Wednesday, 29 October 2008

MURAH LAGI TU

Harga minimum rokok akan ditetapkan

29/10/2008 3:31pm

PUTRAJAYA 29 Okt. — Harga minimum rokok di pasaran tempatan mungkin akan ditetapkan kepada RM6 sekotak, atau pada kiraan tidak kurang 30 sen bagi setiap batang rokok, menjelang akhir tahun ini, sebagai satu lagi usaha kerajaan mengawal gejala merokok terutama di kalangan remaja.

=====================

RM6 masih belum cukup untuk menghentikan tabiat merokok terutama di kalangan ramaja/ bersekolah. Ini kerana jika di pekan dan bandar-bandar besar hari ini, rata-rata ibubapa membekalkan anak mereka dengan wang saku antara RM5 - RM10 sehari (duit bas dibayar secara bulanan).

Tidak terkesan jika mereka mengeluarkan RM0.90 untuk membeli 3 batang rokok untuk melepas gian dan melepaskan tension mentelaah pelajaran di kelas. Baki RM4 - RM9 boleh diguna untuk membeli (1) sebungkus nasi lemak (RM2) dan air teh tarik (RM1.50), atau (2) nasi ayam (RM5) dan teh tarik (RM1.5). Small thing kata orang sekarang.

Langkah mengawal harga bukan tidak baik, ia satu usaha yang bagus dan selayaknya dilaksanakan oleh kerajaan dan kesannya meliputi ke seluruh negara.

Tetapi, dapatkah kita sebagai orang awam ini diyakinkan bahawa langkah sebegini mampu membendung remaja (terutama pelajar) berhenti/mengurangkan tabiat merokok. Setakat yang saya tahu, belum ada lagi fakta yang kontrit bagi menyokong keberkesanan langkah ini.

Banyak yang dinyatakan adalah berbentuk spekulasi atau andaian pintar sahaja.

Borak dengan seorang sahabat hari tu, dia menjelaskan hukum merokok ada tiga (3) iaitu; 1) harus merokok; 2) makruh dan 3) HARAM.

Harus
Apabila seorang perokok tegar dengan tiba-tiba telah berhenti merokok. Tidak lama selepas itu (maybe seminggu/sebulan), kesihatannya terjejas dan penyakit-penyakit yang 'bersembunyi' di balik merokok itu akhirnya keluar. Doktor dengan budi bicara boleh menasihati agar beliau merokok kembali dengan tujuan 'merawat' penyakit yang keluar tu. (sebenarnya bukan MERAWAT tetapi dah tahap terlewat, mungkin tunggu mati je.)

Makruh
Apabila tiada apa-apa sebab untuk dia merokok.

Haram
Apabila dilakukan oleh kanak-kanak (penganiayaan dan tidak boleh cuba-cuba).

-- ini hasil penerangan beliau yang belajar ilmu agama di Madinah.

Namun, apabila ada hukum HARAM tu, secara peribadi saya akan mengambil hukum HARAM tu dulu. Macam makan daging babi, ia HARUS jika dalam keadaan darurat. Namun di luar darurat, ianya jelas HARAM.

Sama juga dengan rokok, jika tiada apa-apa keperluan, buat apa mencuba benda yang 'membunuh' tu? - Logik akal.

Satu lagi, kajian saintifik (bukan sekadar spekulasi mahupun andaian tanpa asas), rokok yang dihisap tu memang mengandungi kimia dan racun yang berbahaya bukan sahaja kepada perokok, malah lebih bahaya kepada mereka di sekitar yang menghidunya.

Ini boleh dilihat dan dibaca di pelbagai media, di TV, akhbar, poster dan sebagainya.

Penutup

Agama Islam itu akan lemah jika umatnya lemah, dan rokok itu merupakan 'candu' yang terbaik untuk melemahkan orang Islam.

Gian merokok hanyalah permainan minda yang keliru. Buktinya, di bulan Ramadhan ramai perokok (termasuk yang tegar) berupaya berhenti (seketika). Ini kerana minda mereka menyatakan 'kita puasa, dan merokok akan batalkan puasa'. - boleh pulak ye?

Cara terbaik, bagi yang belum merokok, jangan cuba langsung. Dan yang baru merokok tu, inilah waktu untuk berhenti. Bagi yang otai dan tegar, kurangkan merokok secara beransur-ansur - kalau sekarang 1 kotak/20 batang sehari, kurangkan kepada 3 batang - pagi, petang, malam. Dan bagi masa 3 bulan untuk berhenti terus.

Yakinlah, ramai yang tak mati apabila berhenti merokok.

No comments: