Sunday 18 November 2012

The Leela Palace, Hotel Mewah Untuk Maharajah di India (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


Maharajah Moden 

The Leela Palace Udaipur ialah sebuah hotel mewah seakan istana Maharajah yang dibina di Rajastan India. Ianya terletak di tebing Tasik Pichola dan dikelilingi Pergunungan Aravalli. Hotel ini mempunyai 80 buah bilik yang setiap satunya dihias mewah dan bersesuian untuk golongan diraja. Bilik paling kecil di hotel ini ialah seluas 580 kaki persegi manakala suite dirajanya sebesar  3552 kaki persegi. Di Leela Palace anda tidak check in di lobi tetapi terus masuk ke dalam bilik dan didatangi oleh pekerja hotel. Setiap tingkat seorang butler ditugaskan bagi memenuhi kehendak pelanggan yang menginap. Bayaran penginapan semalam bermula dari RM 1,042 semalam untuk bilik biasa dan meningkat sehingga RM 2,318 untuk Suite Maharajahnya. 

Untuk maklumat lanjut sila lawati laman sesawang The Leela Palace di sini 


Laporan asal The Leela Udaipur

No comments: