" ini kembali ke landasan keuntungan. 

Bukan ingin merendah-rendahkan keupayaan bangsa sendiri, tetapi banyak GLC yang dipimpin "orang kita" telah menunjukkan pencapaian yang kurang memberangsangkan, rugi besar, dan tidak kurang juga yang "sakit" dan bungkus.

Sedangkan syarikat korporat yang dipimpin "bukan orang kita" (dan yang tidak menikmati pelbagai insentif dan kemudahan) pula dilihat lebih berdaya saing, mencatat untung dan boleh survive.

Hari ini, pengajaran daripada apa yang berlaku ke atas MAS adalah, GLC kita perlu bergantung kepada "minda usahawan" seperti Tony untuk datang "merawat sakit" serta menukar rugi kepada untung.

Big Q: mungkinkah di masa hadapan, kerajaan akan menggantikan "orang kita" dengan "minda usahawan" seperti Tony ini untuk menerajui GLC seperti Petronas (atau Proton - Tony dah ada Lotus), bertujuan melipatgandakan keuntungan dan sumbangan cukai kepada kantung kerajaan?