Sunday, 24 April 2011

Berhujung Minggu

Hoho, minggu ini 4 hari cuti (termasuk 2 hari cuti Sabtu & Ahad) - Jumaat & Isnin adalah Bank Holiday.

Cuaca pula Alhamdulillah amatlah baik. Sempatlah Ayah dan Mawaddah bersantai di laman belakang sambil membaca buku, minum coke, makan asam dan main komputer.

 Cuaca hari ini memang 'superb'

 Aaaa...Elephant Ayah.

 Dia memang suka membaca (buku yang sama)

Tong biru (kitar semula kertas, kotak, kaca, plastik), tong hijau (sampah dapur) dan tong coklat (garden waste)

Hari ini (Ahad) berkesempatan pula menjemput beberapa rakan datang bertandang ke rumah untuk makan-makan dan bersembang.

Biarpun trip kali ini merupakan 'regu baru' (regu lama semua dah balik Malaysia), pelbagai topik menarik telah dikongsi bersama.



Sembang juga hangat setelah semua orang dijamu nasi biryani ayam special, bandung cincau dan aiskrim.

Terima kasih Zul, Nazri dan isteri dan Mat Yi sekeluarga kerana dapat meluangkan masa sekalipun menerima notis singkat dari kami.

2 comments:

ZuL idRiS said...

Masakan yg memang best! Terima kasih kepada Abg Syam, Kak Huda and Mawaddah!

Dr Sepet said...

Sama-sama. Itulah rahmatnya apabila kita sudi berkongsi luahan hati, kan? Selamat merayau-rayau minggu depan.