Wednesday, 18 December 2013

Pulau Tilafushi: Pulau Sampah Tercemar di Maldives (foto)

Disalin dengan ubahsuai ayat dari: BLOGSERIUS


Oh my Environment!

Hari ini mari kita ke Kepulauan Maldives dan melihat pengurusan sampah yang membuatkan anda facepalm. Pulau Tilafushi terletak hanya beberapa batu dari Male, ibu negara Maldives. Ianya sebuah pulau batu karang yang ditebus guna sebagai tempat pembuangan sampah negara pulau ini. 

Tidak seperti Singapura yang maju, Maldives tidak menggunakan teknologi mesra alam untuk melupuskan sampah. Sebanyak 330 tan sampah dicampak ke pulau ini dan ia mengakibatkan pencemaran bau, udara dan air yang sangat kronik. Sampah dibakar mengakibatkan pelepasan gas beracun yang terpaksa dihidu pekerja asing yang dibawa dari Bangladesh. Kerana pengurusan yang teruk sampah terapung ada yang terlepas ke laut terbuka. 

Pada tahun 2011, Tilafushi ditutup selepas menerima kritikan pencinta alam. Sampah dari Maldives kini dieksport ke tanah besar India. Sungguhpun begitu masalah pencemaran masih berterusan kerana pengangkut sampah yang pemalas membuang sampah ke dalam laut secara sambil lewa. Sangat menyedihkan apabila Maldives yang terkenal dengan pelancongan itu mempunyai masalah pencemaran sampah yang begitu kronik dan diurus secara tidak lestari!




Laporan asal Wikipedia

No comments: