Monday, 13 September 2010

Jalan ke Putrajaya: cerminan terhadap situasi dalaman PKR

Sebetulnya saya tidak berminat untuk memanjangkan penulisan berkaitan pemilihan PKR, terutama yang paling hangat diperkatakan kini - Zaid vs Azmin.

Sumber: dollahyankee

Walau bagaimanapun, kebelakangan ini (selain kisah kematian tragis) polimek yang 'dicetuskan' antara Zaid dan Azmin ini semakin pula mewarnai portal-portal berita alternatif seperti di Tranungkite dan yang lain-lainnya (lihat pautan ke portal lain pada Tranungkite tersebut).

Saudara Nobisha pula turut membuat 'copy n paste' artikel Ramli Daud dari Malaysiakini pada blog beliau 'Pemilihan PKR' - berminat? boleh baca lanjut di SINI.

--------------------------

Di antara petikan yang menarik perhatian saya adalah:

"Kini, agenda parti untuk menang pilihanraya umum yang akan datang nampaknya sudah jatuh ke urutan nombor dua. Agenda calon-calon berkenaan adalah memastikan jawatan nombor dua dapat dipegang menjelang bulan November nanti".

Selang satu perenggan selepas itu pula:

“Envelop-envelop” pun sudah ditempah. Malahan wang pendahuluan bagi belanja berkaitan sudahpun keluar masuk akaun-akaun rahsia yang ramai ahli parti tidak tahu mengenainya".

Seterusnya:

"Kalau tidak dengan turunnya bajet seperti itu masakan mungkin jentera parti peringkat cabang dan ranting yang diketahui miskin itu mampu menganjur siri-siri pertemuan dan makan-makan yang ditopengkan dengan majlis berbuka, jamuan hari raya, meraikan anak yatim dan pelbagai acara kreatif yang tidak berupaya dianjurkan selama ini".

--------------------------

Nobisha langsung tidak mengeluarkan apa-apa ulasan, melainkan meminta para pembacanya menilai sendiri (bagaimana keadaannya PKR sekarang ini).

Saya juga tidak ingin mengulas panjang. Satunya kerana saya telah membaca artikel itu, di samping turut meneliti artikel-artikel lain dari sumber yang berbeza.

Keduanya, seperti dijangka apa yang dilihat itu adalah perkembangan yang 'tidak sihat'. Banyak yang diperkatakan orang adalah apa yang 'dipamerkan' PKR merupakan cerminan/mirip/balikan kepada amalan di dalam pemilihan pemimpin UMNO.

Envelop-envelop sudah ditempah???!, berkempen dan melobi untuk calon-calon tertentu?? usahlah dicerita. Jika apa yang sedang 'dipamerkan' ini terus menyerlah, saya secara peribadi melihat apa bezanya memilih UMNO untuk kekal, berbanding membenarkan PKR ke Putrajaya selepas PRU ke-13 kelak?

Turunkan orang 'seperti itu', dan kemudian angkat orang yang 'seperti itu' juga? Bezanya, yang ini (PKR), sebelum betul-betul diangkat lagi sudah nampak benar kecenderungannya untuk menjadi seperti 'yang itu'?

"Seekor kerbau membawa lumpur, habis sekawan terpalit sama". Ini kerana bukan sahaja PKR yang akan terkena tempias daripada polimek ini, bahkan secara tidak langsung PAS dan DAP juga.

Adalah mendukacitakan jika polimek dalaman PKR ini berlanjutan tanpa ada kawalan daripada kepala parti.

Orang melihat keadaan ini. Sebetulnya, ramai orang masih berminat untuk mengetahui kesudahan polimek ini.

No comments: