Friday, 27 January 2012

Anwar sokong Israel? Baca juga pendirian beliau yang sebelum itu...

Apa kes? Kalau berminat nak tahu berita penuh, silalah berkunjung ke laman The Wall Street Journal Asia di sini: Malaysia's Anwar Presses On Despite Appeal

Saya turut menyertakan petikan artikel melalui foto di bawah. Lihat bahagian yang saya highlighted:


Anwar sebagaimana dipetik berkata (Petikan 1):

If elected, Mr. Anwar said he would speed up the removal of racial quotas for university places and focus on helping lower-income groups regardless of race instead of solely aiding ethnic Malays.

Selanjutnya Anwar menegaskan (Petikan 2):

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians. Malaysia has consistently refrained from establishing diplomatic relations with Israel, although limited commercial ties exist between private companies in the two countries.

NOTA KAKI:

- Andai laporan oleh the Wall Street Journal di atas tidak tepat, saya kira Anwar perlu tampil membuat penafian. 
 
- Sekiranya benar laporan di atas, memang "berat 66" mung ni Anwar. 

- Ketidakadilan berlaku BUKAN disebabkan adanya kuota untuk anak-anak Melayu masuk ke universiti, tetapi kelemahan perlaksanaan dan kelemahan memastikan setiap yang layak, mendapat hak mereka.

- Keadilan bukanlah bererti apabila telah menghapuskan kuota untuk Melayu dan membuka "lantai persaingan tidak rata" dengan kaum Cina dan India dan lain-lain.

- Patutnya, PR boleh janji untuk baiki kelemahan, dan berazam untuk memastikan apa yang sepatutnya orang Cina dan India layak dapat, ditunaikan apabila berkuasa kelak. Barulah tidak timbul tentangan terutama dari kaum majoriti Melayu kepada beliau dan PR.


- Kaum Melayu adalah kaum majoriti, tetapi perlu diakui Melayu masih 'handicap', miskin, lemah serta ketinggalan dari pelbagai segi termasuklah keupayaan untuk bersaing. 

- Sudahlah di bidang ekonomi pun Melayu gagal kuasai, bidang politik pun nampaknya bakal menyusul. Janganlah bantuan untuk ke universiti juga hendak disulitkan.

- Saya khuatir setelah Anwar hapuskan kouta ini nanti, kaum majoriti ini semakinlah tersepit untuk merebut peluang belajar / pendidikan di universiti.  

- Big Q: ke mana hendak ditempatkan anak-anak kaum majoriti yang layak tetapi 'tercicir' setelah kuota dihapuskan?

- Ingin saya tegaskan bahawasanya saya bukanlah rasis tetapi pendirian saya (secara konsisten) ialah, mana-mana pihak yang jadi kerajaan perlu berlaku adil dengan memberikan hak-hak yang sepatutnya dinikmati semua kaum selari dengan semangat Perlembagaan.

- Malah, bukan sahaja hak kepada semua kaum, bahkan perlu ditunaikan hak-hak kepada orang Islam dan bukan Islam juga.

Penanda Aras Amalan Berpolitik di Malaysia

Sedang dijadikan rujukan/bahan untuk salah sebuah artikel yang sedang saya siapkan, insyaAllah. 


Tanda Aras 

Dalam Islam kita diajar agar mencontohi yang baik, bahkan yang terbaik. Jika kita ingin mencapai sesuatu kualiti yang baik, maka kita mestilah mengambil bench-mark atau penanda aras yang terpilih. Justeru itu kita disuruh mencontohi para nabi dan pengikut mereka yang terbukti benar-benar berjaya mempertahankan prinsip kebenaran.

Ini seperti firman Allah: (maksudnya)
“Sesungguhnya adalah bagi kamu pada (Nabi) Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya – contoh ikutan yang baik..” (Surah Mumtahanah, ayat 4).
Firman Allah juga: (maksudnya)
Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagi sesiapa yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat, serta dia pula mengingati Allah banyak-banyak” (Surah al-Ahzab, ayat 21).
Nabi Muhammad itu sendiri pun diperintah oleh Allah s.w.t agar menuruti langkah dan teladan para nabi sebelum baginda. Firman Allah:
“Mereka (nabi-nabi) tersebut adalah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka turutlah olehmu (Wahai Muhammad) akan petunjuk mereka..” (Surah al-An’am, ayat 90).
Demikianlah banyak ayat-ayat al-Quran yang Allah arahkan agar kita mencontohi teladan yang baik sebagai penanda aras dalam perjalanan hidup kita. 

Malang sekali, ‘orang parti’ apabila kita mengkritik tindakan parti mereka, mereka akan menjawab ‘parti lawan lebih teruk’, atau ‘parti lawan buat tak apa, kenapa kami tak boleh?!’, ‘kenapa bantah kami, parti lawan pun buat perkara yang sama?!’ atau apa sahaja jawapan yang menunjukkan penanda aras tindakan mereka adalah diukur dengan parti lawan mereka.

Pada masa yang sama mereka kata parti lawan mereka buruk dan mendakwa mereka lebih baik dari parti musuh mereka, tapi pengukur tindakan mereka tidak lebih dari parti yang mereka tentang. Mereka sebenarnya bukan mencari yang terbaik, tetapi mereka ingin menjustifikasikan tindakan politik mereka.

Jika itulah tahap pemikiran orang politik kita, sehingga bila pun kita tidak akan dapat membuat perubahan yang terbaik dalam masyarakat kita. Barangkali jika kita mengkritik mereka mengambil rasuah, mereka akan jawab: “pemimpin parti lawan kami ambil lagi banyak, pasal apa kritik kami?!”.

Mereka menghalalkan tindakan mereka kerana parti lain pun buat. Jika begitu, kita tidak perlu buat pilihanraya untuk sebarang pemilihan kerena tahap ukuran atau penanda aras mereka itu sama!

Mungkin ada yang berkata; kita guna kaedah ‘memilih mudarat yang paling ringan’ seperti yang diajar dalam qawa ‘id fiqhiyyah (kaedah-kaedah fekah). Kaedah ini mengajar bahawa apabila bertentangan antara dua mudarat atau bahaya, seseorang muslim diperintahkan agar memilih yang paling kurang bahaya atau mudarat antara keduanya.

Kaedah ini digunakan apabila tiada lagi di hadapan seseorang pilihan yang lain. Namun jika di sana ada jalan keluar dari bahaya atau mudarat tersebut, maka kita hendaklah mendapatkannya. Pihak yang layak untuk melaksanakan kaedah ini ialah para pengundi apabila mereka mendapati kesemua parti-parti ini adalah bahaya dan mudarat, mereka terpaksa memilih yang paling ringan mudaratnya.

Soalannya, apakah parti-parti ini hanya mampu menjadi ‘yang paling ringan mudarat’, bukan yang mampu membawa sesuatu yang baik atau terbaik?! Juga, apakah parti-parti politik ini kesemuanya merupakan bahaya dan mudarat yang kita tiada pilihan, atau mampu mencari jalan keluar?! Atau, apakah sekadar itu sahaja tahap kualiti dan pemikiran kita...

Perkara agama: Pastikan melalui Nas, jangan secara 'saya rasa-rasa'...

Makruh Gosok Gigi 

Di bulan Ramadan ini mungkin kita terdengar pandangan ustaz yang menyatakan makruh menggosok gigi atau berkumur semasa atau selepas tergelincir matahari ketika berpuasa. Jika kita tanya mereka: ‘apakah nas dalam masalah ini?’. Sebahagian mereka mungkin menjawab: ‘dah ulama cakap macam tu, atau kitab cakap macam itu, terima sahajalah’. Ini tentulah satu jawapan yang boleh dianggap ‘pandir’ dan dangkal sekali. 


- Gambar Hiasan 

Islam bukan agama taklid buta, menelan apa yang orang cakap tanpa perlu tahu dalilnya. Mungkin yang lebih berpengetahuan akan menjawab: “ada hadis Nabi s.a.w menyebut:
“Bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ya, memang ada tokoh-tokoh ilmuwan silam pun yang memberikan pendapat sebegini. Tetapi hadis ini jika kita lihat tidak pula menyatakan seseorang yang berpuasa tidak dibenarkan atau digalakkan menggosok gigi. Pendapat yang memakruhkan menggosok gigi –samada menggunakan ubat gigi atau tidak- hanyalah andaian atau kesimpulan yang dibuat daripada hadis ini, bukan ada nas sahih yang jelas melarang hal ini.

Hadis ini tidak pula menyatakan bahawa Allah suka supaya bau busuk itu dikekal sepanjang hari. Ada pun hadis-hadis lain yang seakan menggalakkan orang yang berpuasa mengekalkan bau kerana kering mulut orang berpuasa itu cahaya pada Hari Kiamat adalah daif atau lemah sanadnya. Ini boleh dilihat dalam ulasan al-Imam al-Mubarakfuri (meninggal 1353H) dalam Tuhfah al-Ahwazi mengenai bersugi bagi orang berpuasa.

Dalam konteks kehidupan harian, apakah patut kita membiarkan mulut kita sentiasa busuk sepanjang Bulan Ramadan sehingga mengganggu rakan sepejabat atau sekerja yang mungkin di kalangan mereka ada yang tidak faham Islam dan akan mentohmah agama ini?! Pada saya, andaian yang memakruh bersugi atau membersihkan mulut ketika berpuasa tidak boleh mengatasi galakan bersugi yang Nabi s.a.w sabda:
“Jika tidak kerana bimbangkan membebankan umatku nescaya akan aku perintahkan mereka bersugi setiap kali waktu solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini tidak mengecualikan Bulan Ramadan, dan tentu sekali antara waktu solat itu adalah solat Zohor dan Asar ketika berpuasa.

Memilih Imam Solat 

Nabi s.a.w dalam hadis menyebut ciri-ciri imam solat:
“Hendaklah yang menjadi imam bagi sesuatu kaum (jamaah) itu sesiapa yang paling baik dalam kalangan mereka bacaan kitab Allah (bacaan al-Qurannya). Jika mereka itu sama dalam bacaan, maka (pilih) yang paling mengetahui sunnah. Jika mereka itu sama, maka (pilih) yang paling awal hijrahnya. Jika mereka itu sama, maka (pilih) yang paling banyak usianya” (Riwayat Muslim).

- Gambar Hiasan 

Inilah ciri-ciri imam. Jika semua mereka masih sama, maka bererti kesemuanya yang sama itu layak. Namun sesetengah ulama seperti al-Imam Hasan bin ‘Ammar al-Syurunbulali (meninggal 1069H) menyebut dalam kitabnya Maraqiy al-Falah menambah ciri-ciri lain yang tidak disebut oleh hadis, antaranya; “yang paling cantik isterinya, yang paling banyak hartanya, yang paling besar kepalanya, juga yang paling kecil kemaluannya.” (lihat: ms 143).

Pada andaian mereka, ini membantu kusyuk. Orang yang isterinya cantik kurang ingat wanita lain, maka lebih khusyuk. Demikian yang kemaluannya kecil kurang syahwat maka lebih khusyuk. Persoalannya, adakah andaian ini benar?! Atau mungkin sebaliknya berlaku. Kemudian, siapa pula yang hendak menjadi hakim kecantikan isteri para imam ini?! Lebih daripada itu, bagaimana pula hendak mengukur kemaluan mereka?!. 

Andaian atau tambahan yang dibuat ini, walaupun oleh seorang ulama yang terkenal tidak dapat kita terima. Ia bukan nas al-Quran atau hadis yang terpaksa kita telan bulat-bulat.


Scooter + Bicycle = Scoobike (foto menarik)

Baka hibrid untuk anda!

Melihat namanya sahaja sudah cukup untuk anda agak bahawa Scoobike rekaan Ardhyaske Amy dibuat dengan menggabungkan kedua idea skuter dan basikal. Baka 'hibrid' ini direka bagi memudahkan pergerakan pengguna terutama di sekitar pusat bandar selain turut mesra pengangkutan awam. Elemen keselamatan seperti lampu LED turut dipasang pada tayar dan tempat duduk mudah-laras membolehkan Scoobike ini dimiliki sesiapa sahaja.









Sumber: YankoDesign

Thursday, 26 January 2012

Rampas Kelantan: UMNO perlu cari calon yang bersih dan warak

Rakyat mahukan perubahan, kata Ibrahim Ali

Perubahan akan berlaku, bukan sahaja di peringkat negeri Kelantan, bahkan negara Malaysia secara keseluruhannya JIKA semua parti politik yang bertanding dapat menonjol dan meletakkan calon-calon yang benar-benar layak (bersih, warak, cerdik, banyak idea, licik, berpengaruh, mesra....bla-bla-bla....ada kira-kira 100 lagi ciri-ciri pemimpin yang baik, LOL).

Saya tidak mahu mengulas panjang kerana baru sahaja saya sentuh perkara ini di posting bertajuk: MENGAPA HENDAK MERAMPAS KELANTAN?

Ingatan oleh Pak Berahim Ali ini saya kira ada betulnya. Tetapi pada masa yang sama kita juga kena renungkan kata orang tua-tua, semangat itu (keperluan mencari dan meletak calon bersih) sudah betul, cuma perlaksanaannya sahaja mengapa masih tidak betul-betul!


Baca artikel penuh di sini: KLIK


Tengok calon dahulu, kemudian baru parti

Saya ingin menyentuh sedikit mengenai salah satu isu yang diforumkan minggu lepas di Oxford (Sembang-sembang santai isu-isu semasa Malaysia 2012, bersama Dr MAZA) (lihat butiran Forum di SINI) iaitu; isu AUKU dan penglibatan pelajar/mahasiswa di dalam politik.

Secara dasarnya, kesemua ahli panel yang membentangkan pandangan mereka bersetuju dengan kesimpulan moderator bahawa seseorang mahasiswa sepatutnya dibenarkan terlibat dan mengambil tahu isu-isu politik, tetapi TIDAK SEMESTINYA dia perlu terlibat menjadi anggota/ahli kepada sesuatu parti politik.

Maksudnya, golongan mahasiswa (bersama-sama golongan 'wait and see' voters yang lain) ini akan dapat memainkan peranan secara lebih berkesan sebagai 'check and balance' (digelar KUASA Ke-3) di dalam proses pilihanraya kelak.

Seandainya dapat direalisasikan galakan supaya mahasiswa terlibat dengan politik tanpa mereka mengikat diri dengan mana-mana ideologi politik kepartian, makanya boleh juga saya katakan, untuk PRU yang akan datang ini, golongan KUASA Ke-3 "perlu mengundi sebab calon (yang layak dan bersih/warak) berbanding memilih sebab parti politik".


Barangkali saranan ini belum dapat difahami masyarakat terbanyak yang mungkin melihat jalur politik Malaysia sekarang ini hanya ada 2 sahaja; iaitu sama ada sokong BN, atau sokong PR. 

(NOTA: saya telah menulis perihal "calon" di entri bertajuk: Persoalan yang melingkari CALON BOLEH MENANG. Klik pada tajuk untuk membacanya)

Kerana pemikiran yang sedia tersemat di kepala ramai orang adalah mendahului sokongan terhadap parti (soal calon itu sebenarnya layak, bersih, warak dan sebagainya, soal yang kemudian).

Akhirnya, apa yang terjadi, parti yang mereka sokong berkemungkinan akan menang, tetapi mereka kelak bakal dipimpin oleh pemimpin yang 'tidak layak' kerana tidak memenuhi kriteria pemimpin yang mereka mahukan, iaitu yang bersih dan warak.

Akhirnya, parti gagal dibersihkan daripada anasir-anasir yang selama ini menimbulkan masalah kepada parti dan penyokong. Kerana apa halangan ini gagal diatasi? 

Kerana para penyokongnya lebih mendahulukan parti (tidak sanggup melihat parti tewas), justeru lebih sanggup mengangkat pemimpin sekalipun sedar mereka tidaklah layak dipilih mewakili mereka.

Dan berpandukan situasi politik Malaysia hari ini, saya tidak rasa rakyat/pengundi akan bergerak dan menerima idea 'pilih calon yang layak jadi faktor no.1, pilih parti yang layak jadi faktor no.2'. 

Tetapi jika kita semua benar-benar mahukan pemimpin-pemimpin politik yang akan datang adalah terdiri daripada mereka-mereka yang lebih bersih dan layak, dari kedua-dua parti, yang berupaya melakukan 'check and balance' secara lebih berkesan, dan untuk mengurustadbir negara dan wang rakyat secara lebih telus dan cekap, saya percaya idea ini akan diterima jua....suatu hari nanti....

Sebagai penutup, renungkan kisah berikut:

-------------------------------

>>> MindaTajdid ".................Maka, kita tidak boleh mengundi seseorang calon hanya kerana hubungan keluarga, atau sahabat atau parti. Sebaliknya, hendaklah atas kelayakan dan kesan undian itu. Justeru itu Nabi s.a.w tidak memberikan jawatan kepada Abu Zar kerana beliau tidak berkemampuan. Sekalipun Abu Zar seorang sahabat baginda yang soleh dan disayangi oleh Nabi s.a.w. Baginda bersabda:

“Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya. (Riwayat Muslim). 

Maka, undi dalam pilihanraya itu bukan sesuatu yang tiada nilai di sisi Islam. Sebaliknya, undi itu boleh menyebabkan seseorang mendapat pahala, ataupun mungkin mendapat dosa. Undilah yang berkelayakan dan memberikan kesan yang baik kepada negara dan rakyat."

---------------------------------------

Peristiwa yang merubah dunia (siri 8) - Einstein Menerbitkan 'Teori Kerelatifan'

Tempat berlaku: Switzerland
Tahun berlaku: 1905

Albert Einstein merupakan seorang kerani (yang aneh) di the Swiss Patent Office apabila, pada tahun 1905, beliau menerbitkan empat kertas kerja di dalam sebuah majalah berprestij, Annalen der Physik (Annals of Physics). Salah satu dari kertas beliau, yang sekarang dikenali sebagai the Special Theory of Relativity (Teori Kerelatifan), telah merubah cara kita semua melihat alam semesta hari ini.

Dilahirkan di Jerman pada tahun 1879, Einstein merupakan anak kepada pengeluar peralatan elektrik. Keluarga beliau kemudiannya berpindah ke Itali dan kemudiannya ke Switzerland. Einstein telah menjadi 'orang tidak bernegara' setelah menolak kewarganegaraan Jerman kerana enggan menyertai khidmat ketenteraan (khidmat negara). Beliau kemudiannya mendalami ilmu matematik dan fizik di Politeknik Zurich dan menamatkan pengajian pada 1900.

Gagal mendapatkan jawatan sebagai pengajar setelah tamat pengajian, beliau kemudiannya diterima bekerja di Pejabat Paten di Bern. Tugas beliau di pejabat paten adalah sebagai penilai alatan elektromagnetik. Pengetahuan serta pengalaman yang diperoleh sepanjang bertugas telah membolehkan beliau menghasilkan teori kerelatifan. Pada tahun 1905, beliau menerima Ijazah Doktor Falsafah dari Zurich University.

Pada tahun yang sama, teori beliau, Theory of Special Relativity telah menarik perhatian dunia (dan perhatian dunia terhadap diri beliau). Teori ini, di samping beberapa lagi teori yang menyusul selepas itu, seperti General Relativity, telah mengangkat beliau sebagai Bapa Fizik Moden - menjadikan beliau sebagai salah seorang saintis 'yang agung' dan paling diiktiraf di dunia. 

Albert Einstein. Sumber foto: google image

Begitupun, mungkin ramai yang tidak mengetahui sifat genius Einstein sebenarnya tidak hanya terbatas kepada fizik, malah beliau turut menerbitkan kertas kerja berkaitan politik dan falsafah.

Beliau pernah dipetik sebagai berkata:
 
"the true sign of intelligence is not knowledge but imagination"

The Special Theory adalah teori yang menganggap pergerakan adalah relatif dan sesuatu objek tidak bergerak melepasi kelajuan cahaya. Melalui teori ini, Einstein mencadangkan: the closer an object gets to the spped of light the more time, as far as that object is concerned, slows down.

Inilah yang beliau rumuskan melalui formula terkenal:


E = mc2 

(E = tenaga, dikira dalam joules); (m = mass/berat, dikira dalam kg); c = kelajuan cahaya, dikira dalam meter per saat).

Walaupun Einstein turut dipengaruhi oleh saintis lain seperti Isaac Newton, Henri Poincare dan James Clerk Mazwell, karya beliau dilihat lebih radikal dan di luar kerangka pemikiran tradisi. Ahli fizik, Max Planck adalah orang yang pertama mengiktiraf kepentingan Special Relativity dan sokongan beliau telah menerbitkan penerimaan lebih meluas terhadap teori ini.

Einstein telah menggabungkan elemen graviti ke dalam teori beliau, maka terhasillah General Relativity pada tahun 1915. Teori ini jauh melepasi Undang-Undang Graviti Newton di dalam memperkatakan alam semesta melalui lengkukan masa dan ruang. Dari teori ini jugalah munculnya Teori Black Holes, Wormholes dan White Holes. 

Teori Black Holes. Sumber foto: google image

Di atas segala sumbangannya, Einstein telah dianugerahkan Nobel Prize pada tahun 1921.

Einstein kemudiannya melarikan diri dari buruan tentera Nazi Jerman pada tahun 1933. Beliau kemudian menerima kewarganegaraan Amerika pada tahun 1940. Beliau menetap di New Jersey hinggalah hari kematiannya pada 1955.

Baca juga siri-siri sebelum ini (klik tajuk):

Siri 1 - Penemuan lapangan minyak mentah terbesar dunia kurun ke-20
Siri 2 - Pemindahan jantung pertama di dunia
Siri 3 - Sony 'walkman' yang pertama
Siri 4 - Penerbitan 'Das Kapital'
Siri 5 - Pemisahan India (Pakistan & Bangladesh)
Siri 6 - Runtuhnya Tembok Berlin
Siri 7 - Pembukaan Terusan Suez


--------------------------------------

Baca lanjut:

Heatley, M. and Howard, M. J. (2010) Events that changed the world. Igloo Books Ltd, UK.

Wednesday, 25 January 2012

Video interaktif - bagaimana manusia berhijrah dan menghuni bumi ini.

Anda hanya perlu tekan butang 'play' untuk melihat pergerakan manusia ke serata benua mengikut peredaran masa. Pada suatu tempoh masa tertentu, satu kesimpulan/hipotesis akan dikeluarkan. Anda boleh mulakan perjalanan anda dengan klik video di sini - KLIK

Contoh paparan video interaktif adalah seperti foto di bawah:

Menurut pengkaji, manusia terawal dikesan berasal dari Timur Afrika.

Asia Tenggara menjadi antara benua yang awal dihuni kaum manusia.

Tuesday, 24 January 2012

Mengapa hendak merampas Kelantan?

Persoalan motif

Setelah membaca laporan di bawah, rasanya masih belum jelas kepada saya apakah motif sebenar parti UMNO ingin merampas Kelantan daripada tangan kerajaan PAS pimpinan Dato Nik Aziz pada PRU13 yang akan datang.


Apakah yang menjadi pendorong keinginan yang tidak kunjung padam di kalangan pimpinan UMNO negeri dan persekutuan terhadap negeri Kelantan?

1) Apakah disebabkan Kelantan itu memiliki timbunan kekayaan sama seperti di negeri Selangor, mahupun di Pulau Pinang?

Rasanya tidak. Dan kalau bukan faktor 'negeri yang kaya', maka apakah yang menjadi buruan para pemimpin UMNO terbabit? Barangkali kuasa dan pengaruh?

2) Mungkinkah kerajaan Kelantan di bawah pimpinan Nik Aziz yang telah lama memerintah itu kini telah terkena sindrom rasuah dan korupsi yang kronik sehingga perlu 'diselamatkan' dan seterusnya 'dibersihkan' kekotoran rasuah itu oleh pihak UMNO dengan cara menawan semula negeri tersebut?

Sumber foto: google image

Setakat yang saya tahu, belum ada lagi pemimpin PAS Kelantan yang disabit secara bukti terlibat dengan amalan korupsi (mungkin ada, mungkin saya tidak tahu). Apapun yang selalu saya dengar dan baca, ketika ini hanyalah beberapa Menteri UMNO yang masih dok 'bersilat' menepis tuduhan ke atas mereka yang dikaitkan dengan beberapa isu yang semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum.

3) Atau mungkinkah UMNO merasakan kerajaan PAS Kelantan masih belum cukup Islamik, atau gagal menerapkan ruh Islam yang sebenar ke dalam kerangka pentadbiran negeri?

Justeru mereka merasakan PRU13 inilah peluang untuk UMNO tampil menggantikan PAS dan seterusnya membawa syiar Islam yang sebenarnya ke bumi Kelantan. Barangkali juga.

