Friday, 12 April 2013

Cykno, basikal elektik dengan sentuhan klasik (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS

Cykno!


Terdapat banyak jenis basikal elektrik dihasilkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana kegilaan terhadap teknologi hijau dan mod perjalanan yang mesra alam. Kebanyakkan basikal elektrik yang dihasilkan mempunyai rekabentuk moden tetapi jika anda mahukan basikal yang mempunyai rekaan klasik, Cykno mungkin sesuatu yang perlu anda pertimbangkan. 

Cykno ialah gabungan perkataan Greek Kyknos untuk basikal dan Cygnus untuk angsa. Cykno direka oleh Bruno Greppi dari Itali. Rangka basikal diperbuat dari aluminium, kemasan tepi dan kerusi diperbuat dari kulit dan dilengkapi bateri lithium. Bateri yang sedia ada mampu memberikan jarak perjalanan maksimum sejauh 60 kilometer. Nice!



Laporan asal Cykno

No comments: