Sunday, 14 April 2013

Bina-Pecah-Bina TAUM SAUK: Empangan hidroelektrik yang unik (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Cool beans

Stesen janakuasa hidroelektrik biasanya memerlukan sungai yang diempang sebagai sumber air yang kemudian mengerakkan turbin generator. Empangan hidroelekrtik terbesar dunia sekarang terletak di Three Gorges Dam China dengan jumlah output tenaga maksimum 22 500 MW.

Taum Sauk ialah sebuah empangan hidroelektrik yang  lain dari yang lain. Ini adalah kerana empangan yang dibina di Gunung St Francois, Missouri ini terletak di atas bukit! Taum Sauk menyimpan air di dalam sebuah kolam gergasi dan eletrik dijanakan dengan mengalirkan air dari empangan ke sebuah stesen janakuasa yang terletak 2 kilometer di bawah bukit. Empangan ini hanya menjanakan tenaga elektrik ketika waktu puncak di waktu siang. Ia mampu menjana sebanyak 550 MW sehari. Pada waktu malam air dari Sungai Black berdekatan dipam semula naik ke atas Gunung Francois untuk disimpan di dalam empangan. 

Taum Sauk dibina pada tahun 1960 dan siap sepenuhnya pada tahun 1963. Pada tahun 2005 kolam takungan air Taum Sauk pecah sebanyak 1 Billion Gelen air terlepas keluar. Sungguhpun ia menghasilkan ombak setinggi 7 meter tiada nyawa terkorban. Kolam takungan Taum Sauk dibina semula dengan kos 450 Juta Dollar (RM 1.4 Billion) dan stesen ini berfungsi semula pada tahun 2010. 








Laporan asal Wikipedia

1 comment:

Aizat said...

huwaaaaa giler power!
tp mesti scary gile time pecah tu