Sumber foto: google image

Jujurnya, mungkin rakyat Kelantan yang tinggal di negeri Kelantan sendiri lebih maklum akan isu-isu dan perkembangan semasa di negeri mereka, dan mungkin boleh menghadirkan penjelasan yang lebih tepat.

Kita perlukan orang jujur untuk urus wang rakyat

Saya secara peribadi berpandangan dari segi integriti dan akauntabiliti pentadbiran, kerajaan negeri di bawah kepimpinan Dato Nik Aziz terus menunjukkan kualiti dan juga kebolehpercayaan.

Saya setakat ini belum nampak adanya pemimpin UMNO Kelantan yang dapat menandingi amalan kesederhanaan sebagaimana ditunjukkan Nik Aziz, baik sebagai pemimpin mahupun sebagai seorang Muslim. Dari segi 'siapa lebih bersih daripada rasuah' juga saya lihat UMNO tiada point yang kuat untuk menyerang kerajaan PAS di Kelantan. 

Sumber foto: google image

Justeru, apa yang sebenarnya masih kurang di bawah pemerintahan PAS? Apakah kerana tiadanya projek pembangunan fizikal yang berskala mega? Ataupun kerana masih banyak kawasan luar bandar di Kelantan belum dilengkapi kemudahan asas terutamanya bekalan air bersih? 

Sumber foto: google image

Seandainya kekurangan pembangunan dan penyediaan kemudahan asas ini dijadikan alasan, masih, apakah perlu sehingga rakyat Kelantan menukar kerajaan yang sedia ada? 

Semua pihak tentunya maklum kekangan kewangan di pihak kerajaan negeri. Justeru, mengapa mereka tidak dibantu dengan penyaluran kewangan sewajarnya. Berikanlah bantuan sewajarnya buat kerajaan negeri secara berpandukan semangat Federalisme serta tanpa pilih kasih. 

Rasanya, rakyat juga akan lebih lega jika mengetahui wang mereka diurustadbir secara baik oleh pemimpin yang jujur, berbanding peruntukkan ratusan juta ringgit wang rakyat yang akhirnya gagal memanfaatkan rakyat sendiri.

Saya tidak menuduh mana-mana pemimpin. Tetapi sebagai seorang rakyat biasa, saya melihat masih ada kewajaran bagi rakyat Kelantan menyokong pemerintahan yang sedia ada, iaitu selagi mana pemimpin mereka mengamalkan sikap sederhana, jujur dan amanah di dalam menguruskan negeri dan wang rakyat.

Sekian.

Monday, 23 January 2012

Pintar: Adaptasi "tanggam" di dalam rekabentuk rak (foto)

Boleh buat eksperimen

Kaedah "tanggam" (wiki) tentunya sesuatu yang tidak lagi asing bagi sesetengah kita, terutama yang pernah melihat dan mengkaji senibina rumah-rumah tradisional. Bagi entri kali ini, saya bawakan contoh bagaimana melalui kaedah tanggam mudah (kita boleh cuba sendiri), suatu produk yang menarik lagi kreatif dapat dihasilkan. 

Berikut dipaparkan rekabentuk rak simpanan/rak buku, etc, rekaan Pietro Russomanno yang mengambil sentuhan tanggam. Rak-rak kecil/individu ini boleh dicantum-cantum bagi menghasilkan beberapa bentuk rak pilihan bagi disesuaikan dengan ruang di rumah/pejabat anda. Kreatif bukan?








Sunday, 22 January 2012

Mari kita jengok apa orang Cina dok tengok...

Saya sebenarnya dah lama follow website Chin Tong, terutama penulisan dan idea beliau. Sekali-sekala bagus untuk minda saya ini meninjau-ninjau dan melihat apakah topik yang kaum Cina di Malaysia sedang bicarakan. Yelah, saya tidak tahu berbahasa Cina, tidak membaca akhbar Cina, makanya inilah antara bahan bacaan yang boleh membantu serba-sedikit.

1) The Political Terrain in 2012

Baca artikel penuh di sini - KLIK


2) Firefly cutbacks mean fewer Sabahans and Sarawakians will be home for Christmas 2012

Baca artikel penuh di sini - KLIK

Banyak lagi artikel yang agak menarik untuk perbincangan yang beliau tulis dan paparkan di website tersebut.