Wednesday, 3 February 2010

Jasamu dikenang: Mohd Hassan Merican

Perdana Menteri dalam suatu pernyataan media hari ini telah mengumumkan perlantikan Datuk Shamsul Azhar Abbas sebagai CEO dan Presiden Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang baru, berkuatkuasa 10hb Feb 2010, menggantikan Tan Sri Mohd Hassan Merican yang bakal menamatkan tempoh kontrak perkhidmatannya pada 9hb Feb ini.

Sumber berita, klik (sini).

Ulasan PM terhadap prestasi Hassan sepanjang menjawat tugas sebagai Presiden dan CEO Petronas sejak tahun 1995:

"Semasa tempoh perkhidmatan beliau, Petronas telah diiktiraf sebagai sebuah syarikat yang bereputasi dan berprestasi tinggi yang mendapat penarafan sebagai satu-satunya syarikat Fortune 500 di negara ini."

Harapnya selepas meninggalkan Petronas, T.S. Hassan tidak akan turut 'bersara' daripada menyumbangkan idea bagi memperteguhkan lagi prestasi dan reputasi gergasi konglomerat kebanggaan rakyat Malaysia ini.

Jasamu dikenang.

No comments: