Tuesday, 28 February 2012

Kupasan isu semasa: Sana PAS, Sini PAS...

Sepintas lalu perkembangan di Kedah

Seingat saya, belum ada posting dibuat mengenai isu terbaharu melibatkan 'geng' PAS Kedah di blog Dr Sepet. Kali terakhir saya tulis, kalau tidak salah ingatan, ialah sewaktu timbulnya isu gangguan bekalan air di UUM tidak lama dahulu. Selepas daripada itu, saya lebih suka 'scan' sepintas lalu laporan dan bingkisan bloggers lain mengenai isu-isu terutama yang melanda pentadbiran Kerajaan Kedah di bawah D.S. Azizan Razak.

Saya nampak kemelut terbaharu di Kedah "seakan hampir separuh selesai" dengan berlangsungnya majlis angkat sumpah barisan Exco hari ini. Sementara bakinya mungkin boleh diselesaikan tidak lama lagi. Isu kuasa, jawatan dan membina pengaruh individu ini adalah perkara biasa di dalam mana-mana kerajaan yang memerintah. Cuma, yang bezanya ialah sama ada pemimpin itu bijak atau tidak melayan kerenah media yang kadang-kala 'nakal' dengan cuba mencetuskan persepsi yang berlebih-lebihan mengenai sesuatu perkara.

Itu isu mengenai lantikan Exco, nampak ada perkembangan positif, isu mahasiswa berdemo sebelumnya menuntut penyelesaian isu KUIN, tidak dapat saya pastikan apakah sudah selesai atau dibiarkan untuk sejuk buat seketika.

Itu rumusan pendek perihal PAS Kedah. 

PAS telah bersedia untuk menjadi inklusif?

Hari ini, tinjauan saya di internet mendapati timbul pula isu baru, juga berkait dengan PAS, iaitu laporan di mana seorang pemimpin PAS telah membuat pernyataan yang "PAS kini bersedia (jika timbul keperluan), menerima pemimpin bukan Islam ke jawatan penting dalam parti". Baca lanjut di sini (PAS MP says party ready for non-Muslim leaders - KLIK).

Manakala, terbaharu (rasa saya), dalam sidang medianya selepas forum, akhbar portal, MalaysiaKini telah mengeluarkan laporan lebih jelas dan mudah difahami berbanding laporan awal yang mencetuskan perbahasan hangat di ruang siber. Boleh baca di sini (PAS Sedia Dipimpin Bukan Melayu - KLIK).

Walaupun sekali imbas pernyataan awal oleh Dr Dzul yang berbunyi "The Islamic party is ready to accept non-Muslim in positions as high as deputy president" itu boleh mendatangkan kontroversi andai saya kiaskan dengan petikan terkenal oleh Anwar Ibrahim "I support all efforts to protect the security of the state of Israel", pernyataan susulan beliau pada sidang media saya rasa akan mengendurkan serba-sedikit 'serangan geng sendiri' yang timbul berikutan pernyataan awalnya semasa forum berkenaan.

Saya faham bahawa Dr Dzul sendiri sebenarnya menyertakan 'syarat yang ketat' di dalam menjustifikasikan idea beliau bahawa PAS tidak bermasalah menerima pemimpin yang bukan Islam, tetapi saya masih tidak faham mengapa beliau 'at the first place' menimbulkan perkara ini.

Sungguh sulit lagi berselirat kepada saya, untuk melihat suatu ketika nanti PAS dapat melantik pemimpin-pemimpin yang bukan Islam untuk memimpin sebuah Parti Islam.

Walaupun beliau cuba mengaitkan PAS dengan FJP (Freedom and Justice Party) yang telah mengambilalih kuasa kerajaan di Mesir ketika ini, hakikatnya metod dan cara FJP bergerak berbanding PAS, pada saya, adalah seperti "membandingkan epal dengan limau".

Ini kerana realitinya, FJP adalah "cabang/sayap politik" bagi gerakan Ikhwanul Muslimin (Muslim Brotherhood, MB) - FJP adalah seperti sebuah anak syarikat. MB adalah satu gerakan yang amat besar dengan rangkaian yang bersepadu meliputi pelbagai cabang, sama ada yang "bergerak atas tanah - seperti parti politik (FJP), mahupun yang bergerak di bawah tanah".

Justeru, bagaimana selayaknya PAS menggunapakai model FJP? Apakah PAS itu "cabang/sayap politik" kepada organisasi yang lebih besar? Atau PAS kini menjadi "anak syarikat" di bawah payung Pakatan Rakyat? 

Entah.

Perlembagaan

Perubahan yang disebutkan oleh Dr Dzul juga saya kira memerlukan kepada perubahan/pindaan tertentu terhadap perlembagaan PAS. 

Sekalipun kehadiran pemimpin bukan Islam, menurut beliau, dipastikan hanya untuk menguruskan perkara-perkara urustadbir yang dibolehkan oleh Islam (tidak menyentuh soal dasar parti yang bertunjangkan Qur'an dan Sunnah), ianya masih kabur (dan berbentuk lontaran idea) terutama bagaimana pemimpin bukan Islam ini dapat menjamin disiplin yang tinggi agar tidak timbul pergeseran seperti yang sedang kita lihat berlaku di dalam PAS Kedah sekarang ini.

Tidak saya nafikan ramai di kalangan pemimpin yang bukan Islam memiliki daya dan kualiti kepimpinan, ketahanan, ketelusan dan kepintaran yang lebih tinggi berbanding pemimpin yang ada di dalam PAS sekarang.

Namun, pada saya juga, walau diletakkan di atas neraca timbangan jumlah kehebatan kesemua mereka yang bukan Islam itu, masih tidak dapat mengimbangi satu benda yang tiada pada diri mereka iaitulah elemen "keimanan/ketaqwaan kepada Allah".

Pada saya, adalah begitu sayang jikalau nanti PAS dipimpin oleh seorang yang amat beretika, jujur, pintar mengurus dan kuat bekerja, tetapi kalau di hatinya tiada setitispun keimanan kepada Allah, maka apakah nilainya...

Tetapi untuk PAS mengetengahkan calon-calon MP yang bukan Islam saya tidak rasa ianya suatu isu yang besar, bahkan telah dilakukan sebelum ini. Raikanlah sumbangan mereka selagimana mereka itu benar-benar 'layak'.

Masih, bagaimana untuk menentukan ciri-ciri seorang pemimpin yang 'layak' itu?

Pada sidang medianya juga, Dr Dzul dilihat lebih optimistik dengan mengeluarkan pernyataan "tetapi buat masa ini mungkin belum sampai masanya untuk PAS berbuat demikian (lantik pemimpin bukan Islam)".

Bagi yang baca dan ingin faham, saya rasa jawapan beliau ini sudah cukup.

DAP sudah tarik Melayu/Islam, maka PAS pun...

Yang di atas itu adalah statement 'nakal' saya, kerana saya perhatikan rakan PAS dalam Pakatan, DAP, mula sedikit terbuka dengan menggiatkan usaha mendampingi dan menarik kemasukan/keahlian dari golongan Melayu dan Islam ke dalam perjuangan mereka.

Bezanya, DAP tidak dengan segera menjanjikan prospek jawatan tinggi dalam parti kepada mereka-mereka yang menyertai. Dalam hal ini, bagusnya, DAP buat kerja dulu, kurangkan bercakap dan hasilnya ada walaupun masih sedikit.

Sebagai penutup, saya tidak rasa bahang "pernyataan awal yang kontroversi" oleh Dr Dzul ini akan berpanjangan, kerana tiada perkara besar sebenarnya yang boleh dipolimekkan. 

Saya faham bahawa Dr Dzul mempunyai visi yang begitu kehadapan. Namun, kadang-kala sebagai pemimpin yang menjadi tumpuan dan rujukan ahli bawahan (selain terdedah dengan ujian pihak media), wajar juga beliau mendahulukan saranan "ukur baju di badan sendiri"

Sekian.

Tadika Rumah Pokok di Jepun (Foto)

Artikel 'copy n paste' dari sini: blogserius

Wah Nice!

Kita sering dengar slogan "Sekolah Dalam Taman" tetapi di Jepun ada "Sekolah Rumah Pokok". Tadika Fuji Tang terletak di Tokyo Jepun mempunyai bangunan akademik merangkap tempat menunggu bas yang dibina mengelilingi sebatang pokok. Terhasillah sebuah bangunan yang cool dan juga sejuk secara semula jadi. Sangat unik. Ianya direka oleh firma jurubinaTezuka Architects.






Laporan asal Tezuka

Taska 'Mumia' - bayangkan kalau ada kebakaran!


Saya dapat tahu kisah ini dari orang rumah pagi tadi. Kemudiannya, seorang rakan di FB tunjukkan klip video ini. Memang tindakan sesetengah kita, ada kalanya di luar logik akal. Tetapi inilah realitinya.

Saya tidak tahu apakah ada rasional untuk menjustifikasikan tindakan yang 'mental' sebegini. Cuma, kebimbangan saya yang paling besar adalah:

Bayangkan kalau berlaku kebakaran. Terdayakah si pengasuh untuk menyelamatkan (mendokong keluar) kesemua anak kecil ini? Tengok keadaan yang berbungkus bak 'mumia' itu, bukan sahaja anak kecil, orang dewasapun belum tentu dapat bangun dan menyelamatkan diri!

Harap pihak berkuasa dapat merajinkan diri menyiasat dan memantau perkara ini. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Monday, 27 February 2012

Ada ketikanya 'maaf' sahaja tidak mencukupi...

'Tatu Allah': Mufti gesa KDN gantung The Star


Akhbar The Star patut digantung penerbitan sehingga siasatan selesai ekoran tindakannya menyiarkan gambar artis Amerika Syarikat Eryka Badu yang memperlihatkan tatu kalimah Allah di dadanya, gesa mufti Perlis. Dr Juanda Jaya berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) patut mengambil tindakan paling tegas itu ekoran penyiaran gambar itu dianggap menghina Islam dan tiada alasan untuk harian berbahasa Inggeris itu terlepas pandang. "Permohonan maaf hari ini dengan kolum 'seciput' saiznya adalah amat tidak memadai. KDN perlu gantungThe Star sementara waktu siasatan dilengkapkan," katanya. KDN hari melaporkan The Stardipanggil memberi penjelasan berhubung penyiaran gambar itu bersama artikel satu halaman penuh pada Isnin dan tindakan susulan akan dibuat berdasarkan penjelasan itu. Gambar yang disiarkan akhbar milik MCA itu menunjukkan sebahagian dada Badu yang terdedah tertera kalimah "Allah" dalam bahawa Arab, beberapa huruf dalam bahasa Yahudi dan simbol seakan-akan piramid. Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini hari ini, Juanda juga menggesa KDN dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan menghalang konsert Badu yang dijadual berlangsung di ibu negara esok. Selain itu, dakwa Juanda lagi, lagu-lagu dendangan "Ratu Neo-Soul" itu juga berunsur lucah dan pasti menganjurkan maksiat dan keruntuhan akhlak. "Ini selaras dengan transformasi yg dilaungkan oleh pihak kerajaan," katanya yang juga bekas zamil di Universiti Oxford, United Kingdom. Mempertahankan gesaannya itu, Dr Juanda berkata, beliau menyokong kebebasan akhbar tetapi ia hendaklah tidak mencerca agama dan pegangan orang lain. Dalam perkembangan berkaitan, kemarahan ramai terus meletus apabila kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini berkongsi pandangan sama dan Pemuda PAS pula menghantar memorandum supaya konsert esok dibatalkan.


The Star bagaimanapun sudah dua kali meminta maaf - di halaman kedua akhbarnya hari ini dan di laman webnya semalam.

Baca artikel penuh di sini: MKini


Nota kaki:

1) Mustahil bagi sebuah akhbar yang telah lama beroperasi di negara yang dihuni majoriti umat Islam, masih bodoh, bengap, sembab, sehingga gagal untuk memahami apa yang sensitif dari sisi agama dan masyarakat, dan apa yang tidak.
2) "Menganjing" - itu istilah orang Tranung guna untuk pihak yang suka apikan provokasi. Belumpun sejuk isu bantahan umat Islam terhadap tindakan Askar US membakar Al-Qur'an, kini puak-puak yang menganjing ini pula mengulanginya di tempat sendiri.
3) Mengapa sukar untuk bukan Islam hormat perkara-perkara yang melibatkan sensitiviti orang Islam? Apakah ini agenda terselindung mereka? Apakah ini akhlak sebenar mereka? Inikah "keharmonian" yang ingin mereka bentuk dalam kehidupan negara yang berbilang kaum dan agama?
4) Sesungguhnya peringatan Allah Taala di dalam Al-Qur'an (Surah An-Nisa: 101) itu amatlah jelas.
5) Allah Maha Adil lagi Maha Mengetahui segala sesuatu, dan hanya kepada Allah jua kami mengadu.

Allahu-a'lam.

UPDATED: Majlis bersama Princess Zarith Idris of Johor @ Somerville College, Oxford (foto)

Petang Sabtu, 25 Feb 2012, Pakcik (a.k.a saya) telah hadir ke satu majlis (talk & dinner) bersama Raja Zarith Sofiah, Permaisuri Johor, bertempat di Somerville College, Oxford.

Talk bermula jam 2.30 petang disampaikan oleh Raja Zarith Idris membawa tajuk "We Are Like You: What Muslim in Malaysia have in common with other communities around the world".

Saya tidak membawa perakam video, hanya sebuah kamera kecil untuk merakamkan foto kenang-kenangan. Begitupun saya nampak beberapa orang (semestinya MELAYU) yang ke hulu dan ke hilir merakamkan foto dan video (guna kamera canggih habis) di majlis petang tersebut. 

Melihatkan tajuk ucapan itu pun rasa mudah sahaja untuk anda jangka intipatinya. Tuanku cuba membentangkan elemen-elemen persamaan di antara Muslim dan Bukan Muslim di dalam usaha memberikan gambaran lebih 'lembut' mengenai Islam/muslim kepada komuniti di barat.

Jujurnya, walaupun selama ini saya boleh menerima perbezaan ideologi dan hidup secara toleransi dengan rakan yang berbeza anutan agama, tidak kira Kristian, Atheist, Hindu, Budha dan sebagainya, acara petang itu tetap menampilkan pengalaman baru kepada saya.

Ini kerana sebagai seorang Muslim, tentulah wujud perbezaan di antara kita dengan bukan Muslim terutama Kristian, terutama dalam persoalan  asas (fundamental) mengenai Jesus (a.s). 

Sungguhpun kita boleh menceritakan persamaan kita dengan agama lain, secara peribadi saya melihat kita juga wajar meraikan "perbezaan ini" sebagai satu peluang untuk kita lebih mengenali satu sama lain.

Apapun, saya bangga kerana Baginda adalah Canselor UTM, yang pintar, dan tampil dengan ucaptama bertajuk sedemikian. Layaklah Baginda digelar "the intelligent princess". 

 Tiada motif mengapa foto ini diambil. Begitupun Pakcik berpeluang bertanyakan soalan kepada Tuanku

 Ucapan pembukaan oleh Pengerusi Somerville College. (sebelum itu ada perjumpaan bersama Alumni)

Selesai memberikan ucapan dan Dato NC UTM tampil ke pentas mengiringi Tuanku memberikan cenderamata kepada penganjur.

Sebelum majlis petang itu bermula, saya turut berpeluang berbual dan berkenalan dengan Frances Brindley dan suami, yang "surprise...surprise!" kedua mereka merupakan bekas guru di Sekolah Tun Fatimah (STF) Johor Bahru. Frances dan suaminya berkhidmat di STF sepanjang tahun 1974-1976 dan berpeluang mengajar Princess Mariam.

Perkongsian pengalaman mereka di STF turut meriah memandangkan orang rumah saya juga salah seorang SRIKANDI STF.

 Merakamkan foto bersama Frances dan suami (tinggi pujian mereka kepada STF...hoho)

Pakcik, Zul dan Frances...teruskan perjuangan Bro, insyaAllah selesai tidak lama lagi tu!

Malamnya saya dan beberapa rakan dijemput hadir ke majlis makan malam tertutup bersama lebih kurang 20 tetamu khas termasuk delegasi dari UTM, Somerville dan OXCIS. Awalnya kekok juga untuk duduk bersembang dan makan secara 'orang bangsawan' dan di dewan makan yang penuh dengan tradisi 'Oxford'. 


Pengalaman baru yang bernilai buat diri. Foto makan malam saya tidak 'snap' kerana melihat Dato NC amat rancak merakam foto menggunakan kamera canggih beliau...


UPDATED:


Berikut foto-foto lebih 'molek' mengenai majlis di Somerville College yang diambil oleh pihak NC UTM.


1) Website: UTM


Hambik - Bagaimana Senjata Milik Kartel Dadah Dimusnahkan Di Mexico (Foto)

Artikel copy and paste dari sini: blogserius


Lotsa guns!

Di Ciudad Juarez, Mexico beribu-ribu senjata api yang dirampas dari kartel dadah dimusnahkan sebelum diubah menjadi papan tanda yang berbunyi "No More Weapons". Papan tanda ini diletakkan di sempadan US dan Mexico sebagai tanda protes kegagalan pihak USA dalam menghalang pihak pengeluar senjata apinya dari menyeludup senjata ke tangan kartel dadah. Sebanyak 3,091 raifal 3,697 pistol, 21 bom tangan dan 456,308 peluru dimusnahkan dengan menggunakan kereta kebal. Secara keseluruhan 3 tan besi dari senjata yang dimusnahkan digunakan bagi menghasilkan papan tanda protes di bawah. Kreatif.

May I now propose pasang papan tanda "No More Speedemons" at the JB Singapore borders made from WRECKS of totalled Singaporean cars. We don't need cars with 'S plates' driving like retards on our roads!







Laporan asal IZi

Sunday, 26 February 2012

Pendapat: Nak runtuhkan negara itu lebih mudah berbanding nak bina semula negara.


"Meruntuhkan sebuah negara adalah lebih mudah berbanding untuk membina (dan bangunkan semula) yang diruntuhkan itu" (drsepet).

Seingat saya, negara kita masih berpegang kepada sistem demokrasi yang membenarkan perubahan dibuat rakyat melalui pilihanraya.

Bagitupun, bagi beberapa negara Arab yang sedang runtuh sekarang ini, saya lihat ianya berlaku kerana (sebahagian) rakyatnya mahu bebas dari cengkaman rejim yang ada sekarang, dan dengan mengangkat kerajaan baru yang 'dikempenkan' sebagai demokratik.

Begitupun saya masih sangsi: sama ada negara mereka yang sedang/telah runtuh semasa 'revolusi' itu, dapat dipulihkan oleh kerajaan baru yang menjanjikan demokrasi atau sebaliknya?

Tiada siapa yang boleh beri jaminan. 

Apa yang saya nampak, bagi negara yang sedang/telah runtuh ini, rakyatnya juga bermula dengan memilih jalan raya sebagai platform untuk menzahirkan harapan mereka agar demokrasi tertegak dan pilihanraya dapat diadakan untuk pilih kerajaan baru. 

Namun, sepanjang revolusi itu saya perhatikan:

1) Ekonomi hancur dengan kadar pengangguran jauh lebih parah berbanding sebelumnya, apabila pelabur mula meninggalkan pasaran, membawa ribuan rakyat hilang pekerjaan apabila diberhentikan dan perusahaan ditutup.

2) Pelancong menjauhkan diri kerana ancaman keselamatan, lantas melingkupkan destinasi pelancongan dan industri yang berkait dengannya (lazim dikendalikan pengusaha tempatan). 

3) Agensi penguatkuasaan terutama Polis tidak lagi berfungsi di waktu darurat kerana peranannya diambil alih pasukan tentera. Apa yang berlaku, inilah saat paling banyak anasir luar meresap masuk dengan mudah ke dalam masyarakat. Lihat Syria, andai laporan kematian pun tidak dilayan, apakah jaminan aduan kecurian/kerosakan/kebakaran harta benda individu dan awam mendapat perhatian dan perlindungan?

4) Media luar terutama barat akan masuk dan membuat liputan. Kesemua mereka tentulah ada agenda dan  kepentingan sendiri. Tidak disangkal juga, media akan membina persepsi dan dalam banyak keadaan, 'gambaran media' ini mampu memperlihatkan kepada komuniti antarabangsa  bahawa rakyat di negara yang sedang runtuh ini 'meminta' campurtangan negara kuasa besar. Inilah yang terjadi kepada Iraq dan Afghanistan. Tentu kini keadaan mereka 'lebih baik'.

Malangnya, bagi kita pula, setelah 50 tahun, patutnya kita lebih matang di dalam mencari kaedah yang sesuai dengan kita, untuk tambahbaik sistem demokrasi dan pilihanraya kita. 

Perkembangan mutakhir ini bagaimanapun, pada saya mula menampakkan corak yang kita pula 'terbalik' dari negara Arab (dari sepatutnya tambah baik sistem demokrasi, mula memilih jalan raya).

Mungkin andaian saya silap dan naif. Mungkin untuk bulan-bulan yang mendatang, kita perlu turun ke jalan raya setiap minggu jika ingin menuntut perubahan dan mewujudkan amalan demokrasi yang lebih baik.

Saya tidak kata saya sokong, ataupun bantah (tindakan sesetengah mereka yang berkepentingan di dalam 'kempen' demokrasi ini). Barangkali pada mereka, rancangan turun ke jalan raya itu tidaklah sehingga mahu meruntuhkan negara.

Tetapi hendaklah kita belajar daripada apa yang sedang dan telah berlaku di sekeliling kita. Ini kerana banyak negara yang runtuh, belum tentu rakyatnya dapat bina semula dan mengecap kemakmuran sebagaimana dicitakan....Bahkan, 'revolusi' juga membawa kos yang tinggi, yang mana perlu dibayar rakyat setelah selesai revolusi tersebut. 'Bayaran' boleh dalam bentuk 'kerajaan terpimpin', mahupun secara penguasaan sumber asli seperti minyak dan lain-lain galian.

Moga Allah tunjuk kita jalan penyelesaian, bagi pertolongan untuk kita hadapi ujian ini dengan sabar dan berhikmah. Allahua'lam.

Mawaddah: Tengok bunga, petik bunga

Alhamdulillah, hari ini cuaca begitu indah, cerah dan 'sejuk yang selesa'. Bunga-bunga pun mula berkembang di laman depan rumah kami.

Lalu si ayah pun capai kamera dan memimpin si anak ke luar, mengambil udara segar di luar rumah dan melihat bunga-bunga yang indah, sedang berkembang.






Saturday, 25 February 2012

Apakah KOSMO juga putar-belit?

Eloklah dipertimbangkan dengan serius tindakan undang-undang sekiranya akhbar KOSMO (rajah di bawah) telah secara terang-terangan memfitnah beliau melalui laporan putar-belit ini.


Laporan ini adalah serius kerana bukan sahaja telah menjejaskan imej beliau sebagai seorang 'Ustaz' dan pemimpin, bahkan jika isu ini disalah urus, dengan segera juga ia akan meruntuhkan imej parti yang beliau wakili.

Sekalipun tertuduh telah mengeluarkan pernyataan rasmi untuk menafikan nama beliau dengan kes tersebut, masih, timbul beberapa persoalan yang pada saya 'terbiar tanpa jawapan' yang meyakinkan rakyat iaitu:

1) Siapakah sebenarnya yang ditangkap penguatkuasa agama jam 3 pagi itu? Kalau KOSMO silap lapor fakta, ianya sudah cukup untuk menghadapi tindakan saman.

2) Menurut pernyataan rasmi, tertuduh secara sedar mengakui mengenali wanita terbabit, bahkan suaminya juga sejak setahun yang lalu. Pasangan tersebut turut dikatakan sedang dalam proses penceraian. Soalnya, mengapa perlu menguruskan "sesi kaunseling rumahtangga" dengan wanita tersebut di bilik hotel pada jam 3 pagi?

3) Tertuduh turut mengatakan wanita tersebut menghubunginya dalam nada cemas dan kemudian memaklumkan telah tiba di lokasi temurapat Pemimpin Keadilan. Dua soalan boleh ditanyakan iaitu:

(a) mengapa perlu diuruskan wanita tersebut jam 3 pagi  itu juga (tertuduh pernah ziarah keluarga wanita tersebut yang tinggal di Rompin), tiadakah waris/ahli keluarga lain untuk wanita itu menumpang malam/awal pagi itu sementara mendapatkan waktu yang lebih sesuai untuk bertemu?

(b) Sebagai seorang Ustaz, tertuduh tentu boleh agak kecenderungan untuk berlakunya 'mukaddimah zina'. Justeru, mengapa tidak sahaja meminta pertolongan peribadi dengan pemimpin Keadilan (yang WANITA) untuk menguruskan penginapan/bilik hotel wanita malang terbabit bermalam? Kalau benda baik, saya rasa sesama rakan pemimpin akan menolong dengan lapang dada.

4) Tertuduh juga mendakwa kenal akan suami wanita tersebut. Justeru, mengapa tertuduh tidak menelefon untuk mendapatkan penjelasan (dalam situasi sebegini, bukan hanya cerita si isteri kena dengar, bahkan dari mulut si suami juga, baru buat analisa dan kesimpulan). Bahkan, mungkin dengan satu panggilan boleh menyelamatkan maruah diri tertuduh dan wanita itu sendiri!

5) Tertuduh, dalam kenyataan rasmi menyatakan akan dipanggil JAIP pada 27 Feb nanti bagi membantu siasatan. Pening! Sebabnya, mana satu yang betul andainya kita balik kepada soalan no. 1 (iaitu kalau sudah sah tidak terlibat, mengapa JAIP sibuk panggil tertuduh untuk siasatan?).

Allahu-a'lam (Allah Maha Mengetahui)

Friday, 24 February 2012

You must read this: THE GREEN THING......

The green thing .............

Checking out at the store, the young cashier suggested to the older woman that she should bring her own shopping bags because plastic bags weren't good for the environment.
 
 
The woman apologized and explained, "We didn't have this green thing back in my earlier days."
 
The cashier responded, "That's our problem today. Your generation did not care enough to save our environment for future generations." 
 
She was right -- our generation didn't have the green thing in its day. 
 
Back then, we returned milk bottles, pop bottles and beer bottles to the store. The store sent them back to the plant to be washed and sterilized and refilled, so it could use the same bottles over and over. So they really were recycled. We refilled writing pens with ink instead of buying a new pen, and we replaced the razor blades in a razor instead of throwing away the whole razor just because the blade got dull. 
 
But we didn't have the green thing back in our day.
 
We walked up stairs, because we didn't have an escalator in every shop and office building. We walked to the grocery store and didn't climb into a 300-horsepower machine every time we had to go two blocks. 
 
But she was right. We didn't have the green thing in our day.
 
Back then, we washed the baby's nappies because we didn't have the throw-away kind. We dried clothes on a line, not in an energy gobbling machine burning up 220 volts -- wind and solar power really did dry our clothes back in our early days. Kids got hand-me-down clothes from their brothers or sisters, not always brand-new clothing. 
 
But that young lady is right. We didn't have the green thing back in our day.
 
Back then, we had one TV, or radio, in the house -- not a TV in every room. And the TV had a small screen the size of a handkerchief (remember them?), not a screen the size of the county of Yorkshire. In the kitchen, we blended and stirred by hand because we didn't have electric machines to do everything for us.When we packaged a fragile item to send in the post, we used wadded up old newspapers to cushion it, not Styrofoam or plastic bubble wrap. Back then, we didn't fire up an engine and burn petrol just to cut the lawn. We used a push mower that ran on human power. 
 
We exercised by working so we didn't need to go to a health club to run on treadmills that operate on electricity.  
 
But she's right. We didn't have the green thing back then.
 
We drank water from a fountain or a tap when we were thirsty instead of demanding a plastic bottle flown in from another country. We accepted that a lot of food was seasonal and didn't expect that to be bucked by flying it thousands of air miles around the world. We actually cooked food that didn't come out of a packet, tin or plastic wrap and we could even wash our own vegetables and chop our own salad.  
 
But we didn't have the green thing back then.
 
Back then, people took the tram or a bus, and kids rode their bikes to school or walked instead of turning their mothers into a 24-hour taxi service. We had one electrical outlet in a room, not an entire bank of sockets to power a dozen appliances. And we didn't need a computerised gadget to receive a signal beamed from satellites 2,000 miles out in space in order to find the nearest pizza joint.
 
But isn't it sad the current generation laments how wasteful we old folks were just because we didn't have the green thing back then? 
 
Please forward this on to another selfish old person who needs a lesson in conservation from a smart-ass young person.  
 
Remember: Don't make old people mad. We don't like being old in the first place, so it doesn't take much to hack us off.
 
"copy and paste" article from: haroldgoodwinblog 
 

Video - Sejarah Malaysia Revisited


Skim wi-fi percuma di negeri-negeri Pakatan, boleh sesiapa sahkan?

Kebetulan semalam saya terbaca sebuah posting yang memasukkan klip video Youtube soal-jawab rakyat bersama Dato' Husam. Bagi yang berminat, boleh lihat sini: VIDEO

Ada 2 main points dibangkitkan si penanya iaitu: 

(1) Janji PR melaksanakan skim wi-fi percuma di negeri-negeri yang mereka menang. Soal beliau, mengapa hingga kini, skim terbabit masih belum dilaksanakan, dan jika ianya sukar dibuat, mengapa tidak dikaji terlebih dahulu sebelum membuat janji, dan mengapa selepas lebih 3 tahun menang, langkah-langkah sepatutnya tidak diambil oleh kerajaan Pakatan untuk menggerakkan skim terbabit?

(2) Persoalan mengenai kredibiliti Ketua Pemuda PAS (Ust Nasruddin) yang memimpin pergerakan DPPP. Perbandingan kualiti kepimpinan orang muda turut dibuat oleh si penanya dengan Ketua Pemuda UMNO dan DAP. 

Saya tidak berminat untuk menyentuh soal peribadi Ketua DPPP tetapi lebih berminat untuk tahu apakah benar skim wi-fi percuma masih belum disediakan di negeri-negeri yang terlibat, sebagai sebahagian janji oleh Ketua Pembangkang? (Lihat keratan laporan di bawah).

Skim air percuma, 20 kubik meter pertama, diketahui telahpun dilaksanakan di negeri Selangor. 


Wednesday, 22 February 2012

First glance: W03 Mercedes Petronas F1 (Foto)

Artikel 'copy n paste': blogserius

Go?

Mampukah 'hidung baru' ini menghadirkan persaingan lebih bermakna dan perubahan yang signifikan terhadap prestasi kereta W03 pada saingan F1 musim 2012 tidak lama lagi? Who knows....but honestly, what with the ugly nose??

All in all, it still worth to take a first glance kereta W03 Mercedes Petronas F1 ini. Sila enjoyce...!






Laporan asal F1Technical

Tuesday, 21 February 2012

Yes...another day in my life

Oh man! I love this song...

Muzium Gangster Di Las Vegas (Foto)

Artikel 'copy n paste' dari sini: blogserius

A Museum you can't refuse!!!

Di Las Vegas, Muzium Jenayah Terancang dibuka semalam selari dengan ulang tahun ke 83 St Valentine Day Massacre. Kepada yang kurang arif, St Valentine Day Massacre ialah hari di mana Al Capone mengarahkan orang bawahannya membunuh 7 orang pesaing beliau. 

Muzium Gangster ini menelan belanja USD42 juta dan mengambil masa 5 tahun untuk disiapkan. Ianya menempatkan pelbagai artifak yang bersangkutan dengan kegiatan MAFIA di Amerika Syarikat. Antara yang dipamerkan ialah kerusi di mana Robert Anastasia, seorang ketua MAFIA mati dibunuh. All in all, kalau anda ada obsesi dengan MAFIA muzium ini pasti akan berada dalam senarai harus anda lawati!





Laporan asal REUTERS

Monday, 20 February 2012

Apa makna bercakap mengenai perubahan tanpa anda mendaftar sebagai pengundi...

  Cakap mengenai PERUBAHAN sampai tergeliat lidah pun tiada gunanya kalau diri sendiri belum mendaftar sebagai pemilih untuk mengundi dalam pilihanraya... Daftarlah segera. Gunakan hak anda sebagai pemilih dan agen untuk PERUBAHAN!

Foto Mawaddah main snow (tunai permintaan)

Murah rezeki tahun ini, salji turun 2 kali, selang seminggu dari yang pertama (Yang pertama 4 hb Feb dan kedua, 11 Feb 2012). Di bawah beberapa gambar Mawaddah bermain salji sepertimana diminta Atuk dan Nenek... 



Kia Track'ster - Kereta AWD 3 Pintu (Foto menarik)

Artikel copyn paste dari sini: blogserius

Awesome!

Tahukah anda di USA sekarang kereta buatan Korea lebih laris dari kereta buatan Jepun dan Amerika sendiri? Why? Because of cool design and they are cheaper. Kia Track'ster ialah sebuah kereta AWD 3 pintu yang berasaskan Kia Soul. Ianya dipertontonkan kepada umum ketika Pameran Kereta Chicago baru-baru ini. Kia Track'ster diperkasakan dengan enjin 2.0 liter Turbocharged yang mampu menghasilkan 250 kuasa kuda. Looks cool and hip!





Laporan asal Autoblog

Sunday, 19 February 2012

Dabba - mangkuk tingkat menarik (Foto)

Dabba bermaksud bekas makanan dalam bahasa Hindi. Pereka, Bob Englert telah mengambil inspirasi oleh the Dabbawallas of Mumbai bagi menghasilkan produk ini.

Mangkuk tingkat yang diperbuat dari buluh dan silikon ini juga akan membolehkan penggunanya membuat pilihan menu makanan yang lebih sihat dan seimbang sebagai bekalan ke tempat kerja. Setiap mangkuk dilabel dengan simbol makanan dan saiznya juga berbeza mengikut kadar makan yang diinginkan.

Maklumat lanjut: YankoDesign

Bacaan bulan ini - 2 subjek kontroversi yang menarik.

Kira-kira 10 minit selepas membeli buku 'the truth...', saya ke kedai kebab dan sewaktu menunggu pesanan disiapkan, saya disapa seorang pemuda British yang juga sedang menunggu pesanan pizza beliau.

Lalu diminta kepada saya untuk melihat buku terbabit. "Ini satu buku yang sungguh menarik, banyak mana sudah awak baca?" Tanya kepada saya. "Baru beli tadi", jawab saya ringkas.

"Adakah awak seorang Kristian?" dia tengok saya atas-bawah. "Oh, tidak, saya Muslim".

"Awak sedang buat kajian-kah?"..."Not really, tapi saya didedahkan kisah mengenai Jesus melalui perspektif saya sebagai orang Islam, melalui my Holy Qur'an. Jadi, ada baiknya saya melihat juga apa perspektif pengkaji Kristian sendiri terhadap Jesus..", balas saya.

Dia mengangguk faham.


Buku kedua adalah mengenai Israel, dan konflik melibatkan penduduk Arab Palestin, juga menarik untuk dibaca. 

Sepintas lalu, saya lihat pandangan penulis (Lorenzo) adalah lebih kurang sama dengan artikel Tun Mahathir di blog beliau tidak lama dahulu, yang menyifatkan konflik Israel-ArabPalestin adalah lebih terarah kepada faktor perebutan wilayah (land and territory), bukanlah kerana agama. Namun, 'berkebetulan' tuntutan wilayah telah melibatkan kedua tempat suci bagi agama Islam dan Yahudi. Itu pandangan mereka.

Saya suka sarankan para pembaca juga rajin-rajinlah menambah pengetahuan am dengan membaca bahan-bahan yang berkaitan. Jauh berjalan luas pemandangan, rajin membaca bertambah pengetahuan, InsyaAllah.

Saturday, 18 February 2012

'Gergasi' DAP & MCA sudah bertemu, gergasi-gergasi lain bila lagi?

Nota:


- Syabas dan tahniah diucapkan kepada kedua-dua pendebat dari MCA dan DAP yang baru sahaja selesai menggulung perbahasan mereka pada forum bertajuk "Kaum Cina di persimpangan: Apakah sistem 2 parti menjadi sistem 2 bangsa?" sebentar tadi.


- Setelah agak lama tidak kita dengar program debat di antara pemimpin tertinggi parti-parti politik tanah air, dan harapnya momentum yang terhasil hari ini dapat diteruskan di masa hadapan.


- Secara dasarnya, berdebat bukanlah semuanya buruk. Berdebat tidaklah untuk mencari gaduh, mahupun mencipta musuh. 


- Seperti yang ditunjukkan pada sesi hari ini, ianya menjadi platform penting buat kedua pemimpin menerangkan pandangan, dasar serta gagasan parti masing-masing kepada umum. Debat juga memberi ruang untuk hadirin melihat, memahami, menilai dan seterusnya memilih mana yang lebih baik di antara kedua belah pihak.


(Mungkin tiada pihak yang 'terbaik'. Namun buat masa ini, memilih yang 'lebih baik' merupakan tindakan yang logik)


- Kesimpulannya, berdebat perlulah digalakkan (seperti contoh hari ini), sebagai salah satu cara untuk rakyat mendapatkan jawapan, berbanding hanya mendengar laporan/pandangan satu pihak.


- Kita tidak lagi mahu melihat berulangnya peristiwa "satu pihak (dengan mudah) membakul-sampahkan idea pihak lawannya. Sesungguhnya, ia (tindakan kebudak-budakan itu) tidak melambangkan daya intelektualiti yang "sepadan" dengan status seseorang pemimpin itu.


- Baca laporan dan rumusan debat di antara CSL dan LGE (MalaysiaKini)

------------------------------------

Dua tokoh politik masyarakat Cina bersemuka dalam debat yang disiar secara langsung dengan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek berdepan dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Tchua soi lek and lim guan eng debateajuk debat tersebut ialah 'Kaum Cina di persimpangan: Apakah sistem dua parti menjadi sistem dua bangsa?'.

Ketegangan dapat dirasai dalam dewan di Hotel Berjaya, Kuala Lumpur dengan yang dipenuhi 600 hadirin.

Kira-kira 200 orang yang gagal mendapatkan pas masuk pula mengikutinya melalui skrin besar yang dipasang di luar dewan.

LAPORAN LANGSUNG


4.55PM: Dewan gamat apabila penyokong kedua belah pihak melaungkan nama pedebat masing-masing ketika mereka mengambil tempat di pentas.

5.00pm: Moderator Tan Ah Chai, ketua pegawai eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur -Selangor, memulakan sesi debat dengan menjelaskan peraturannya.

Bagi ucapan pembukaan, pedebat masing-masing dibenarkan bercakap
selama lapan minit.

5.02pm: Kedua-dua pedebat menghampiri podium moderator untuk memilih pedebat pertama berucap. Chua akan berucap dahulu.

Debate Chua Soi Lek5.05pm: Selepas 8 Mac, 2008. DAP mengamalkan politik kebencian, kata Chua.

Beliau menambah DAP telah berubah dan kini bekerjasama dengan PAS, yang mahu melaksanakan sebuah negara teokratik. Beliau berkata, DAP tidak boleh menghalang PAS.

"DAP hanya bercakap besar," kata Chua, disambut tepukan gemuruh hadirin dari pihak MCA.

Dia menyokong hujahnya dengan menyatakan bahawa Kedah mengamalkan pengasingan gender manakala PAS membantah pawagam di Bangi, Selangor.

5.07pm: DAP suka memberitahu orang Cina bahawa mengundi pembangkang akan meningkatkan taraf hidup, sambil menunjuk bagaimana seorang calon DAP boleh menjadi ketua menteri Pulau Pinang, kata Chua.

Chua berkata DAP telah memberi harapan palsu kepada orang Cina bahawa keadaan sedemikian boleh berlaku di negeri-negeri lain juga.

5:10pm:
 Chua mengatakan bahawa dalam negara berbilang budaya, rakyat Malaysia tidak boleh menyokong PAS kerana agenda negara Islamnya.

"Siapakah sekutu terbesar PAS?" tanya Chua, dan penyokong MCA menjerit serentak "DAP!".

5.12pm: kini tiba giliran Guan Eng.

Beliau berterima kasih kepada pihak penganjur debat tersebut tetapi berkata apa yang orang ramai mahu lihat ialah debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Debate Lim Guan Eng5.14pm: "Kami dalam Pakatan Rakyat tidak mempergunakan satu sama lain. Yang penting bagi kami ialah bagaimana orang ramai menggunakan kami.

"Kami tidak menentang orang Melayu. Kami tidak menentang orang Cina. Kami menentang rasuah," kata Lim, disambut tepukan gemuruh penyokong Pakatan.
5:16pm: "DAP tidak mengiktiraf ketuanan Melayu. Kami mengiktiraf ketuanan rakyat," kata Lim.

Lim menambah bahawa Pakatan bersedia untuk melakukan apa yang BN enggan laku, seperti mengisytiharkan aset mereka dan memerangi rasuah.

"Ini adalah apa yang kita panggil sistem dua parti," kata Lim, diikuti tepukan penyokongnya.

5.20pm:
 Debat masuk pusingan kedua, dengan moderator mengemukakan soalan: Keputusan pilihan raya lalu menunjukkan bahawa masyarakat berpecah kepada dua pemikiran. Bagaimana anda mengatasi masalah ini?

Chua pertama menjawab dengan berkata DAP tidak akan memberi perkhidmatan di kawasan pilihan raya yang tidak dimenanginya.

Malah, pejabat mereka juga akan hilang, kata Chua, dan para penyokongnya enyahut "ya" secara serentak.

Chua menyimpulkan bahawa sistem dua parti adalah slogan politik semata-mata.
chua soi lek and lim guan eng debate5.25pm: Moderator Tan Ah Chai menerima soalan dari hadirin. Kebanyakan soalan dilihat datang dari kalangan penyokong MCA tetapi Lim melontarkan senyuman.

05:28pm:kontroversi kecil meletus ketika penyokong Pakatan beratur di mikrofon di sebelah tepi dewan mengadu kepada moderator kerana tidak mengambil soalan dari pihak mereka.

Moderator meminta Chua menjawab soalan awal yang ditanya oleh penyokong MCA.

5:36pm: Moderator mengumum membenarkan 10 minit lagi untuk menerima soalan dari hadirin.

chua soi lek and lim guan eng debateSesi seterusnya melibatkan penceramah mengemukakan soalan kepada satu sama lain. Lim bertanya apa yang pandangan MCA apabila
pemimpinnya ditangkap berhubung skandal PKFZ (Zon Bebas Pelabuhan Klang) dan bukannya pemimpin Umno.

Chua menjawab bahawa Lim mengambil laluan perkauman.

"Dia bertanya mengapa orang Cina ditangkap tetapi tidak orang Melayu?" kata Chua.

Chua berkata berbeza dari yang lain, MCA tidak akan menggunakan demonstrasi jalanan untuk membela seseorang kerana ia percaya bahawa sistem kehakiman adalah adil.
5.40pm: Giliran Chua mengemukakan soalan. Dia ingin tahu sama ada
dasar ekonomi Pakatan boleh membantu Malaysia menjadi sebuah masyarakat yang berpendapatan tinggi.

Lim berkata, dengan mengambil Pulau Pinang sebagai contoh, ia memastikan bahawa kerajaan negeri buat duit.

Antara lain, Lim berkata, ialah urus tadbir berhemah dan ia mengamalkan sistem tender terbuka.

"Ini telah membolehkan kita buat duit setiap tahun, yang diagihkan kembali kepada rakyat," kata Lim.

Beliau berkata, jika Malaysia benar-benar boleh menangani rasuah, maka  lebih banyak wang boleh disimpan, dan Pulau Pinang merupakan contoh utamanya.

5.45pm: Pusingan kedua hadirian mengemukakan soalan, termasuk beberapa soalan dari penyokong Pakatan.

Penyokong Pakatan Rakyat masih tidak berpuas hati kerana kebanyakan soalan datang dari penyokong MCA yang menyerang Lim dengan pelbagai soalan, berhubung dasar PAS dan prestasi Pulau Pinang.
5.55pm: Sekarang giliran Chua menjawab soalan dari hadirin dan membuat penggulungan.

Bagaimanapun, Chua memilih untuk menjawab perkara yang dibangkitkan Lim dalam ucapan penggulungannya. Lim berkata soalan yang perlu ditanya adalah sama ada MCA sanggup berdepan dengan Umno, dengan menegaskan bahawa Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat pernah berkata bahawa MCA ditinggalkan serbuk dari Umno.

Chua menolak kenyataan yang dibuat oleh Ong itu, dengan menegaskan bahawa dia (Ong) tidak relevan kepada MCA.

Debate end"Kami turun dia dalam masa kurang daripada setahun (dia berkuasa),"
kata Chua, disambut tepukan gemuruh penyokong kedua belah pihak.

6.05pm: Debat tersebut berakhir dengan Chua mengambil inisiatif untuk berjabat tangan Lim. Apabila debat itu selesai, hadirin sekali lagi berluangkan nama pedebat masing-masing.






-----------------------------------------------------------------------------------------------------