Saturday, 13 October 2012

Sambutan Hari Yom Kippur oleh Penganut Yahudi (fakta & foto)

Disumberkan oleh: Blogserius

Let's learn a thing or two shall we?


Bila bercakap pasal Yom Kippur perkara pertama yang kita nampak dalam kepala ialah perang Yom Kippur pada tahun 1973 dulu. Tapi tahukah anda Yom Kippur sebenarnya hari suci penganut agama Yahudi? Ianya berlaku pada bulan Tishrei10 hari selepas Rosh Hashanah yakni tahun baru bagi orang Yahudi. Yom Kippur bermaksud "hari meminta kemaafan". 

Adalah dipercayai pada hari Rosh Hashanah tuhan menulis takdir setiap manusia di dunia. Pada hari Yom Kippur, takdir untuk tahun hadapan ini akan difinalisedkan. Jika seseorang mahu mengubah takdir yang ditulis untuk dirinya dia perlu berpuasa dan beribadat pada hari Yom Kippur. Selain berpuasa seseorang itu dilarang mandi, memakai minyak wangi, memakai barangan kulit dan bersenggama. Pada hari Yom Kippur juga, orang Yahudi yang alim akan sembahyang sebanyak 5 kali, bukannya tiga kali seperti hari-hari biasa.

Ketika Yom Kippur juga terdapat beberapa cara seorang Yahudi boleh menghilangkan dosa. Ada yang melakukan ibadah Tashlikh. Beberapa potong ayat dari Taurat dibaca dan kemudian dosa akan dicampakkan ke dalam air sebagai simbolik menyucikan diri dari dosa tahun lalu. Dalam gambar di bawah boleh dilihat kolam membuang dosa dan orang Yahudi membaca ayat dari Book of Micah (Old Testament).

Ada juga ibadah Kaparot di mana ayam putih atau beg berisi duit dipusingkan di atas kepala sebanyak tiga kali bagi memindahkan dosa kedalamnya. Ayam kemudiannya dikorbankan dan disedekah kepada fakir. Duit pun sama.

Last but not least ada upacara Malkot di mana seorang Yahudi mengaku kesalahannya kepada seorang Rabbi.

Ketiga-tiga upacara dan amalan ini berbeza mengikut Mazhab yang dianuti seseorang. Ada Rabbi kata Malkot tak Kosher. Ada Rabbi kata Kaparot dan Tashlikh khurafat. At the end of the day mereka semua berharap Tuhan Yahweh akan merubah buku nasib mereka yang ditulis ketika Rosh Hashanah.

So now you know.





Laporan asal IB

No comments: